Outlet Ke 100 Sushi King Di Aeon Mall Shah Alam

2:28 AM

Assalamualaikum & hello there,

Tahun 2016 telah melakar satu detik bersejarah buat restoren makanan Jepun kegemaran ramai iaitu Sushi King apabila secara rasminya membuka cawangan ke 100 di AEON Mall Shah Alam semalam.


Sebagai salah satu rantaian restoren makanan Jepun terbesar di Malaysia dan telah beroperasi lebih dari 21 tahun, pembukaan outlet terbaru ini satu pencapaian terbesar bagi Sushi King tambahan lagi ia menunjukkan rakyat negara ini amat menyukai makanan negara matahari terbit itu.

Pemilik Sushi King dan juga pengerusi eksekutif Texchem Resources Berhad, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Fumihiko Konishi menyatakan ia penanda aras amat bermakna buat keluarga syarikat Sushi King.


“Sejak pertama kali outlet Sushi King dibuka pada tahun 1995 di Kuala Lumpur, kami telah menempuhi perjalanan yang panjang hinggalah pembukaan outlet ke 100 hari ini selain penduduk Malaysia amat mengemari budaya makan orang Jepun kebelakangan ini” ucap beliau dalam merasmikan pembukaan hari ini.

Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Fumihiko Konishi berjanji Sushi King akan terus menawarkan kualiti makanan Jepun terbaik dengan bahan terbaik yang diimport terus dari Jepun, Norway dan beberapa negara yang mampu memberi kepuasan setiap kali menikmati hidangan Sushi King dengan slogan “Smiling, Served Fresh”.

Dan part paling seronok bila kami merasai sendiri kesegaran menu Sushi King di outlet terbaru dalam AEON Mall Shah Alam.


*Salmon Sashimi - RM 13.90


*Soft Shell Crab Tempura - RM 10.50


*Fried Rice & Salmon 


* Pandan & Durian Ball - RM 6.30


*Chuka Iidako - RM 6.36


*Spaider Roll - RM 6.36

Jika korang nak datang ke cawangan terbaru Sushi King, boleh terus ke Japan Street yang terletak di tingkat dua bangunan AEON Mall Shah Alam.   


Sushi King Aeon Shah Alam


Lot 606, First Floor, Aeon Shah Alam,
No. 1, Jalan Aquatik 13/64,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

BBL ~ sedap, sedap, sedap
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

4 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. kak lea sampai skrg tekak tak boleh jugak try makan sushi...adik2 perempuan gila sushi...kakaknya ni je tak lalu. suka tengok makanan tu berpusing ^*

    ReplyDelete
  2. akhir nya dapat jugak makan sushi. sekarang cawangan sushi pun dah dekat sangat dngan rumah. :D

    ReplyDelete
  3. Sedapnya Sashimi tuuu... Bilalah nak datang sini lagi...

    ReplyDelete