#MovieReview : The Martian - Misi Menyelamat Ke Marikh

1:01 AM


Assalamualaikum & hello there,


Bulan ini agak penuh entri BBL dengan #MovieReview sampai setiap minggu mesti ada filem baru nak tengok. Semalam baru je lepas tengok The Martion di TGV berhampiran rumah. Oh sejak dari sekolah menengah memang minat sangat movie sains fiksyen terutama angkasa lepas. 

Trailler The Martian


Sinopsis The Martian

Filem The Martian diadaptasi dari best selling novel The Martian tahun 2011. Jalan cerita berkisah mengenai 6 astronauts NASA iaitu Mark Watney, Melissa Lewis, Annie Montrose, Rick Martinez, Chris Beck & Alex Vogel dalam misi expidisi di Planet Marikh. Ketika syok kumpul batu bata untuk sample kajian NASA, Annie memberi amaran tentang ribut pasir besar  bakal melanda & sangat merbahaya jika mereka terus kekal berada dalam hab. Lalu Commander Mellisa memutuskan misi ARES III mereka walaupun baru SOL 18 (solar day) di Marikh. 

Ketika mereka meredah ribut pasir untuk berlepas dari Marikh tetiba berlaku kejadian tidak disangka apabila salah satu antena tercabut lalu melayan mengenai Mark Watney menyebabkan dia terpelanting jauh. Commander Mellisa sebenarnya serba salah nak tinggalkan Watney tapi memikir spaceship dah nak tumbang akibat angin ribut kuat terpaksa mereka pulang berlima sahaja. NASA secara rasminya mengumunkan kematian angkasawan Watney di Bumi. 

Esoknya (mungkin) Watney tersedar dari pengsan akibat rempuhan antena isyarat terus bangun ingin kembali ke hab tetapi menyedari dia sebenarnya cedera teruk tercucuk palang besi. Dengan bantuan diri sendiri Watney harus melakukan pembedahan mengeluarkan serpihan besi pada bahagian perut (agak horor sikit). Kemudian barulah Watney menyedari rakan angkawasan lain telah meninggalkan dia berseorangan di plant merah. Nak atau tidak dia mesti meneruskan hidup dalam hab dengan stok makanan untuk 31 hari. 

Sewaktu menyelongkar barang tingalan rakan pasukan, Watney terjumpa ubi kentang & mendapat idea menanam ubi kentang sebagai stok bekalan menggunakan pasir planet Marikh & bahan buangan manusia (you know it). Sebagai sorang ahli botani, dia sangat berbangga pokok ubi kentang berjaya tumbuh segar dengan bantuan hujan buatan sendiri. Sebab itu Watney terpaksa mencatu makanan demi menyelamatkan diri dari mati kelaparan kerana NASA akan melancarkan misi ACER IV beberapa tahun lagi. Itu sahaja peluang dia jika ingin kembali ke planet Bumi.

Selepas 120 SOL NASA menemui pergerakan sekitar had ACER III. Paling memerangjatkan apabila NASA menerima mesej dari Marikh tentang Watney masih hidup. Kemudian bermula episode misi menyelamat manusia di Marikh. Banyak sangat dugaan Watney hadapi sepanjang hampir 900 SOL termasuk helmet dia bocor, kekurangan sumber makanan selain terpaksa melakukan semua benda seorang diri.

Filem berdurasi 132 minit berakhir happy ending apabila rakan team astronaut ACER III sepakat mahu menyelamatkan Watney dengan bantuan ISS. Sekembali di Bumi, Watney kini menjadi professor di pusat latihan angkawasan & menceritakan pengalaman menjadi manusia pertama bercucuk tanam, menerokai & tinggal di planet Marikh

- end of story - 


Komen BBL


1. Hidup sorang-sorang di Marikh


Bayangkan jika hanya korang saja manusia yang wujud di planet Marikh (tak terserempak pulak dengan alien), boleh mati kutu macam tu je. 1 SOL di Marikh bersamaan 24 jam 37 minit & 22.664 saat di Bumi. Kiranya satu hari di Marikh lebih 2.7% masa 24 jam waktu Bumi. Lepas tu, 414 hari (setahun lebih) perjalanan dari Bumi untuk sampai ke Marikh. Sangat mencabar otak untuk berfikir luar kotak. Waktu ini sangat berguna semua ilmu fizik, kimia, matematik & sains untuk move on kekal hidup. 



2. Misi menyelamat paling epik

Walaupun lokasi pengambaran The Martin hanya di Jordan tetapi suasana hampir menyemai keadaan sebenar di Planet Marikh. Agak terperanjat bila Watney sangat cool walaupun dalam tertekan ditinggalkan oleh rakan pasukan lain. Nasib baik ada musik disko Lewis itu pun dah beratus kali repeat lagu sama. Paling seronok tengok sainstis terpaksa kerja lebih masa untuk kejar masa bina roket untuk misi menyelamat Watney.


3. Peminat sains mesti tonton

BBL rasa peminat sains fiskyen mesti tonton The Martian walaupun hujung-hujung agak boring sebab jalan cerita agak landai. Watak Watney pun sangat menjadi walaupun dalam keadaan serius dia boleh buat lawak mengelikan hati. 


Bintang 



Overall BBL berpuas hati dengan The Martian. So korang jangan lupa tonton sendiri filem ini untuk mengetahui cara hidup di Planet Marikh jika tetiba mimpi kena tinggal di Marikh.

Kredit : ezadskytech.com


BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

4 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Dah tengok trailer filem nie...memang gempak jalan cerita and 'effect' pn best

    ReplyDelete
  2. woah 4 bintang manyak tu..
    ada baca ramai kata best.. eheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. ramai sangat cakap movie Martion super best untuk tahun 2015

      Delete