Surat-Surat Cinta Nestle

5:47 AM

HANGAT! ~ Fesyen buah Manggo dengan Miranda
HANGAT! ~ Minuman wajib setiap kali esok nak exam




Adoi, orang lain dah tak main la pos surat-surat cinta ni tapi BBL buat apa
dengan surat botingkek macam lagu Waris ft Juzzthin.
Jangan salah faham ingat BBL dah tak de kerja chating melalui pos ni.

Sebenarnya BBL nak masuk peraduan Bonanza Hari Keluarga Nestle
Saja nak rajinkan diri kumpul barang Nestle, masuk dalam sampul surat,
tulis alamat, tempek setem kat surat & exercise kan kaki ke pejabat Pos Malaysia.

Dulu zaman sekolah menengah, BBL selalu masuk peraduan sana sini
 tapi sepuluh satu pun tak pernah menang. Sedih kebenor sambil buat muka duck face.
Biasalah adat masuk peraduan, bukan semua menang.

Kali ini di sebabkan keluarga BBL penguna tegar barang Nestle dari pagi bermula
dengan sarapan Koko Krunch bersama Susu Every Day, tengahari mak BBL masak menggunakan Cukup Rasa, petangnya kami makan biskut kulit popia bersalut Nestum
& sebelum tidur mesti pekana Milo suam baru boleh tidur.
Memang senang nak masuk peraduan sebab bukti peraduan banyak.


Peraduan ini akan berakhir hujung September 2013.
Syarat penyertaan cukup senang, beli mana-mana produk Nestle & jawab 3 soalan mudah,
lepas tu pos ke Nestle. Jangan pos ke alamat lain sudah.
Kalu ada rezeki, korang boleh memang barang elektrik seperti tab, telefon Samsung Grand,
kamera Samsung atau TV Panasonic 32 inci.

Penat betul nak susun satu satu masuk dalam sampul surat.
Paling leceh bila nak tampal setem, dah lupa macam ne nak letak setem.
Kompius kiri ke kanan surat. Argh..malu betul BBL ni.


Tak sangka boleh siap dalam 1 hari je. Hebat.
Selepas tu terus pergi pejabat pos. Malu jugak nak masukan surat dalam peti surat
sebab orang lalu lalang tengok BBL bawak beg Ikea penuh surat.
Mesti orang sangka pergh jiwang & klasik mamat ni main surat cinta.


Tak harap sangat memang cuma perasaan dapat masuk peraduan tu best.
Semangat tu penting.

Publish.

BBL ~ Bismillah
[=.=]



Ai tak kan baca sorang je..kongsilah dengan kawan-kawan di...

You Might Also Like

6 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. hehe..smgtnya.. sy amikborang byk tpi dok isi pun lg...

    ReplyDelete
  2. insyaallah..kalau ade rezeki bolehlah menang tuh..amin.

    ReplyDelete
  3. ALL THE BEST!..
    banyak juga duit nak beli setem tu..hahaha

    dari:
    akubahrain.com

    ReplyDelete
  4. wah... sama kita, peminat barangan dan produk nestle dari dulu sampai skrg.. sapai kakak deno 2 orang pun kerja sbg exacutivr nestle :) GOOD LUCK ya ^^

    p/s; salam kenal :) deno follow sini 228 :) jemput singgah dan follow blog deno? jom? hihi^^

    www.dayangdeno.com

    ReplyDelete
  5. banyaknya.. mudah2 an ada rezeki disitu.. yang penting dah usahakan,, :)

    ReplyDelete
  6. semoga berjaya..kot2 ada rezeki kali ni ;)

    ReplyDelete