Seronoknya Terjah Office Les’Copaque Shah Alam
11:59 PM
Assalamualaikum & hello there,
Siapa tak kenal kembar dua orang
ni?
Jangan angkat tangan
Ha, nak share story dengan korang
ni. Last week BBL ada visit office Upin Ipin di Shah Alam. Dekat jugak dengan
AEON Mall Shah Alam. Oh Les’Copaque juga antara penaja Sepetang Bersama Blogger
2016 pada 16 April ini. Boleh jumpa maskot Upin Ipin & selfie dengan dorang
ye.
Oh balik cerita asal entri ini. BBL
bersama beberapa blogger termasuk DenaiHati dipelawa untuk bersiar-siar dalam
pejabat operasi penghasilan Upin Ipin, DaDiDuDo, Pada Masa Dahulu & Puteri. Seronok kejap bila tengok abang & kakak kita sibuk drawing untuk
episode Upin Ipin akan datang.
Sebelum tu kami bertemu dengan
Dato Haji Burhanuddin Md Radzi, tulang belakang utama Les’Copaque sejak 10 tahun lalu. Banyak cerita kami
dikongsikan termasuk Filem Upin Ipin Jeng Jeng hasil kerjasama dengan KRU
Studio bakal menemui penonton di pagawan sekitar hujung tahun ini. Tengok
trailer pun dah best kan.
Kemudian En Nazrin membawa blogger melawat aras belakang tabir. Disini krew produksi melakukan aktivti seperti buat lakaran, rendering, sound effect termasuklah rakaman suara untuk karekter animasi Upin Ipin. Meja dorang pun penuh ceria, siap susun mini figure Upin Ipin hinggalah figure Star Wars. Terasa macam dalam kedai ToysRUs pulak.
Paling seronok tak sangka bila
jumpa pemilik suara Upin Ipin, Uncle Muthu, Mei Mei, & Susanti. Yang
karekter lain tak ada dalam office. Agak sedih situ tapi dapat melihat mereka
melakonkan suara sebenar terasa wow sebijik sama. Terbaik betul.
Tak sah kalu singgah ke Les’Copaque jika pulang dengan tangan kosong. Di sebelah office Les’Copaque terdapat Upin Ipin Store yang menjual cenderamata ekslusif Upin Ipin seperti t-shirt, bantal, topi, tumbler, tabung, koleksi buku komik Upin Upin hinggalah set peralatan sekolah Upin Ipin. Boleh beli untuk diri sendiri atau hadiahkan kepada adik di rumah. Mesti senyum lebar bila dapat hadiah. Betul, betul, betul!.
Jika anda ini membuat lawatan sambil belajar ke pejabat Les’Copaque Shah Alam. Boleh hubungi mereka kerana Les’Copaque sentiasa membuka pintu untuk rakyat Malaysia melihat proses pembikini animasi no 1 Malaysia ini.
Les' Copaque Production Sdn. Bhd.
No. 1, Jalan Boling Padang G13/G,
Section 13, 40100, Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia.
T : +603 – 5511 8089
F : +603 – 5511 8086
Website : www.lescopaque.com
Email : info@lescopaque.com
Eh lupa nak ucapkan selamat ulang tahun ke 10 Upin Ipin! Dah darjah 3 kan kalu sekolah rendah tapi tak besar-besar jugak. Sebab apa? Bila dah besar mesti tak comel kan. Betul, betul, betul!
BBL ~ selamat hari lahir Upin Ipin
ヘ(^_^ヘ)
Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....
8 Budak Suka Minum Bandung Laici
comelnya tabung cinonet tu...
ReplyDeleteDari jauh bila tengok terus amik beli
Deleteberbakat besar krew2 lescoupaque ni
ReplyDeleteTabik spring dorang semua
DeleteWahhh, bestnya dapat peluang macam ni :)
ReplyDeleteJom la join sepetang bersama blogger bulan depan
Deletebestnya dapat singgah ke opis diaorang..
ReplyDeleteseronok sangat sebab bukan selalu dapat peluang macam ni kan
Delete