Kelebihan Beli Samsung S8 & S8+ Di senQ

8:21 AM


Please unbox your phone


Flagship 2017 Samsung S8 dan S8+ kini sudah mula dijual kat Malaysia bermula 4 Mei 2017 lepas. Fuh BBL sendiri sangat teruja dengan smartphone S8 kali ini kerana beyond design lagipun saya sangat meminati telefon yang mempunyai size skrin besar. Baru best! Okay BBL senaraikan apa best Samsung S8 dan S8+

- Skrin Lagi Besar -


Samsung S8 tampil dengan skrin 5.8 inci QHD, dilengkapi prosesor OctaCore 2.3GHz, 1.7GHz serta menyokong Dual sim. Peranti ini hadir dengan RAM sebesar 4GB manakala internal memori 64 GB dan mempunyai slot MicroSD (up to 256 GB). Boleh snap beribu lemon gambar serta pelbagai apps.

Fakta menarik tentang S8, ia menyertakan Bluetooth 5.0, menggunakan USB Type-C, beroperasi dengan Andriod 7.0 - Nougat dan dilengkapi bateri 3 000 mAh. Percaya atau tidak, berat smartphone S8 cuma 155 g.


Manakala Samsung S8+ dengan skrin bersize 6.2 inci yang lebih besar berbanding S8. Cukup perfect untuk mereka yang meminati smartphone jenis Phablet seperti BBL. Senyum! Manakala baterinya sebesar 3 5000 mAh dan menyokong wireless fast-charging.

Satu lagi S8 agak mudah dipegang walaupun sebelah tangan sahaja. Ada tiga pilihan warna iaitu Midnight Black, Orchid Gray dan Maple Gold

- Skrin Melengkung -


Keunikan utama S8 adalah Infinity Display tanpa sebarang bazel dikiri atau kanan telefon. Apa yang korang lihat atas skrin sepenuhnya tak kira gambar, membaca akhabar online, menonton movie, atau melayari youtube tanpa sekatan dinding tepi. Tahun ini Samsung memperbaiki dwi-lengkung lebih baik dengan paparan super sAMOLED untuk pengalaman menonton video atau bermain game lebih menyeronokkan. Jika korang perasan, hujung skrin juga curve dan tak petak. 

Pandangan sisi

- Tiada lagi Home Button -


Dengan paparan skrin sepenuh telefon, maka tiada Home button fizikal seperti siri Galaxy sebelum ini. Home, Back dan Option button kini terletak atas skrin. Best kan!

- Kamera lagi gempak -

Kebanyakkan kamera sedia ada hanya memberikan hasil gambar bagus pada waktu siang tapi kita nak guna kemera 24/7! Oleh kerana itu Samsung mencipta kamera yang mampu bekerja siang serta malam dan ia lebih perfect dengan Samsung S8 & S8+. 

Kemera hadapan 8MP dengan Smart Auto Focus bagi hasil selfie lebih baik dan berkualiti. Walupun wefie dengan selfie stick, kamera S8 mampu Auto Focus setiap muka orang. 

Hasil kamera hadapan S8

Untuk korang yang suka sticker ala haiwan comel seperti biri-biri atau ingin menjadi pirate. Boleh tambah sticker sewaktu selfie. 


Manakala kamera belakang adalah 12MP Dual Pixel Sensor, F 1.7 Lens dan off course boleh merakam video resolusi 4K. Ini antara hasil gambar kamera S8+ yang sempat BBL Bluetooth semasa preview.


Jangan tak tahu kamera S8 dan S8+ boleh Selective Focus ala-ala DSLR tu. Boleh blur background macam gambar potret.


- Iris Protection -

Unlock telefon dengan nombor PIN terlalu old school. Nah upgrade level keselamatan dan jaga privasi kandungan telefon dengan Iris scan. Setiap manusia mempunyai iris berbeza walaupun kembar seiras. Jika anda ingin membuka telefon dengan pantas, cuma perlu scan kedua mata anda sahaja. Hebat bukan? Tidak seperti Fingerprint yang kena scan jari 10 kali terlebih dahulu, dengan Iris cuma sekali sahaja dan S8 mampu mengenalpasti siapa tuannya. 


- Ucapkan Hello pada Bixby -

Inovatif terbaru dari Samsung ini bakal mengubah cara anda berinteraksi dengan telefon. Bixby merupakan personal assistant yang memahami percakapan, text, atau sentuhan anda. Contohnya korang mengambil gambar kasut, Bixby akan memberi maklumat tentang kasut tersebut termasuk lokasi, senarai portal online shopping mungkin boleh beli kemudian. Bukan setakat itu, gunakan Bixby untuk perkara seperti lokasi tempat, text, gambar atau kod QR. Senang bukan?



- Eksesori gadjet S8  -

Enjoy Samsung S8 dengan Gear 360 (2017) untuk merakam gambar atau video 360 serta bermain game kegemaran bersama Gear VR.


Korang boleh gunakan Gear 360 siri 2017 untuk buat Live Streaming di laman sosial untuk sebarang peristiwa. Selain edit gambar dengan app 360 pada telefon S8.


Bagi mereka yang ingin tampil elegan dan maskulin, suaikan dengan jam tangan premium Gear S3 terbaru dari Samsung ini.

- Harga Samsung S8 dan S8+ -

Untuk pasaran Malaysia, Samsung S8 ditawarkan pada harga RM 3 299 manakala Samsung S8+ berharga RM 3 699 dan sudah dijual bermula 5 Mei 2017. Namun BBL cadangkan korang beli sahaja di senQ.

 -Dapatkan peranti S8 & S8+ di senQ -

Bermula 5 Mei hingga 30 Jun 2017 ini, senQ menawarkan promosi hebat kepada anda. Dapatkan tambahan satu tahun perlindungan peranti + ansuran bayaran hingga 24 bulan + Senheng Mobile PAYBACK Starter Pack untuk pembelian di kedai senQ. Manakala pembelian online S8 atau S8+, jangan risau kerana korang masih lagi boleh menikmati tambahan satu tahun perlindungan peranti + ansuran bayaran hingga 24 bulan. Boleh beli online DI SINI.


You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL