Pengalaman Naik RapidKL LRT Aliran Puchong

9:28 PM

Assalamualaikum & hello there,

Last week punya cerita ni, saja baru hari ni nak update kisah pengalaman naik RapidKL LRT aliran Puchong. Hari tu BBL nak pergi event kat Puchong so search la cara nak ke bandar Puchong since dah lama tak pergi sana. Ada suggest pergi Puchong by bas rapid tapi mostly menggunakan teksi. Teksi mahal la.

Selidik punya kaji, rupanya bermula 31 Oktober tahun lepas aliran Ampang - Sri Petaling Jaya telah bertambah extention stesen baru iaitu Stesen Kinrara BK 5. Lebih kurang dah dekat area bandar Puchong. Tunggu stesen bandar Puchong siap baru official sampai ke betul-betul bandar Puchong.



Cara nak ke Stesen Kinrara BK5

Naik je train ke Sri Petaling. Jika anda dari Stesen aliran Ampang, buat pertukaran di Stesen Chan Saw Lin. Kemudian di Stesen Sri Petaling, keluar ddari train & naik train baru di platform sebelah. Buat masa ini, itu sahaja cara agak jimat jika anda mahu ke bandar Puchong selain menaiki Bas RapidKL.

Setiba di Stesen Kinrara BK5, anda boleh memilih option menaiki teksi atau bas Rapid untuk ke pusat bandar Puchong. Jarak dari Stesen Kinrara BK5 ke pusat bandar cuma mengambil masa 6 - 7 minit bergantung kepada keadaan trafik.


Tren Baru Jajaran Puchong

Tren baru ini sepanjang enam gerabak cukup panjang seperti tren LRT star sedia ada. Meh check out sikit gambar train baru LRT.


*Ruang dalaman train



*Kerusi - bukan jenis besi mudah licin bila duduk. Kerusi dengan permukaan agak kesat tapi masih selasa. 


*Rekaan luar train

 

Dengar cerita suku ke tiga tahun ni baru semua stesen akan dibuka. Bersambung pulak dengan jajaran extention aliran LRT Kelana Jaya di Putra Heights.

*UPDATE: LRT stesen Bandar Puteri kini dibuka bermula 31 Mac 2016 rujuk entri ini



BBL ~ lepas ni senang nak pergi IOI
(⊃◜⌓◝⊂)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

11 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. yup, ari tu naik gak lrt ni nak pegi klcc.. kalau rumah kat puchong, mmg senang la pasni kalau nak pegi kl. xyah dah nak bawak keta. huhuhu

    ReplyDelete
  2. extension sampai puchong tu akan buka akhir bulan march ni. Yang sebelah line lagi satu (kelana jaya) akan buka akhir bulan jun tahun ni.

    ReplyDelete
  3. Kalau dari puchong nk ke kg baru tau tak mcm mana naik lrt ni?

    ReplyDelete
  4. Kalau dari puchong nk ke kg baru tau tak mcm mana naik lrt ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari puchong naik lrt, tukar tren kat masjid jamek

      Delete
  5. Assalam sy dr jb nie nak tanya if dr puchong lrt station kita nak ke damansara yg dekta the curve tu camner yer caranya? Ada direct lrt ke atau ada transit? Harap anda semua dpt membantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik lrt sampai sampai putra height, tukar lrt aliran kelana jaya. Pastu naik bus mrt ke semantan. Nanti naik mrt ke mutiara damansara, stsen selepas bandar utama

      Delete
    2. Boleh saya tahu, kalau dari Setiawangsa nak ke Puncak Alam macam mana?

      Delete
  6. kalo nk g ioi puchong, berenti kat stesen lrt ioi puchong jaya tu terus smpai situ ke?

    ReplyDelete
  7. Kalau dari tbs, nak turun lrt glenmarie macam mane?

    ReplyDelete
  8. dari foi puchong nk ke pwtc camana ek?

    ReplyDelete