Jom Masak! : Kuew Teow Cow Boy

6:19 AM

Happy Sunday semua!!
ceria bebenor BBL hari ni. hehe
hari ni BBL nak share satu segmen
baru dalam budakbandunglaici
iaitu JOM MASAK!.
dalam JOM MASAK! ni ada resepi yang
mudah patut korang cuba.
untuk pengenalan nya, BBL nak share resepi
kuew teow cow boy.



JANGKA MASAK : 20 MINIT
HIDANGAN : 2 ORANG

BAHAN-BAHAN RAHSIA

1 paket Kuew Teow (150 gram)
2 biji telur
1 biji bawang besar (dipotong)
2 ulas bawang putih (dipotong)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 pokok sawi
secubit rasa garam & gula
* boleh tambah penambah perisa seperti
Maggi Cukup Rasa atau Kiub Pati Ayam

CARA MEMASAK

1. Panaskan kuali & masukkan sedikit minyak
2. Masukkan bawang besar, bawang putih &
lada ke dalam kuali
3. Kemudian, masukkan sos tiram & sos cili
4. Gaulkan lebih kurang 5 minit hingga naik bau
5. Masukkan penambah perisa seperti
Maggi Cukup Rasa atau Kiub Pati Ayam
6. Masukkan gula, garam & lada suluh secukup rasa
7. Masukkan telur. Korang boleh letak ayam, daging,
fish ball, fish cake atau kerang mengikut selera
8. Selepas itu, masukkan Kuew Teow
9. Gaul sehingga sebati & masukkan sawi
10. Biarkan selama 3 minit
11. kemudian siaplah untuk dimakan

kalu korang tak faham, ikutlah gambar2 kat bawah.
ikut step by step
nanti tak jadi pulak Kuew Teow tu.









[ yang penting sedap! ]

ni lah menu yang boleh BBL share dengan korang.
simple, easy, quick & yummy..
why not should try kan?


BBL ~ hari ni nak masak apa?
  [>,<]"




You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL