[BUFET RAMADAN 2017] Iftar Selera Nostalgia Di Hotel Armada Petaling Jaya

8:11 AM

Setiap kali bulan puasa datang, aktiviti zaman kenak-kanak paling BBL suka mestilah follow ayah pergi bazar Ramadan. Walaupun tak puasa, ayah tak kasi makan depan orang ramai. Kena hormat orang berpuasa katanya, apa BBL boleh buat cuma angguk kepala tanda faham pesanan orang tua. Semestinya juadah berbuka seperti kuih muih, ayam golek, sata ikan, pulut panggang, badak berendam, air laici kang atau air soya mesti wajib beli sebagai buah tangan tawaf satu bazar. Kita yang ikut ayah rasa seronok dapat pegang plastik makanan berbuka puasa. Yelah seronok tengok bermacam menu peniaga jual. Telan air liur jelah.

Menjadi tradisi orang melayu, dapat berbuka puasa dengan menu masakan kampung pastinya mengubat rindu kenangan berpuasa dengan ahli keluarga. Bagi anak perantau di ibu kota metropolitan Kuala Lumpur,iftar di Utara Coffee House Hotel Armada Petaling Jaya harus termasuk dalam list pada Ramadan nanti. Sekurangnya tak perlu tunggu hujung bulan puasa untuk balik kampung nanti.

Dengan tema “Selera Nostalgia Ramadan” pada tahun ini, Executive Chef Chew Teik Chye akan membawa anda mengimbau perasaan berbuka puasa di kampung kelahiran dengan lebih 100 jenis menu hidangan setiap hari sepanjang bulan mulia nanti. Itulah perasan BBL waktu merasai air tangan chef yang mesra dengan panggilan Chef Mami.

Berselera betul nak tunggu waktu berbuka

Istimewa buat peminat kerabu macam BBL ni, Hotel Armada menyediakan beberapa menu kerabu seperti Kerabu Mangga, Kerabu Sotong, Kerabu Kacang Botol dan Kerabu Soo Hoon semestinya menyelerakan setelah seharian penat berpuasa. Paling kick mestilah Kerabu Mangga. Kecur air liur bila baca entri ni..

Kerabu mangga

Kerabu Soo Hoon

Nasi berulam

Hidangan utama kegemaran ramai yang tak boleh miss out sewaktu iftar semestinya signature tradisi seperti Laksa Thai, Bubur Lambuk, Nasi Rempah Berlauk, Sambal Udang Petai, Ketam Masak Nangka Muda dengan Kunyit, Ayam Golek, Ekor Lembu Masak Asam Pedas (masak dalam kawah ye), Kari Kepala Ikan Salmon, Daging Masak Serai, Ikan Sembilang Panggang Berlada, Itik Berladok, Sup Tulang Rusuk, Sotong Masak Kunyit dan Serai serta tak lupa Siput Sedut Cili Padi. Fuh memang berselera dapat berbuka juadah berlauk semua kat atas ni. Eh jangan lupa space dalam pinggan untuk sambal. 

Ayam golek yang diperap dengan rempah

Kari kepala ikan salmon - rare bukan

Ketam Masak Nangka Muda dengan Kunyit

Sup tulang rusuk

Sayur labu masak lemak

Udang masak petai


Itik berladok

Siput sedut

Para pengunjung jugak akan dihidangkan sajian sampingan Apam balik, Daging Panggang, Sate Ayam/Daging, Murtabak, Lidah Sapi bersama Air Asam, Ayam Percik Panggang dan jangan lupa rasai sendiri Roti Canai Durian. Semua ini boleh sediakan di gerai Bakar-Bakar.

Roti canai durian

Sebagai pencuci mulut sebelum ke solat terawih, ada kuih muih tradisional, pastry Perancis, dan bubur orang dulu-dulu macam Pengat Nangka, Bubur Pulut Hitam, Ais Kacang dan Bubur Cha-Cha.

Aneka pencuci mulut


Amboi sebut pasal makan terus tak ingat air untuk hilangkan dahaga kesukaan orang dewasa atau kanak-kanak, Air Cincau, Kelapa Muda, Jagung, Kembang Semangkuk, Selasih dan banyak lagi. Tak payah bersesak ke bazar Ramadan semata untuk memenuhi keinginan berbuka masakan orang kampung, terus datang ke Hotel Armada Petaling Jaya je.

Dengan harga masih sama seperti tahun sebelumnya iaitu RM 80.00++ (dewasa) dan RM 40.00++ (kanak-kanak – 7 hingga 12 tahun) ini satu pengalaman berbuka puasa penuh nostalgia bersama rakan sekerja atau ahli keluarga.

Anda boleh menempah sekarang dengan tawaran Voucher Pembelian Awal. Beli voucher bermula 2 Mei hingga 31 Mei 2017 untuk menikmati promosi Beli 5 Voucher Percuma 1 Voucher. Namun jangan risau jika terlepas peluang keemasan ini, dengan pembelian Super Value Voucher, beli 10 voucher Percuma 1 Voucher pada 1 Jun 2017 ke seterusnya. 


You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Terliur tengok ayam golek..hehe..first time dengar roti canai durian..teringin nak try..:)

    ReplyDelete