Berpeluh Main Badminton Kejohanan KHR Avi 2017
6:44 AM
Apa sukan kegemaran korang waktu petang? Mesti ada cakap minat benor main futsall, bola keranjang, kayuh basikal, berenang, main kayak dan beberapa lagi akviti yang banyak keluarkan peluh. Siapa suka bermain badminton jika ada time free atau memang sifu game badminton zaman sekolah menengah dulu. Eh samalah dengan BBL. Main badminton tak sepenat permainan bola sepak namun peluh yang keluar kalah berlari pusing padang. Padahal bergerak kiri kanan dalam petak je pun.
Terbaru saya ada menyertai KHR Avi Badminton Tournament 2017 kat Setia Badminton Akademi, Setia Alam Selangor. Dah lama betul tak exercise badan pegang raket badminton ni. Rasa nervous pulak walaupun just hentam je bulu tangkis supaya pihak lawan tak dapat membalas smash tujahan dari kita. Acara netsporting ini melibatkan seramai 20 orang peserta lelaki dan wanita dalam game beregu kalah mati.
Special merchandiser dari KHR Avi
Selepas check in register dan breakfast jam 8.00 pagi, majlis dirasmikan oleh Ketua Eksekutif KHR Avi, Lyssa Hamzah dengan gimik smash bulu tangkis sebagai tanda perasmian tournament ini. Kemudian kami semua berdansa bersama-sama untuk memanaskan urat kaki tangan supaya tak kram "nanti". Dah habis sesi warm up badan maka bermula sesi pertarungan merebut gelaran juara beregu badminton KHR Avi 2017. Boleh tahan sengit game badminton antara para peserta. Masing-masing nampak memang kaki player badminton. Game di adili oleh barisan hakim bertauliyah badminton.
Amboi laju je CEO smash tak sempat nak snap gambar
Kali ini BBL berentak duo dengan rakan pasukan lawan Choon Wai/Azhar. Game dengan kiraan 30 kalah mati ini berjaya dimenangi oleh team lawan. Ala kalah adoi tak pelah janji dapat keluar peluh dengan jayanya. Yeay!
Tu dia Halim fokus
Then sementara menanti perlawanan akhir antara kumpulan, kami merasai pengalaman dalam VIP Lodge bersama peserta lain. Sambil melepak terbaring atas bean bag boleh buat networking dengan penyokong tournament badminton. Kebanyakkan yang sempat BBL kenal waktu sesi Avi-Bingo ini, mereka datang dari kelompok networking termasuk lawyer, pengamal media sosial, wakil pemasaran, pemilik syarikat kecantikan, pengedar produk kesihatan, tokoh koprat serta ramai lagi.
Melalui sesi sembang dua mata ini, kami bermain game berkenalan antara satu sama lain sambil menikmati coffee di buat oleh abang pilot KHR Avi. Merasa air tangan juruterbang pesawat ringan macam sebuah drama popular stesen berbayar. Sebenarnya ada makna sebalik game ini, macam main bingo tu. Ada 9 kotak yang kena isi maklumat networking dan pemilihan bingo berdasarkan kad business yang dipilih oleh CEO KHR Avi. Jika nama yang tercatit pada kertas sama dengan kad business, maka kat situ dah boleh cross line. Dah cukup 3 pangkah sama ada dari atas, bawah atau melintang maka hadiah pengalaman penerbangan selama 30 minit pusing KL bernilai RM 500 akan menjadi milik pemenang. Hari tu cuma 2 nama kena dengan kertas networking BBL. Alahai sayangnya.
Peserta pelawanan akhir
Perlawanan akhir badminton menyaksikan pertembungan sengit. Ibarat macam tengok game Lee Chong Wei dengan Lin Dan gitu. Bertepuk-tepuk penyokong dua belah pasukan. Akhirnya KHR Avi tournament badminton menemui pemenangnya. Yeay tepuk tangan kuat-kuat.
Tempat pertama badminton wanita
Juara Beregu Wanita
Pemenang Beregu Lelaki
Nikmati pengalaman baru terbang bersama KHR Avi
Jika korang nak tahu, KHR Avi adalah syarikat yang menawarkan services membawa para penumpang merasai satu pengalaman Avitour pusing Kuala Lumpur sambil menikmati pemandangan metropolitan dari tingkap pesawat ringan. Sesuai untuk anda yang mahu ingin memberi kejutan kepada orang istimewa atau boleh bawa parents membelah awan langit.
Setiap pesawat boleh dinaiki oleh tiga orang penumpang dengan bayaran RM 1 500. Inilah masa nak feeling moment ala private jet dan duduk sebelah co pilot. Pakej ini termasuk perjalanan mengambil penumpang di Hotel Saujana, kemudian dibawa ke Airport Subang untuk menaiki "pesawat anda". Kemudian selfie dan share experience rare ini dalam facebook atau instgram korang. Confirm ramai likes!
KHR Avi juga pelopor gaya hidup "jetsetter" yang diasaskan oleh trio Marisa Kenis, Lyssa Hamzah dan Fizza Hamzah. Jangan tak tahu, khidmat sewa jet peribadi ni menjadi trendy zaman sekarang dalam kalangan usahawan, selebriti tempatan serta pelancong asing yang mahu travel in style, speedy and comfort. So tak hairan ramai rakyat Malaysia dambakan pengalaman unik ini dan semestinya menjadi salah satu "must do bucket list". Ni lah experience mesti dilakukan sekali seumur hidup.
Seeloknya korang booking awal seminggu untuk make sure cuaca adalah cerah selain mendapat kelulusan dari menara kawalan. Selain, mungkin orang ramai duk booking. So anda kena que.
Berminat boleh menempah melalui
talian 017-7778 145 (Encik Hanz Alias)
email khr.aviation@gmail.com
Instagram : KHR_Avi
Facebook : KHR Avi
Ayuh terbang!
0 Budak Suka Minum Bandung Laici