Bayar Zakat Dengan Skim Thohir & Menang Hadiah RM28K!
2:40 AM
Assalamualaikum semua. Berita baik untuk anda yang belum membayar zakat kerana Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan sedang buat kempen Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir 2018) dan rebut peluang menang pelbagai hadiah bernilai RM 28,000! Zakat itu kan salah satu kewajipan dan zakat dapat menyucikan harta. Insyallah rezeki makin bertambah selepas bayar zakat.
Pakej Umrah & Percutian Luar Negara Menanti
10 hadiah percutian menarik termasuk HADIAH UTAMA menunaikan umrah tajaan Five Estec Travel Services Sdn Bhd bernilai RM28,000 ditawarkan bagi mereka yang menyertai kempen ini dengan membuat potongan gaji zakat (Skim Thohir).
Eh menarik betul. Siapa tahu rezeki bayar zakat menang hadiah pergi holiday ke oversea. Boleh jalan-jalan tempat orang. So apa syarat nak join kempen ni?
🔍 Siapakah yang layak memasuki kempen ini ?
Mereka yang BARU MENUNAIKAN ZAKAT SECARA POTONGAN GAJI (kali pertama mengisi Borang permohonan bayaran zakat secara potongan gaji)
ATAU mereka yang MEMBUAT TAMBAHAN POTONGAN KE ATAS POTONGAN ZAKAT SEDIA ADA (maksudnya tuan/puan memang dah bayar zakat secara potongan gaji....ehem..ehem..bolehlah buat penambahan ye.... ;)
🔍 Bagaimana caranya nak sertai kempen ini ?
Senaaannnggggg sangat. Semudah ABC je. Sila pilih kaedah di bawah berdasarkan kesesuaian tuan/puan (maksudnya yang memudahkan tuan/puan 😉)
💻 : Permohonan Online: www.zakat2u.com.my/bayar-zakat
💠 : Kaunter-kaunter PPZ
👔: Hantar borang yg lengkap kepada majikan anda dan emailkan ke skimthohir@zakat.com.my
📞 : Hubungi TALIAN ZAKAT 1 300 88 5757
Nak tahu apakah hadiah-hadiahnya ?
📦 Pemenang utama Pakej Umrah bagi 2 orang
📦 Pemenang kedua : Percutian ke Beijing 6H5M
📦 Pemenang ketiga : Percutian ke Bangkok 5H4M
📦 Pemenang keempat – kelima : Percutian ke Jakarta 3H2M
📦 Pemenang keenam – ketujuh : Percutian ke Pekan Baru 3H2M
📦 Pemenang kelapan – kesepuluh : Percutian ke Medan 3H2M
LUMAYAN kan. Terima kasih Five Estec Travel Services Sdn. Bhd yang menaja hadiah untuk pemenang. Mana tahu anda pemenang bertuah salah satu hadiah diatas.
TARIKH TUTUP : 31 OKTOBER 2018
Sebenarnya kempen Bayar Zakat Dengan Skim Thohir telah lama berlangsung dari 1 Julai dan akan berakhir hujung bulan Oktober ini. Masih belum terlambat untuk anda menunaikan tanggungjawab membayar zakat dan menyertai kempen ini. Nak senang bayar je zakat secara online dari rumah atau pejabat. Simple tak perlu bersusah ke kaunter PPZ.
Oh ya pemenang akan diumumkan pada bulan Disember 2018 nanti.
Jangan tunggu dan lihat ajerrrr.....Bertindak sekarang! Mungkinkah rezeki anda pegi UMRAH atau melancong PERCUMA tahun ini ? Amin..
0 Budak Suka Minum Bandung Laici