Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1438H

7:06 PM

Assalamulaikum semua!

Dikesempatan ini BBL ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembaca blog dan mereka yang mengenali admin Budak Bandung Laici. Oh ya, kalu ada salah silap terkasar bahasa tu harap di maafkan ye. Jangan la simpan dalam hati pulak. Nah amik almond london tu makan..


Tak lupa kepada anda yang beraya di kampung, kat bandar atau tak dapat pulang beraya tahun ni, diharap syawal kali ini memberi seribu kegembiraan walau di mana korang berada. Nanti makan lemang ketupat rendang jangan lupa BBL kat Terengganu ya. Yeah #TeamRayaTerengganu la.


Kali ini BBL tampil dengan tema blog "Jom Raya" bermotif trendy hijau alam flora bagi menaikkan semangat beraya tu. Raya kan sebulan dari Syawal pertama hingga 29 Syawal, tak gitu. Ha, kalau ada open house dan nak jemput BBL boleh email ke - bandunglaici@yahoo.com atau PM/DM melalui laman sosial saya. 


Jom kita beraya ke rumah sanak saudara, kawan-kawan serta jiran tetangga sampai hujung kampung. Mana tahu kot-kot dapat duit raya walaupun dah besar panjang sekarang. Eh dah la, BBL nak pergi beraya rumah sedara kejap. Jangan lupa hastag #JomRaya tau.

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL