Assalamualaikum & hello there,
Hari ini sambung lagi dengan tips sebelum pergi temuduga SPA atau temuduga kerja swasta . Tips ini diberikan oleh pegawai SPA sewaktu Kursus Tips Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam minggu ini.
*BBL akan update tentang penerangan setiap point malam nanti. Sekarang buzy nan hado. Haha
Hari ini sambung lagi dengan tips sebelum pergi temuduga SPA atau temuduga kerja swasta . Tips ini diberikan oleh pegawai SPA sewaktu Kursus Tips Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam minggu ini.
*BBL akan update tentang penerangan setiap point malam nanti. Sekarang buzy nan hado. Haha
Untuk Lelaki
Untuk wanita
Baca juga:
BBL ~ Semoga berjaya
[u.u]
Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....
Assalamualaikum & hello there,
Orang cakap nak dapat kerja kerajaan ni susah tapi tak susah kalu ada ilmu trick nak tawan hati panel interview. Hari ini BBL pergi Kursus Tips & Panduan Memasuki Perkidmatan Awam ajuran Suruhanjaya Perkidmatan Awam sendiri. Kursus ada 2 modul iaitu :
Orang cakap nak dapat kerja kerajaan ni susah tapi tak susah kalu ada ilmu trick nak tawan hati panel interview. Hari ini BBL pergi Kursus Tips & Panduan Memasuki Perkidmatan Awam ajuran Suruhanjaya Perkidmatan Awam sendiri. Kursus ada 2 modul iaitu :
- Modul 1 - Proses permohonan & peperiksaan dalam talian
- Modul 2 - Tips & panduan menghadiri pemeriksaan fizal & temuduga
Berminat nak pergi kursus ini. Pastikan korang dah register sebagai pemohon SPA & baru boleh nak apply untuk menghadiri kursus ini di tempat berdekatan dengan rumah.
Daftar menjadi peserta Kursus Tips dan Panduan Memasuki Perkhidmatan Awam
Modul 1 - Proses permohonan & peperiksaan dalam talian
Boleh isi borang permohan untuk jawatan kerajaan melalui portal rasmi SPA. Tak kisah korang ada sijil SPM, diploma, degree, master atau PhD. Sama jugak untuk lepasan SPM bagi jawatan separa perubatan.
Sila pastikan korang ikut step
Kemaskini -> simpan -> hantar
untuk apa jua jawatan dibuka oleh SPA. Contoh, penolong pegawai farmasi. Korang seperti biasa apply jawatan tersebut & pastikan tekan button simpan & hantar. Ada calon hanya tekan button simpan tapi tak submit borang hantar. So how nak terpilih ditemuduga kan?
Pilih jawatan mengikut kelayakan diri. Contoh, ada diploma so pilih jawatan dengan syarat pelantikan minima diploma. Begitu jugak bidang jawatan kosong. Kalu ada degree perubatan, seeloknya pilih jawatan berkaitan dengan Kementerian Kesihatan. Nak pilih jawatan di Kementerian Kewangan pun boleh tapi rasa pelik bila jawatan akauntan di isi oleh calon paramedic. Rasanya lulus tak?
Sesi interview - sebolehnya jangan pilih interview sesi malam kerana mungkin korang tak boleh nak performe dengan baik. Yelah jika dipanggil interview jawatan Pegawai KPDNKK contohnya pada waktu malam jam 8 malam hari Selasa. Dah la penat baru balik kerja, kalu sempat sampai awal tempat temuduga okay lah tapi bayangkan jika korang terlewat sampai mesti kelam kabut. Tambah lagi mood panel interview SPA pun baru habis office hour & dorang expectation sangat tinggi untuk calon sesi malam. Agak berisiko tinggi untuk gagal ye. Melainkan korang betul-betul bersedia & tiada pilihan lain. Seeloknya pilih waktu interview siang hari.
Tapisan calon - Well korang tahu ada 2.4 juta pemohon dalam sistem SPA. Itu belum campur dengan adik-adik diploma tak isi lagi SPA. Jadi, peluang nak terpilih itu ada tapi bila sampai stage tapisan. Hanya mereka yang benar-benar melepasi kelayakan akan dipanggil temuduga. Contohnya :
Jabatan Perkhidmatan Veterinar ada 30 pelbagai kekosongan jawatan & nak 15 orang calon simpanan. Maka, SPA akan buat tapisan mengikut bidang kita pohon. Jika BBL ada memohon jawatan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar, secara automatik BBL dah layak tapi malangnya BBL hanya mendapat B subjek sains & biologi so dag ter'out'. Setelah di tapis hanya ada 121 calon layak dipanggil temuduga.
Katakan BBL ni terpilih untuk sesi temuduga. Kemudian fight interview & berjaya sesi interview. Untuk pengetahuan korang, setiap calon yang berjaya sesi interview akan diberikan ranking bermula outstanding hingga very good dari no 1 hingga 45. Nasib BBL dapat no 33 maka secara auto BBL diletakkan sebagai calon simpanan. Belum rezeki lagi..
Okay, 30 calon dah berjaya & dah start kerja dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Tak sampai 5 bulan kemudian Jabatan Perkhidmatan Veterinar nak tambah lagi 5 staff untuk wabak kes lembu gila (contohnya). So SPA akan cadangkan calon simpanan terlebih dahulu. Yeay BBL pun dapat kerja dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar sebab calon no 31 hingga 35 terus diserap sebagai pekerja baru.
Saya calon simpanan, bila akan dipanggil kerja?
Tips dari pegawai SPA tadi,
jika korang terima surat interview
|
pergi sesi interview sudah dikira sebagai calon simpanan
|
hadir untuk sesi interview
|
RESULT
berjaya @ calon simpanan @ gagal
Biasanya tempoh sah laku calon simpan hanya 2 tahun kerana SPA beranggapan dalam masa 2 tahun si calon simpan masih lagi menaruh harapan untuk berkerja dengan government & masih belum mendapat kerja tetap. Tapi untuk calon simpan badan beruniform seperti kastam, bomba, JPJ, imigresen & lain kemungkinan temph calon simpan sekitar 2 - 4 bulan atau kurang sebab dalam masa 2 bulan berat badan calon (BMI) akan berubah. Setuju kan? Kot-kot waktu temudaga kastam masih kurus tapi 3 bulan kemudian dah jadi abam sado. Kan dah berubah kekuatan & BMI..
Lagi contoh. Tapisan mengikut CGPA. Ini agak mencabar
Kali ini, Jabatan Audit Negara mintak SPA sediakan calon bagi jawatan Juruaudit Gred 41 dengan syarat kelayakan CGPA 3.00 ke atas. So, calon dengan minima CGPA 3.00 akan terpilih untuk sesi temuduga. Kena at least 3.00 baru terpilih, jika pointer 2.99 sipi sipi jangan sedih sebab korang dah automatik out. Oleh kerana zaman sekarang ramai sangat calon lebih dari 3.00 sampai beribu-ribu. Jabatan Audit Negara mungkin short-list untuk pilih calon dengan CGPA 3.75 ke atas sahaja.
So adik-adik diploma, sila pastikan CGPA korang at least 3.00 keatas jika nak mohon kerja untuk jawatan Gred 27 - 38. Dengar je ayat sekurangnya 3.00 ke atas naik bulu roma susahnya nak terpilih jadi pegawai kerajaan ni.
Next entri BBL akan story pasal tips untuk Exam Online.
Baca jugak
BBL ~ Baru tahu step-step SPA tapis calon
o( ̄ρ ̄)o
Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....
Assalamualaikum & hello there,
Okay jika semalam BBL pergi ke ujian fizikal & kecerdasan. Hari ini BBL menghadiri temuduga bersama 3 orang panel SPA untuk jawatan Pembantu Penguatkuasa KPDNKK. Masih berdebar-debar nak kena panggil interview.
Pada hari kejadian, ada no giliran akan diberikan. No BBL adalah no 15 maka ada masa nak study last minute mengenai KPNDKK terutama akta-akta bawah KPDNKK. Kemudian nama BBL dipanggil masuk untuk sesi interview seterusnya.
Pertama, pastikan ketuk pintu 3 kali & tunggu 3 saat baru tolak & masuk ke dalam. Ada 3 orang panel 2 lelaki & seorang perempuan duduk dimeja & satu kerusi untuk calon duduk. Situasi seperti dibawah :
BBL : Assalamualaikum & selamat pagi Tuan, Puan. - kena buat mesra sikit sebab nervous.
Panel : Wasalam
BBL : Ini sijil-sijil saya - sambil letak atas meja panel. Kemudian cakap, "boleh saya duduk?'
Panel : Briefly explain about your self.
Okay jika semalam BBL pergi ke ujian fizikal & kecerdasan. Hari ini BBL menghadiri temuduga bersama 3 orang panel SPA untuk jawatan Pembantu Penguatkuasa KPDNKK. Masih berdebar-debar nak kena panggil interview.
Pada hari kejadian, ada no giliran akan diberikan. No BBL adalah no 15 maka ada masa nak study last minute mengenai KPNDKK terutama akta-akta bawah KPDNKK. Kemudian nama BBL dipanggil masuk untuk sesi interview seterusnya.
Pertama, pastikan ketuk pintu 3 kali & tunggu 3 saat baru tolak & masuk ke dalam. Ada 3 orang panel 2 lelaki & seorang perempuan duduk dimeja & satu kerusi untuk calon duduk. Situasi seperti dibawah :
BBL : Assalamualaikum & selamat pagi Tuan, Puan. - kena buat mesra sikit sebab nervous.
Panel : Wasalam
BBL : Ini sijil-sijil saya - sambil letak atas meja panel. Kemudian cakap, "boleh saya duduk?'
Panel : Briefly explain about your self.
BBL : Part paling penting. Terang je pasal nama penuh, umur, tarikh lahir, sedikit tentang keluarga seperti bilangan adik beradik, pekerjaan ayah & ibu, tentang suami/isteri (jika berkahwin), akademik & pengalaman bekerja.
Panel : Awak tahu apa tu GST? - weh soalan strait to point
BBL : Erm..saya pun tak berapa faham konsep GST sebenar tapi dari apa saya baca GST ni..bla..bla..bla.. - nasib baik dah study sikit pasal GST walaupun tak faham sangat. Explain je apa korang faham tentang GST tu.
Panel : Apa awak fikir tentang kesan pelaksanaan GST?
BBL : oh matilah tapi BBL terang je pasal pasal kebaikan negara selepas apply GST seperti income negara bertambah. - ini kena study banyak sikit.
Panel : Awak tahu kan akan bekerja di kementerian mana?
BBL : Tahu Tuan, di kementerian KPDNKK - sebut nama penuh kementerian kalu boleh
Panel : siapa ketua di KPDNKK?
BBL : Tahun 2015, menteri di KPDNKK ialah YB Dato' Sri Hassan b Malek & timbalan menteri ialah YB Senator Dato' Seri Ahmad Bashad b Md Hanipah.
Panel : Awak tahu tugas penguatkuasa ni apa?
BBL : Tugas untuk membantu membuat operasi penguatkuasaan, penyediaan statik pengutkuasaan, menyediakan rekod operasi & pendakwaan, terlibat sebagai saksi kes mahkamah & pendakwaan & lain-lain tugas diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.
Panel : Contoh tugas awak?
BBL : Buat rush pemeriksaan harga barang, rush cetak rompak & terima aduan pengguna mengenai penindasan peniaga terhadap pengguna.
Actually banyak soalan di tanya tapi akibat nervous tak banyak soalan BBL ingat. Hahaha
Tips untuk korang yang dapat panggilan interview :
1. Study siapa Menteri KPDNKK, timbalan menteri & ketua KPDNKK negeri
2. Hafal semua akta bawah KPDNKK - kalu boleh ingat jugak tahunnya
3. Hafal jugak skop tugas KPDNKK
4. Isu semasa berkaitan KPDNKK seperti GST (2015), kempen penurun harga barang, isu skim piramid MLM, isu penipuan online.
Nasib baik boleh jawab semua. Yang penting jujur & cakap jangan tergagap-gagap walaupun korang tak boleh nak jawab. Cuba bagi jawapan dulu & beritahu jika korang tak boleh jawab sangat, cakap saya kurang infomasi mengenai soalan itu Tuan / Puan tapi saya akan cuba mencari jawapan sebenar.
ヘ(◕。◕ヘ)
Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....
Assalamualaikum & hello there,
BBL baru je touch down balik dari tengok Cinderella pagi tadi. Nasib baik hanya 12 orang je tengok movie Cinderella first sesi hari pembukaan hari ini dalam hall boleh muat 120 orang. Haha terasa panggung wayang kat rumah je. 1 baris row belakang tu BBL je duduk berdua, yang lain semua pakat duduk depan. Apa komen BBL?
