HyppTV Mengadakan Tayangan Media Bagi Drama Bersiri Terbaharunya – ‘Jom Kahwin’, ‘House of Cards Season 4’ Dan Sukan Olimpik Rio 2016

9:40 PM

Assalamualaikum & hello there,

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah, HyppTV, hari ini mengadakan acara tayangan media, dikenali sebagai HyppTV Upfront 2016, bagi menayangkan drama bersiri tempatan terbaharu, - ‘Jom Kahwin’, drama bersiri politik yang amat dinanti-nantikan iaitu ‘House of Cards Season 4’ dan sorotan acara menarik yang bakal berlangsung di Sukan Olimpik Rio 2016 serta siri-siri yang pernah memenangi anugerah dan eksklusif yang akan menemui penonton-penonton HyppTV sehingga bulan Jun 2016.

 

Majlis tayangan media HyppTV Upfront 2016 ini telah dihadiri oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM, Emily Wee, Naib Presiden, Perniagaan dan Operasi Media, New Media, TM, bersama barisan pelakon drama ‘Jom Kahwin’ seperti Keith Foo, Reen Rahim dan ramai lagi.

Pada majlis tayangan tersebut, HyppTV turut memperkenalkan drama bersiri terbaharunya, “Jom Kahwin”. Diarahkan oleh Khabir Bhatia dan Norhanisham Muhamad, drama ini adalah terbitan Filmscape Sdn Bhd eksklusif untuk HyppTV. Drama bersiri ini dibintangi oleh Keith Foo dan Reen Rahim selaku peneraju utama. ‘Jom Kahwin’ akan membawa penonton merasai kehidupan seorang petani yang tinggal di kampung bersama tiga orang adik beradiknya di mana mereka telah kehilangan kedua ibu bapa mereka dalam tragedi tsunami. Adam (lakonan Keith Foo) merupakan abang sulung yang bertanggungjawab menjaga tiga orang adik lelakinya iaitu Chad (Bil Azali), Baim (Jaslin Puasa) dan Daniel (Nadzmi Adhwa). Bagi menyara kehidupan mereka, keempat-empat adik beradik ini membuat keputusan untuk berhenti sekolah dan menjadi petani. Terpisah dari dunia moden, mereka membesar dengan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi, tanpa bimbingan kedua ibu bapa, dan adik-beradik ini banyak menghabiskan masa bersama haiwan-haiwan ternakan mereka. Bertekad untuk mengubah cara kehidupan mereka, Adam telah membuat keputusan untuk mencari seorang isteri yang ideal buatnya dan sekali gus menjadi kakak kepada adik-adiknya.

 

‘Jom Kahwin’ akan ditayangkan di HyppSensasi HD (HyppTV Saluran 116) bermula 11 Mac 2016, setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam. Saluran ini boleh dilanggan secara ala-carte pada harga RM9 sebulan atau sebahagian daripada penawaran HyppTV Aneka Pek pada harga RM30 sebulan. Saluran ini turut mempunyai fungsi dua (2) jam “time-shift” dan tujuh (7) hari fungsi “catch-up” untuk keselesaan tontonan anda.

HyppTV Upfront 2016, menayangkan program-program terbaik di HyppTV daripada kandungan tempatan eksklusif seperti ‘Dapur Dara’ daripada saluran HyppInspirasi, sementara ‘#SpylahSangat’ dan ‘Lip Lap Raya’ merupakan drama 30 episod yang akan ditayangkan sempena bulan Ramadan, di saluran HyppSensasi pada bulan Jun nanti.

Majlis tersebut turut memperkenalkan program-program antarabangsa yang bakal ditayangkan di HyppTV seperti House of Cards Season 4 daripada RTL CBS Entertainment. Drama bersiri yang mendapat pengiktirafan ini dibintangi oleh Kevin Spacey dan Robin Wright sebagai pelakon utama dan telah memenangi beberapa anugerah termasuklah Anugerah Golden Globe, Primetime Emmy Award dan banyak lagi. Selain daripada drama 'House Of Cards', HyppTV turut menawarkan pelbagai program hiburan eksklusif bertaraf antarabangsa yang akan bersiaran pada hari yang sama dengan di Amerika Syarikat dari saluran antarabangsa yang mendapat rating terbaik seperti Warner TV HD, Universal Channel dan banyak lagi.

 

Selain itu, HyppTV turut memperkenalkan program-program berbahasa Cina, India dan Korea yang terbaharu yang pastinya mengujakan peminat tegar program-program Asia. Antara program-program tersebit ialah Ip Man 3 di SCM dan ‘Port of Call’ di Red By HBO, serta pelbagai program hiburan lain seperti ‘We Are In Love Season 2’ di saluran now Jelli. HyppTV juga akan menayangkan secara langsung perlawanan-perlawanan dari Sukan Olimpik Rio 2016, yang akan berlangsung pada bulan Ogos nanti.

 

Menepati janjinya ‘Hidup Lebih Mudah’, para pelanggan yang sentiasa berada di luar rumah boleh menonton program HyppTV dan kandungan VOD pada peranti pintar mereka melalui aplikasi HyppTV Everywhere. Aplikasi mudah alih tersebut kini membolehkan pendaftaran melalui aplikasi (in-app) menerusi nombor telefon bimbit, alamat e-mel dan Facebook bagi pelanggan UniFi, Streamyx dan orang ramai untuk menikmati perkhidmatan HyppTV. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play untuk Android dan App Store untuk Apple.


Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv 
dan lawati laman media sosial  HyppTV di
 www.twitter.com/hyppworld   (Twitter), 

BBL ~ hypp kan diri anda
\(^o)(^0^)(o^)/

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici