Adoi "Adik Kecik" Buat Hal

7:21 AM

Assalamualaikum & hello there,

Nah terkena atas batang hidung sendiri baru mengelabah


Awal minggu lepas BBL cuak giler bila 'adik kecik' buat hal. Siapa tak risau kan. Kita ini muda lagi, kawin pun belum. Al-kisahnya bermula begini. 
Waktu tengah kerja tu dah perasan kenapa macam melekit je dalam seluar tapi abaikan je. Dah sampai rumah baru terkejut kat mini brief ada kesan tompokan 'liquid' kering, mulanya sangka mungkin air mazi. Time nak mandi biasanya akan pissing dulu. Baru terasa sakit - bukan sakit tapi feel senak pedih waktu start pissing. Rasa macam something kat head 'adik kecik' tapi lepas tu baru smooth pissing. Kemudian berlarutan waktu nak pissing sebelum tidur & esok pagi.   
Kerja dalam aircond memang cepat terasa nak pissing, masuk dalam toilet memang terkejut habis bila tengok 'bekas tompokkan liquid' pada brief. Masa nak pissing pun rasa sakit sangat sampai kena terjinjit baru boleh clear pissing. Balik rumah BBL call kawan pasal kejadian tu, dia bagi nasihat banyakkan minum air kosong bagi lawas kencing. Tak puas hati terus call lagi sorang kawan - dia pun pernah alami  problem seperti BBL. Kali ini dia suruh beli ubat Ural kat farmasi. Malam tu jugak cari ural sebab dah risau jadi apa-apa. Dalam kepala terfikir jangan la kena jumpa doktor pasal masalah 'adik' ni.  
Lepas 2 hari minum Ural baru baik. Alhamdullilah dah okay seperti biasa. Fuh nasib baik dah setel.

Masalah kencing kotor / kecing tidak lawas 

Dari apa BBL baca, biasanya kaum wanita je faced problem macam ni terutama pregnant women. Tapi jangan terkejut orang lelaki pun boleh terkena. Kali ini BBL sendiri alami masalah ini. Kencing tak lawas pun antara masalah biasa bagi lelaki berusia. Cuak habis ingatkan dah ada batu karang ke apa. Ada cakap tu kencing kotor means ada kuman pada air kencing atau saluran pundi kencing tu. 

Faktor terjadi kencing tidak lawas
  • Tabiat Harian
- Sikap suka tahan kencing mungkin satu faktor terjadi kencing tak lawas. So lepas ini, jika terasa nak kencing jangan lengah masa okay. Sekurangnya tak terbentuk batu karang.
- Kurang minum air kosong sebahagian dari faktor kuman boleh membiak pada saluran kencing 'adik kecik' dan terlebih minum air pun tak boleh juga kerana terlalu kerap buang air kencing boleh menyebabkan pundi kencing tidak boleh menahan air kencing dalam kuantiti yang banyak.
- Merokok adalah satu faktor menyebabkan saluran pundi kencing tersekat.
  • Gaya Hidup
- Elakkan dari melakukan aktiviti oral atau seks rambang. Jaga kebersihan diri & persekitaran terutama bahagian alat sulit.
- Bila dah selesai masturbation pastikan korang kencing untuk make sure tiada sisa air mani terlekat pada saluran air kencing. Ada certain lelaki suka tidur lepas masturbation alasan letih. #kipidap

Cara mengatasi
Ubat Ural

Ini BBL search dalam Google, ramai blogger commanded beli Ural kat farmasi. Harga RM1.90 satu paket. Cara nak makan ialah bancuh dengan air kosong dalam gelas. Nanti tuang je satu paket ural dalam gelas & minum. Memang akan berbuih macam Eno & sebijik rasa macam minum Eno. Terkejut fikir ini ubat ural ke Eno. BBL amalkan setiap hari satu paket selama 3 hari. 


Cuba petua lama

Kalu rajin boleh cuba petua orang dulu-dulu tapi BBL jenis malas sikit. Dah sakit pun malas nak berubat. Kita tau nak baik cepat je. Anda boleh baca petua disini - Petua hilangkan kencing tak lawas

Teknik buang air dua kali

Selain pengawalan makanan, boleh juga cuba teknik buang air dua kali. Setiap kali selesai buang air kecil, berdiri & duduk semula. Kemudian cuba buang air kecil sekali lagi. Teknik ini dikenali sebagai "double voiding" & agak berkesan.

Sekarang dah okay cuma sekali sakala senak tu datang bila nak pissing. Nasihat BBL jika masih berterusan bila dah makan berpaket ural seeloknya pergi jumpa doktor. Nanti dorang boleh check apa problem. Nanti tak lah melarat jika buat dek je.

So, harap entri diatas boleh menyelesaikan masalah yang sedang korang hadapi. Jangan main-main dengan problem kencing tak lawas sebab boleh effect untuk future terutama bila dah lepas kawin nanti. 

BBL ~ hari-hari minum air kosong
✌(◕‿-)✌

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

4 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. betul tu BBL...memang kencing kotor boleh melanda lelaki dan wanita..even budak kecik pun..sebab kebersihan kena jaga dan amalkan banyak minum air putih...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk info ini :D

    Penyakit lemah tenaga batin Evo7ori boleh bantu!

    ReplyDelete