Disney Cinderella Trailer
Trailer dibawah dah tunjuk jalan cerita movie Cinderella. Seriuz sebijik sama & boleh agak apa terjadi.
Sinopsis Cinderella 2015
Kisah hidup bahagia Cinderella (Ella) bersama ayahnya seorang pedagang, kemudian berkahwin lagi setelah kematian tragis ibunya. Tertarik untuk sokongan perhatian bakal ibu tirinya, ayah Ella mengajak ibu tiri barunya Lady Tremaine serta putrinya Anastasia Tremaine & Drizella Tremaine ke rumah keluarganya. Tapi tidak lama kemudian ayahnya meninggal dunia semasa berdagang, maka bermula episode Ella didera tanpa pada belas kasihan oleh ibu & adik tirinya yang cantik tapi bodoh.
Akhirnya Ella hidup seperti seorang gadis pembantu rumah & diganti nama menjadi Cinderella (Ella yang kotor). Walupun sering didera, Ella tekad menghormati kata-kata ibunya sebelum meninggal yaitu agar memiliki keberanian & bersikap baik (have courage and be kind). Kemudian dia bertemu pemuda kacak & gagah di hutan bernama Mr.Kit, tapi Ella tidak menyedari bahawa lelaki itu adalah putera raja & bukan seorang pegawai di Istana.
Sejak itu Ella akhirnya merasakan nasib dirinya akan berubah selepas kejadian berjumpa jejaka itu. Ella makin gembira ketika Istana mengirimkan undangan terbuka untuk semua gadis-gadis. Ini peluang harapan Ella sekali lagi untuk berjumpa & menawan Prince Charming "Kit." Ibu tirinya menghalang dia untuk hadir & tanpa belasa perasaan merobek gaunnya milik mendiang ibu Ella. Macam biasanya, tetiba ibu pari-pari pun datang menbantu bantuan dengan magis gaun biru, kereta kuda labu yang mengubah hidup Cinderella selamanya. Akhirnya Ella menjadi permasuri & hidup bahagia bersama Putera Kit.
Full stop. End of story
Komen BBL
Jalan cerita sangat mudah. Actually korang sendiri boleh agak jalan cerita Cinderella kan. Kisah seorang perempuan dibuli oleh mak tiri busuk hati kemudian berjumpa dengan ibu pari-pari & akhirnya berkahwin dengan putera raja. Simple je kan tapi serius tak menyesal tengok Cinderella 2015 ini. Fairy-tale habis dari awal cerita sampai habis. Happy ending movie.
Pilih mid nite atau night show
Oh BBL rasa tak nak balik rumah lepas habis Cinderella. Bukan cerita bosan tapi Cinderella ibarat bad time story, banyak sangat imiginasi sampai rasa bermimpi. Bayangkan jika korang tengok Cinderella waktu malam, confirm boleh tertidur dalam kereta nanti waktu otw balik rumah. Lebih kurang macam Maleficent, cerita simple tapi ohsome.
Sila bawa anak atau adik bersama-sama.
Cuti sekolah dah bermula kan, so its best way bawak budak-budak tengok Cinderella. Sure bertambah-tambah berengan nak jadi Cinderella nanti. Oh jangan lupa kawal budak-budak sebab dorang lebih excited sampai boleh jadi bising menjerit-jerit.
Kostium pelakon & background super cool
BBL tak ingat bila kali terakhir tengok movie old english style. Disney kali ini sangat hebat dari segi fesyen kostium, background istana & hiasan rumah Ella. Budak diploma fesyen mesti suka tengok. Baju mak tiri Ella paling tip top walaupun dia jahat. Adik tiri Ella pun cantik terutama si Anastasia . Paling win baju magik Cinderella warna biru tu, confirm boleh jadi dress kawin nanti. Hahaha. Si mak cik pari-pari pun cantik dress putih tapi sayang muncul kejap je. I wish mak cik pari-pari tu berlakon lama sikit dalam Cinderella akan datang sebab dia agak kelakar.
Rating BBL
BBL ~ Kena tengok sekali lagi waktu malam
o\( ̄ρ ̄)/o
Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....























