[Peringatan] Tukar Kad MyRapid Korang

9:32 PM


Hye guys, dah tahu belum pasal announcement penukaran kad rapid lama (MyRapid hitam) kepada MyRapid Touch n Go baru? Yup, korang yang selalu pergi kerja naik LRT, Monorel, BRT atau bas RapidKL kena tukar kad baru.

Tempoh Penukaran

Korang boleh tukar kad RapidKL hitam kepada MyRapid Touch n Go baru bermula 15 Jun hingga 31 Julai 2017 di mana-mana kaunter customer services LRT / Monorel / BRT kecuali LRT Station Hukum Abdullah. 

Tiada caj penukaran, just bawa kad kad RapidKL hitam dan staff akan transfer amount dalam kad RapidKL hitam ke MyRapid Touch n Go baru. Kiranya balance kad lama akan transfer ke kad baru.

Menurut Rapid, kad hitam tidak lagi sah digunakan di semua perkhidmatan rel & bas Rapid KL bermula 16 Julai 2017. 

Namun jika bagi pengguna kad rapid konsesi seperti kad rapid student, warga emas atau orang kurang upaya (oku), anda perlu membuat penukaran di kaunter Rapid KL Pasar Seni berdasarkan tarikh diatas. Maklumat lanjut boleh rujuk SINI 

Cara Reload MyRapid Touch n Go Baru

Biasanya reload duit dalam kad dengan Tiket Vending Machine (TVM) kan. Bila dah pakai kad Rapid baru ni, machine tersebut tak boleh guna lagi untuk reload tetapi korang boleh reload balance di mana-mana kedai yang menawarkan reload Touch n Go seperti machine ATM, 7 Eleven, 99 SpeedMart, myNews, Mydin atau petrol station. Caj RM0.50 akan dikenakan setiap kali reload.

bye-bye vending machine

Reload kat stesen LRT pun akan dikenakan caj RM0.50. Sob sob sedih betul kena charge lagi.


Tapi korang boleh pilih untuk reload tanpa caj kat senarai kedai bawah (reload RM10, dapat RM10)

1. Self-services kiosk Touch n Go
2. Watsons
3. Guardian
4. Caring Pharmacy 
5. Tesco
6. Gaint
7. KK Super Mart
8. Cold Storage
9. Caltex Petrol station
10. Shell Petrol station
11. Petronas petrol station 
12. MPH Bookstore
13. NZ Curry House

Harga Kad MyRapid TnGo Baru

Jika anda sayang kad RapidKL ni dan bercadang nak simpan sebagai kenangan, boleh je beli MyRapid Touch n Go Baru pada harga RM 15.00 (RM 5.50 harga kad + RM 9.50 "duit" dalam kad) di

Kelana Jaya Line: Masjid Jamek, Sri Rampai, Abdullah Hukum, Ara Damansara & SS15
Ampang/Sri Petaling Line: Hang Tuah, Ampang, Pudu, Awan Besar & Bandar Tasik Selatan
Monorail Line: Imbi & Bukit Bintang
BRT Sunway Line: Sun U Monash

Selepas 15 Julai 2017, korang boleh beli MyRapid TnG di semua LRT/Monorail/BRT station.

Smart package

Kepada pengguna myrapid Smart pakej 30 monthly anda masih lagi boleh meneruskan penjimatan seperti biasa dengan MyRapid TnG yang baru ini. Cuma untuk renew smart pakej untuk bulan-bulan akan datang boleh pi tanya kaunter customer  services rapid. 


Okay itu sahaja BBL nak share dengan korang. 

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici