Jom Jalan-Jalan - BBL, Nemo & Pulau Kapas

9:40 AM

HANGAT! ~ Jangan buang bakat terpendam korang
HANGAT! ~ Nak terbang tidak
HANGAT! ~ Rakyat Malaysia sebenarnya kaya dengan teknologi




Dah lama tak taip entri Jalan-Jalan Bersama BBL.
Hari ni BBL nak tambah lagi episode berjalan dengan
 destinasi ke Pulau Kapas, Marang, Terengganu.

Ini kali pertama BBL menempuh gelora Laut China Selatan ke Pulau Kapas.
Agak excited bila nak jejak kaki di pulau pantai timur.
Perjalanan dari rumah BBL ke jeti Marang hanya 30 minit dengan kelajuan
meter kereta 80 k/m dengan tangki minyak RM20.20 sen.
Tepat jam 8.35 pagi BBL sampai di jeti & jangan lupa bayar parking RM5.00
untuk keselamatan kereta korang ye.

12-15 minit masa di ambil untuk ke Pulau Kapas dengan menaiki bot express
& 30-40 minit jika korang naik feri yang ayu-ayu meredah ombak laut.
BBL hanya mengambil day-trip iaitu pergi balik hari tapi korang boleh memilih
untuk bermalam di pulau dengan pakej menarik menginap chalet atau resort
sekeliling Pulau Kapas.


Bila dah sampai tepi pantai Pulau Kapas terasa kenapalah
dari dulu tak datang pulau ni sebab serius sangat cantik airnya.
Biru kehijauan bak mata mat salleh warna air & cetek sampai boleh nampak ikan menari
berkejar berenang bawah bot. Hanya Allah sahaja tahu betapa indahnya ciptaan-Nya.


Dengan bayaran RM15 untuk Google mask snorkling + RM5 jaket keselamatan
memang berbaloi untuk sesi berangan menjadi penyu ikan duyung
berenang tengok batu karang. Waktu sesuai untuk aktiviti snorkling adalah
sekitar jam 11 pagi sehingga 3 petang kerana cahaya matahari
sangat membantu mendapat view ohsem dalam air.
Pengalaman BBL pertama kali snorkling memang tak boleh nak cerita.
Korang kena alami sendiri kalu nak tahu perasaan tu.
Sebelum ni BBL selalu singgah Pet shop kat Mid Valley nak tengok ikan nemo
tapi di Pulau Kapas korang akan rasa macam mana berenang bersama ikan nemo.
Yes BBL dapat sentuh 2 ekor ikan nemo. Itu pun bernasib baik sebab
ikan tu terlangar tangan masa terkuak-kuak macam itik dalam air laut.
Nasihat BBL, korang tak perlu pandai berenang nak enjoy pengalam ni sebab
korang kena bertenang & cuba apungkan diri.
Selepas tu enjoy taman batu karang yang serius sangat cantik.
Apa korang tengok dalam aquarium pet shop atau Aqua KLCC sebelum ni
sebijik sama tapi ini versi dunia sebenar ikan & batu karang.


Tak perlu kacak untuk berada dalam air. TQ.

4 jam BBL berenang-renang sampai nak kecut kulit jari.
Lepas puas bersenam macam duyung baru jumpa laut,
BBL bersantai tepi pantai macam mat salleh Ulu Klang.
Habis sunburn kulit lengan. Jangan lupa untuk sapu sunblok 20 minit 
sebelum ke pantai & setiap kali selepas bermain air pantai.
Kalu tidak, berbelang-belang badan  kesan sunblok.

Soal makan jangan risau, kat Pulau Kapas ada beberapa cafe & restoren
tapi harga standard pulau. Contoh nasi goreng USA RM30. Jangan persoalkan sedap
atau tidak tapi ramai mengomen cakap sedap.
Nasihat BBL, bawa bekalan makana jika korang ingin day trip ke pulau.
Bagi mereka yang menginap di resort, serbu sahaja cafe resort.

Selain aktiviti pantai & snorkeling, korang boleh mencuba berkayak sekeliling pulau,
jungle traking atau buat pertandingan bina istana pasir.
Oh ya, pasir pantai Pulau Kapas sangat bersih & berwarna putih.
Menurut sejarah, nama pulau kapas di beri selepas peristiwa
sebuah kapal membawa muatan kapas dari China telah karam & 
kapas-kapas telah hanyut terdampar di pantai pulau menyebabkan
hampir seluruh pantai di seluputi kapas.
Sejak dari kejadian itu, para nelayan memberi nama pulau ini Pulau Kapas.
Itu sejarah berpuluh-puluh tahun lepas ye.


Lepas penat bersantai tepi pantai, BBL bersama kawan makan BBQ yang
telah di bawa bersama semasa sampai di pulau. Makan sepuas hati lepas berenang
memang cukup kenyang. Teringat scene Cuti-Cuti Cinta time Farid Kamil & Nora Danish
terperangkap di pulau, makan ikan bakar tak endah orang lain.
Main sumbat je dalam mulut asalkan perut kenyang, boleh snorkling second round.

Pada sebelah petang, BBL berjalan-jalan sepanjang pantai.
Memang bersih pantai Pulau Kapas. Korang boleh lihat batu karang mati tersusun
sepanjang pantai. Jangan lupa penuhkan memory kamera dengan bergambar di pulau.
Banyak port cantik untuk korang bergambar.
Penat berjalan jangan lupa singgah cafe beli air kelapa, boleh minum sambil duduk 
atas buai bawah pokok.


Sememangnya Pulau Kapas sangat hapening dengan snorkling.

BAJET PULAU KAPAS DAY-TRIP

RM 15 Bot Express pergi balik = RM 30.00
RM 15 Google Mask = RM 15.00
RM 5 Jaket Keselamatan = RM 5.00
Makan di cafe = RM 20.00
JUMLAH = RM 70.00

Hari ni BBL hanya keluarkan RM70.00 untuk pengalama bersama Nemo!


Antara chalet yang ada

Korang boleh menginap di Chalet Mok Cik Gemok serendah RM40 semalaman
atau RM15 setiap seorang di KBC Chalet ( jenis dorm).



Lagi indahnya Pulau Kapas




Note : semua gambar di ambil dengan Samsung Galaxy Mega


Publish!



BBL ~ jom pergi lagi
[-.-]""

HANGAT! ~  Jangan buang bakat terpendam korang
HANGAT! ~ Nak terbang tidak
HANGAT! ~ Rakyat Malaysia kaya dengan teknologi



Ai tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di...

You Might Also Like

10 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. fuhhh menarik ni port.cun utk bcuti n honeymoon bro !

    -Gambar bikini soo wincci semasa miss malaysia Soo wincci in Bikini

    ReplyDelete
  2. dulu pernah pergi..tp tak cantek mcm nih..seriously now dah lain...gambar2 yg u snap pon lawa giler..terbaiklah Samsung Galaxy Mega

    ReplyDelete
  3. whoaaa! nampak menarik lah. cantik air laut tu.
    btw if nak beli baju blogger tu, inform je k ;)

    ReplyDelete
  4. cantik betol pulau tu.. aku pernah pg pulau redang..sama cantik.

    ReplyDelete
  5. ole2 mana im?? hehehe.. lawanya pulau kapas... =)

    ReplyDelete
  6. Allahurobbi...best gilak!

    jelesnye kenit tengok pemandangan indah pantai dan BBL pakai goggle nak gi snorkeling. Bila la giliran kenit plak ye...hurmmm :)

    ReplyDelete
  7. Bot ke pulau ada banyak trip ke? Atau pegi satu trip, balik satu trip je ke?

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL