Veestronomy Cafe Klang - Cafe, Co-Working Space Mesra Kanak-Kanak & Harga Murah

8:37 AM


Assalamualaikum semua..

Sejak dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bulan Mac tahun ni, memang office benarkan work from home. Yelah kerja submit report setiap 2 minggu lepas jumpa klien kat site. Setakat BBL dah terbiasa kerja dari rumah tapi bila asyik terperap dalam rumah rasa rindu suasana office dengan staff company. Kerja dari rumah ni seronok sebab boleh makan sambil buat kerja & freestyle attire.. wah kemain bebas nak pakai apa sambil siapkan report dengan komputer kan. Macam saya, pakai singlet dengan seluar pendek dah selesa habis haha

Well saya tahu ramai antara kita sekarang hidup dalam norma baharu seperti kerja dari rumah terutama ibu bapa dengan anak-anak masih kecil, nak jumpa klien/prospect pun ada peraturan - penjarakan fizikal & pakai mask. Nak bawak anak bersama rasa macam serba salah risau ganggu proses meeting tapi tinggal kat rumah tiada siapa nak tolong tengok-tengok keselamatan anak tersayang. Nasib baik BBL jumpa satu cafe sangat menarik di Bandar Klang. Weh excited nak share cerita dengan korang ni..

Veestronomy Cafe - Kafe Mesra Kanak-Kanak & Harga Mesra Poket!
Lokasi Veestronomy Cafe ni betul-betul dekat Klang Parade, tak jauh sangat dari pusat bandar Shah Alam dan Bandar Klang. Perfect lokasi anda boleh jadikan tempat untuk datang buat kerja atau meet up. Oh ya, lupa nak inform Veestronomy Cafe ni baru je beroperasi 3 minggu (sewaktu entri ni ditulis) & satu langkah berani pemiliknya - seorang blogger Tey Veronica & Nicholas membuka perniagaan cafe makanan + co-working selepas tamat PKP. Lebih terujua, Veestronomy mendapat liputan dalam surat khabar the Star. 


Kenapa Veestronomy?
International Space Centre menjadi inspirasi & gabungan nama pemilik vee + astronomy makan lahirlah nama Veestronomy. Harapnya di sini center pertemuaan sesiapa saja dari pelbagai lapisan masyarat Malaysia seperti Melayu, Cina, India & Sabah Sarawak tanpa mengira umur. Mudah citer, siapa boleh jadikan Veestronomy 'rumah kedua' untuk buat kerja, hang out, gathering & tempat mengembangkan business. 


Masa start mula-mula kaki masuk serius BBL terpegun tengok suasana Veestronomy Cafe persis home style cafe. Terasa vibes home walaupun ia sebenarnya sebuah cafe makan, tempat co-working & gathering place. Oh lupa nak bagitau, cafe ni mesra kanak-kanak tau. Anda boleh bawa anak kecil datang sini sambil buat kerja. Ada kids corner dengan penuh mainan, so budak-budak tu tak bosan sangat. Cikgu tutor pun ada boleh teman atau ajar anak anda tentang permainan atau pengetahuan baru. Weh menarik sangat kalu mak ayah datang sini.. tenang nak buat kerja..

kids corner
Kemudahan Veestronomy Sediakan
Bukan setakat boleh buat kerja, makan-makan atau sembang bersama kawan, banyak lagi aktiviti anda boleh buat/cuba di sini.

Perkhidmatan

Harga
Co-working space
*termasuk WiFi + coffee/tea + cake of the day
RM 20 / per jam
VIP : RM 15
Children’s Play Time
RM 15 / per jam
VIP : RM 10
Makeup + Hair Styling
RM 120
VIP : RM 100
Gel Manicure + Designs
RM 88
VIP : RM 88
Event Space Rental (untuk perjumpaan & majlis)
*termasuk minuman percuma & peralatan
RM 80 / per jam
VIP : RM 50
Live collaboration
RM 350 / 2 jam
VIP : RM 200 / 2 jam
Kitchen Studio
*termasuk peralatan baking, oven, handmixer – tak termasuk bahan-bahan)
RM 100 / sejam
VIP : RM 80
Happy Kids (menolong ibu/bapa tunggal)
Aktiviti kanak-kanak – belajar bahasa, sejarah Malaysia, mengait, kraf & seni
RM 80 / sebulan
Single Parent RM30/sebulan
RM 50* lain-lain
Kalu rasa lapar atau teringin nak menguyah sambil buat kerja tu boleh order pelbagai jenis menu tersedia dari sarapan, makan tengahari serta makan malam. BBL sendiri terkejut mostly kek & pencuci mulut hasil air tangan home baker dari bidang berbeza. Nak tahu tak kek Ondeh-Ondeh tu seorang dentist dan White Chocolate Red Velvet dibuat oleh doktor. Ha nampak tak walaupun ada kerja hakiki tak jadi halangan untuk capai passion seperti baking. Malah semua masakan dalam cafe dimasak oleh home chefs dari kalangan ibu & ayah. Antaranya dish sedap mesti anda cuba

Breakfast
Half boiled Egg, Apollo Bread, Superman Breakfast (half boiled egg + oat drink + apollo bread), Homestyle Toasted Sandwich (Tuna/Egg/Spicy Tuna) dan Chapati & Dhal

Lunch & Dinner
Home Pasta (Bolognese), Home Pasta (Carnonara), Chicken Pong Teh, Ginger Soy Chicken, Chicken Perettel, Mutton Verevel, Nasi Lemak Chicken Rendang, Home Curry Chicken dan Japanese Curry


Minuman
Dragon Princess *TOP SELLERFinal Fantasy *TOP SELLERThe King, The Queen, Princess with Rose Flavor, Chocolate Drinks, Mocha, Matcha Latte, Cappuccino dan Herbal Chinese Tea

Dragon Princess

Masala Tea *MESTI CUBA

Matcha Latte
Pencuci mulut
Affogato, Matcha Ice Cream & Vanilla Ice Cream

Kek
Ondeh-Ondeh Cake *MESTI CUBAWhite Chocolate Red Velvet *MESTI CUBA, Biscoff Cookie Cake, Vegan Orange Bar dan Carrot Walnut Cake

Ondeh-Ondeh Cake

White Chocolate Red Velvet

Vegan Orange Bar


Harga Bayaran Masuk Veestronomy
BBL sangat recomanded korang datang buat kerja atau student yang nak group discussion boleh jadikan Veestronomy lokasi pilihan. Harga murah RM20 sekali masuk bersama kopi/tea dan kek (unlimited hours + unlimited cookies). Duduk la situ sampai siap kerja sambil gelak ramai-ramai..


Waktu Operasi
Setiap hari dari jam 9 pagi hingga 9 malam

Bukan tu je..dah kenyang & lega kerja dah siap jangan lupa jenguk barang-barang terjual atas rak sebabnya Veestronomy menyediakan ruang perniagaan untuk home-business mengembangkan produk jualan mereka kepada pelanggan Veestronomy. Bermacam-macam ada dari beg tangan, home-made soap, make up stuff,  aksesori, bahan masakan & banyak lagi la. Boleh rambang mata tau..bawa la balik something dari sini supaya dapat menolong komuniti home-business. Gituw...

antara barang anda boleh beli & bawa pulang

ha suap dalam mulut..

BBL pun dah jejak kaki sini. Since kerja kat site area Seksyen 7 Shah Alam tu..boleh la datang Veestronomy buat report atau ajak client lunch sini. Asyik-asyik pusing area Shah Alam dah naik bosan rasanya.. sekali sekala nak jugak amik atmosphere baru kan. Apa tunggu lagi, jom try datang rasai sendiri pengalaman di sini..
Veestronomy Cafe, Klang 
No telefon : 
017-280 8876

Lokasi : 
Jalan Pekan Baru 37, Kawasan 17, Klang, Selangor

Google Map : 


You Might Also Like

14 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Bagus gak cafe macam ni kan. Klu mereka buka cawangan di KL mungkin dapat ramai lagi prlanggan..

    ReplyDelete
  2. Wahh menarik cafe ni..boleh makan2 meeting..shopping and yang best boleh bawa anak..playstation kids pun ada..senanglah parents nak meeting ke apa..sedap juga menu kek dia

    ReplyDelete
  3. Student memang suka tempat macam ni. Boleh buat kerja and lepak lelama..haha..yang penting tengok kek ondeh2 teringin pulak..

    ReplyDelete
  4. There are many co-working space in around & I find the rates for Veestronomy Cafe very affordable especially to those youngters from college or uni looking for a place for discussion. Bet part is food is also quite reasonably price & pocket friendly.

    ReplyDelete
  5. Bestnya kalau buat event dekat sini! Harga murah siap ada makanan percuma lagi. Even desserts looks nyummy!

    ReplyDelete
  6. harga dia not bad ya. aduii jadi teringin makan benda2 manis pulak lepas baca nie. boleh singgahlah nanti, dekat je dengan rumah

    ReplyDelete
  7. Curious plak nk tahu rasa masala tea. Biasa dgr dlm masakan je. Baguslah tmpt ni suailah mak2 nk meeting or gathering.

    ReplyDelete
  8. Wow so many types of cakes, food and also activities at the cafe, nice one.

    ReplyDelete
  9. Bestnya tempat dia.. Bagus ni.. Balik klang boleh singgah.. Tempat yang friendly kida ni la nad suka pergi.. Snenag nak control anak

    ReplyDelete
  10. waauuu ..macam2 bole beli dalam cafe ni ya


    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/ada-nak-order-origami-3d.html

    ReplyDelete
  11. Menarik tempat ni. Nanti bolehlah datang ke sini dengan keluarga. Suka dengan pilihan kek. Nmpk sedap

    ReplyDelete
  12. Wah menarik nya Veestronomy Cafe ni..hehe patut macam pernah dengar namanya.. Vee punya cafe rupanya..sedap nampak cake tu..menarik jugak servis yg ada kat cafe ni.Lain dari yang lain

    ReplyDelete
  13. Not bad. Selalu ikuti perkembangan vee smpi dia dah buka cafe sendiri. Nampak menarik makanan2 dia.

    ReplyDelete
  14. nice. environment dia buatkan kita selesa and boleh stay lama :)

    ReplyDelete