Restoren Delicious One Utama Dah Berwajah Baru
4:15 AM
Hai semua pembaca blog BBL. Maaf lah admin sibuk sikit dengan kerja susun file kat office sejak masuk bulan puasa. Sekarang dah masuk minggu ke dua bulan puasa, tu mesti ada sibuk tengah planning shooping nak cari baju raya, kasut raya, seluar raya, biskut raya dan segala persiapan untuk #Raya2017 tak lama lagi. Jika korang berhajat ke One Utama, Bandar Utama tuk beli barang dan iftar kat OU, BBL nak cadangkan satu restoren super mabeles untuk berbuka puasa. Even lepas raya nanti pun boleh datang jugak.
The Delicious Kini Bertambah Delicious
Last time BBL pergi OU perasan premis Delicious ditutup untuk renovation. Kini restoren kegemaran ramai dah beroperasi seperti sedia kala siap lebih ceria, menarik dan penuh berinspirasi dekorasi ruang makan. Ala lepas buat operation botox gituh. Terkejut tengok Delicious dah lain compare sebelum ini.
Tahun ini merasa hajat hati nak berbuka puasa kat Delicious One Utama. Jika anda tak pernah makan di sini, jadikan Delicious salah satu check list kedai wajib mesti singgah. Mostly menu Delicious adalah handmade oleh chef sendiri. Selain portion setiap menu boleh dikatakan agak besar dan cukup mengeyangkan perut anda. Sebab itu biasanya satu portion Delicious akan share berdua dengan rakan. Senang cerita puas hati makan kat Delicious.
Menu Delicious bikin anda lapar
Untuk starters, kita mulakan dengan
Salt & Pepper Squid
-----------------------------------------------
sotong segar, digoreng hingga garing, dihidangkan dengan lemon, sos tartar dan garden greens harga RM 29
Salmon Else
-----------------------------------------------
Fikirkan Sashimi Itali, salmon segar Atlantic, virgin lemon olive oil, lemon curd, horseradish sauce, Ikura, radish dan dill
harga RM 22
Saved By The Bell-acan
-----------------------------------------------
4pcs goreng sayap ayam dihidangkan dengan sos celup Thai.
Dan ya! boleh bau belacan sambal
harga RM 18
Muchacho Nacho Platter
-----------------------------------------------
Dihidangkan dengan beef chilli con carne, guacamole, krim masam, cheese dip, jalapenos dan pico de gallo
harga RM 30
Bagi peminat salad anda boleh mencuba
Sawa-duck-ka salad
-----------------------------------------------
Pomelo segar, daging itik confit dicincang, timun, tomato julienne, pudina, selasih Thai, basil, daun bawang, cili merah, biji bijan hidangan ala Thai
harga RM 28
One in a Melon
-----------------------------------------------
Perahan Lemon, rocket, keju feta, buah zaitun, pudina, basil, kacang pain, mutiara balsamic, minyak selasih, ravioli yogurt.
Great refreshing & satu lagi cara baru untuk makan tembikai !!
harga RM 26
County Roast with the Most
-----------------------------------------------
diperap selama 48 jam, 30 minit masa memasak, served dengan kentang lenyek, coleslaw, roti jagung dan jus au
harga RM 39
Dibs on the Beef Ribs
-----------------------------------------------
tulang rusuk daging lembu Australia perlahan-lahan selama 5 jam, dihidangkan dengan kentang goreng ubi keledek crisscut, coleslaw, roti jagung, dan cincin bawang.
harga RM 55
Inginkan burger segar dari oven, mungkin ini membuatkan anda kecur air liur
Mad as a Croque Madame
-----------------------------------------------
sos keju, keju cheddar, turkey ham, telur lembut dimasak bakar bersama-sama.
Oh kalori saya!! Yang penting telur kuning tu melting..
harga RM 30
Go Cheesed Lighting
-----------------------------------------------
The ultimate burger!! 100% US Black Angus Patty (180gms). 80% meat, 20% fat minced all beef patty. Dihidang bersama cheddar cheese, bawang, timun jeruk, tomato, lettuce, onion rings - 120% berpuas hati
harga RM 45
Hidangan pasta Delicious tidak kurang hebatnya, Bon Appetite!
Seashells by the Seashore Aglio Olio
-----------------------------------------------
udang harimau segar, sotong, kupang, tomato sundried, cili padi, cendawan butang, parsli, basil, dan pangrattato.
harga RM 42
Duck Con-Fit for a King
-----------------------------------------------
minyak zaitun, bawang putih, bawang, baby spinach, sundried tomatoes dan ketumbar. sudah tentu beberapa dicincang daging itik juga
harga RM 33
penghujung cerita elok maniskan mulut dengan
Panna "Kota" Kinabalu
-----------------------------------------------
traditional twist dengan bandung, lengkap bersama vanila ice cream
Memang sedap! Siap ada sagu
harga RM 22
Choc-a-Block Lava Cake
-----------------------------------------------
kek coklat lembut dengan kejutan limpahan coklat cair dihidang bersama aiskrim vanilla
harga RM 25
Malahan jika ibu bapa datang bersama anak kecil, Delicious ada menyediakan Kids Menu untuk mereka. Satu lagi kalu anda perasan nama menu Delicious sangat funky dan kelakar. Ada lebih 55 jenis menu kesemua sekali dari hidangan barat hinggalah favorite dish seperti True Blue Nasi Kerabu, Nasi Le-mak, Mamak Style Oxtail Stew. Senarai penuh menu boleh rujuk SINI. Mesti tersenyum sorang-sorang baca menu tu.
Restoren Delicious tidak hanya menjadi pilihan waktu lunch atau dinner tetapi turut menawarkan set high tea bagi korang enjoy bersama rakan sementara menunggu jalan tak jem kan.
High Tea Set
-----------------------------------------------
Chocolate Lava Cake, Chocolate Dipped Strawberries, Scones With Whipped Cream, Boysenberry Jam and Butter, Croissant, Vanilla Twist Danish, Blueberry Strudel Danish, Cinnamon Whirl Danish, Salmon Crudo Cocktail, Tuna and Ham & Cheese Finger Sandwiches, Belacan Chicken Wings, dan Teh atau Coffee.
harga RM 75
Selain itu Delicious juga menawarkan hidangan sampingan pelbagai pilihan pastri, kek, popcorn untuk bawa pulang atau mungkin anda boleh meraikan hari istimewa seperti ulangtahun perkahwinan, hari lahir, kejutan istimewa di restoren Delicious.
Cawangan Delicious
Menu kat atas boleh nikmati di cawangan Delicious berikut
One Utama
Lot G316, Ground Floor,
One Utama Shopping Centre (New Wing),
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya.
Tel: 603 7724 1086
Sunway Piramid
LG2.55 & LG2.55A,
Lower Ground Two, Sunway Pyramid Shopping Mall,
46150 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 603 5631 8181
St. Marry Place
G-7 & G-8 Tower A,
St Mary Place No. 1, Jalan Tengah, Off Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.
Tel: 603 2022 1983
Setia City Mall
Bangsar Village II
Delicious aktif juga perkenal menu terbaru dan promosi terkini dalam laman sosial. Boleh follow Delicious kat Facebook dan Instagram
Facebook : facebook.com/thedeliciousgroup
Instagram : instagram.com/thedeliciousgroup
Website : www.thedeliciousgroup.com
2 Budak Suka Minum Bandung Laici
Di sini, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa! :)
ReplyDeleteAnyway, tak pernah perasan pun this restaurant kat One Utama. Nice interior, ambiance pun cool je. Not to forget, makanan semua nampak lazat.
Perasan gambar-gambar BBL makin cantik la. Woot woot!
Tergoda dengan gambar2 hidangan yang disajikan dekat blog ini hahahaha ambil guna apa?
ReplyDelete