Warna Warni Electric Run MY Di Lindungi Tune Protect
11:08 PMAssalamualaikum & hello there,
Pada 12 September 2015 yang
lepas Tune Protect menjemput Nuffnangers
termasuk BBL untuk menyertai Electric
Run buat pertama kali diadakan dalam Malaysia bertempat di Selangor Turf Club. Tepuk
tangan sikit untuk Tune Protect!. Siapa tak excited nak berlari dengan lampu
neon sana sini & lagu hits sepanjang 5KM ni. Banyak lokasi terkenal lain
seperti Hong Kong, Singapura, Amerika Syarikat, Jerman, Itali & 14 negara
lain menjadi lokasi persingahan Electric Run. Kini tiba giliran Malaysia
merasaikan keunikan Electric Run khas
untuk tahun 2015 ini.
Tune Protect merupakan Penaja Insuran Rasmi Electric Run MY. Jika korang nak tahu, Tune Insurance telah dijenamakan semula kepada Tune Protect. Yang paling penting, dengan Tune Protect menjadikan Insurance Made Easy dengan mudah secara atas talian (pembelian online) tak kira korang nak travel ke Europe, Afrika, mahupun Middle East, dalam negara-negara Asia. Dengan perlindungan Tune Protect pastinya percutian korang berseorangan atau bersama keluarga lebih relax & seronok kerana produk Tune TrIP Travel Insurance di bawah Tune Protect dibantu oleh rakan strategik lain meliputi kos kecemasan perubatan semasa bercuti, pembatalan perjalanan, hilang bagasi, & banyak lain faedah lain membolehkan korang menikmati sepenuhnya setiap saat percutian termasuk Annual Travel Insurance with unlimited travel. Beli insurance online je sebelum bercuti. Senang je kan.
Pukul 6 petang BBL sampai ke
Selangor Turf Club, itu pun dah ramai peserta Electric Run dah sampai.
Cepat-cepat tukar baju merah I AM PROTECT by TUNE PROTECT. Nasib baik dalam
race kit ada segalanya untuk Electric Run. Lampu, gelang berkelip, glow in the
dark ink & kipas Tune Protect. Baru bersemangat nak berlari nanti. Sebelum
tu, BBL singah ke Tune Protect Booth untuk sesi bergambar dengan blogger lain.
Inilah baju I AM PROTECT by TUNE
PROTECT. Tambah lagi lampu glow in dark, lampu lip lap, & ring lamp. Meriah
macam nak raya.
Ada 8 courselands menarik &
berwarna warni sepanjang trek 5KM ni bermula point Start Line, Neffmau5 Land,
Electro Rainforest, Pillar Party, Rainbow Road, Candy Line, Under The Sea &
The Power House. Penat nak redah semua courselands ni tapi semua tak terasa
bila beramai-ramai jogging sambil selfie bergambar. Itu wajib buat dengan
official hastag #ElectricRunMy #TuneProtect dalam Instagram.
Lebih kurang jam 8 malam, kami
berkumpul beramai-ramai di Start Line sambil warm up badan dengan iringan muzik sebelum
mula berlari. Kami dilepas group by group memandangkan ada lebih 12,000 peserta
Electric Run 2015. Bayangkan betapa meriah & seronok berada di sini.
Jadi, lets start! berlari semua!
Courseland pertama melalui ialah Neffmau5
Land penuh berwarna warni dengan tanglung tergantung dari kiri ke kanan pada pokok. Terasa berada dalam dunia fantasi.
Kemudian Electro
Rainfores tcourselands. Sepanjang 500m trek ini penuh dengan lampu sport bertukar warna
& kiri kanan speaker muzik. Sungguh excited nak berlari sampai ke hujung
tapi semua berhenti ambil gambar selfie dulu.
Sepanjang trek ke garisan penamat
memang sangat happening, penuh warna ceria & muzik hits terkini yang
membuatkan BBL tak merasa penat selain excited nak ke courseland seterusnya. Yelah siapa tak sabar nak ke next point untuk bergambar.
Rainbow Courselands
Under the Sea Courselands
Candy Line Courselands
Finally BBL berjaya habiskan larian 5KM! Penat kaki berlari sambil selfie, dengar muzik, follow warna neon & Yahooo! Gembira amat sangat boleh sampai ke
garisan
penamat dengan selamat & jayanya. Tepuk tangan sikit
Walaupun lambat nan hado sampai,
semua 12, 000 peserta mendapat medal Electric Run masing-masing sebagai tanda
penghargaan menyertai Electric Run buat pertama kali di Malaysia.
BBL memang rasa Tune TrIP Travel Insurance ni berbaloi dan menyenangkan para pengguna sebab dalam satu polisi yang
kita beli tu semua dirangkaikan. Memang senang dan simple; malah lebih senang
daripada challenge yang dihadapi peserta di dalam iklan ni:
So, korang
ada planning nak terbang, travel atau bercuti minggu depan, 2 minggu lagi,
bulan depan, tahun depan & boleh jugak tengah planning holiday jangan lupa
untuk ambil Tune TrIP
Travel Insurance bersama Tune Protect. Pastikan percutian korang indah tanpa
perlu risau. Just enjoy okay.
Check out more pictures:
Check out more pictures:
Nak lebih
infomasi tentang Tune Protect, check out channel dibawah & jangan lupa
follow Tune Protect
LAMAN WEB | FACEBOOK | INSTAGRAM
LAMAN WEB | FACEBOOK | INSTAGRAM
- 48 hours sponsored post -
BBL ~ nak lari lagi la
o( ̄ρ ̄)o
Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....
1 Budak Suka Minum Bandung Laici
wahhh bestnyaaa. lari pon tak penat camni (yeke hehe) . bercolourful. hehehe
ReplyDelete