Bagasi.my - Cara Mudah Cari Hotel Mengadap Pantai Sekitar Terengganu

1:01 AM

Assalamulaikum semua,

Na na na ganu kita! Sebut negeri Terengganu mesti terus terlintas keropok lekor, nasi dagang, ikan celup tepung dan sata ikan. Lepas tu singgah ke Pasar Payang shopping kain batik, songket atau pun makanan laut. Tambah lagi Kuala Terengganu sekarang ada ikon baharu jambatan terangkat pertama di Asia. Wow..banyak aktivti boleh buat ni.

pemandangan dari hadapan hotel mengadap pantai cadangan bagasi.my

Lagi best kalu dapat hotel mengadap pantai, boleh rehatkan diri tengok sunrise waktu pagi. Malah suasana matahari terbit di sini antara paling cantik dalam Malaysia. Tak hairan ramai pelancong datang ke Terengganu untuk bercuti dengan suasana ombak laut & angin sempoi-sempoi. Bagi yang datang family, mesti nak bawa anak-anak main pasir tepi pantai yang bersih. 

Semuanya mudah bila buka Bagasi.my/hotel di terengganu yang dah siap-siap list senarai hotel Terengganu dengan pemandangan pantai. Dari daerah Kemaman hingga ke Setiu semua ada..sampai boleh rambang mata nak pilih mana satu.

BAGASI.MY memang mudahkan kerja nak pilih hotel/resort sekitar Terengganu. Lengkap dengan gambar, explanation kemudahan tersedia dan gambar hotel tersebut. Setidaknya kita dah boleh bayang aktiviti boleh buat sepanjang check in nanti. Tak payah susah buka 2 3 website lain untuk compare. Senang, mudah & cepat boleh decide nak stay hotel mana. BBL dah buka bagasi.my dan ada 21 hotel menarik dalam Terengganu. Semua nampak cantik. 


Maklumat harga bilik, alamat turut tertera. Bila dah puas hati boleh terus booking kat website yang link bersama artikel. Boleh terus proceed packing barang-barang nak datang bercuti ke Terengganu kan. 


Bukan setakat tu Bagasi.my pun ada senaraikan hotel mengadap laut sesuai bagi berbulan madu. Tak perlu travel jauh sebab dalam Terengganu ada lokasi awesome untuk pasangan raja sehari datang bercuti bersama pasangan. Nak celebrate anniversary perkahwinan pun tak jadi masalah. 


Dari segi harga list hotel Bagasi.my sediakan cuma bermula RM30+ semalaman hingga ratusan ringgit. Itu pun consider mesra poket sesuai bagi anda yang datang bersama pasangan, family, kawan-kawan atau dalam group besar. 

Bagasi.my pun ada bagi idea aktiviti menarik sekitar kawasan hotel boleh anda terokai & nama kedai makan popular berhampiran. Sebagai contoh makan ikan celup tepung bersama air batu campur dan air kelapa fresh mengadap pantai. Fuh BBL pulak craving tengok gambar sotong dengan udang tu..


Apa yang BBL suka lagi mestilah detail maklumat Bagasi.my sediakan setiap list hotel yang lengkap sesuai bagi aktiviti bercuti, family day dan rumah kediaman rombongan kenduri. Mana tahu anak dah konvo tamat belajar mesti nak bawa semua ahli keluarga datang berjalan-jalan sekitar Terengganu kan. Atau ada majlis kahwin sebelah Ganu, turut tersenarai dalam 21 hotel menarik tepi pantai boleh anda pilih.


Untuk mereka yang merancang bercuti ke pulau, Bagasi.my pun ada sediakan senarai hotel menarik yang terdapat di pulau dalam Terengganu antaranya Redang Paradise Resort & Tuna Bay Island Resort yang rata-rata dapat komen positive dari tetamu yang pernah menginap kat sini. Sudah semestinya bilik betul-betul depan laut China Selatan. 


Untuk list penuh korang kena tengok sendiri website Bagasi.my dan start buat tempahan bilik sebelum datang bercuti ke Terengganu. Bukan setakat negeri Terengganu malah Bagasi.my ada menyediakan banyak maklumat tentang tempat menarik, hotel berbaloi & aktiviti best dalam negara kita. 

Apa kata singgah dulu Bagasi.my mana tahu tetiba terjumpa lokasi sesuai untuk bercuti nanti.. 

You Might Also Like

20 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Baru tau ada web bagasi.my .. Tq shaeing info ni

    ReplyDelete
  2. Saya dah terlupa tentang website bagasi.my ni. Memang sedang mencari bilik pun kat Terengganu untuk event bulan 9 nanti. Dalam agoda dah full. Homestay lagi ssh nak cari. Tq!

    ReplyDelete
  3. Baharu tau ada website bagasi.my ni sbb selalu tengok yang popular ke mcm trivago agoda dan yg sewaktu dengannya. Dah lama juga tak pergi Terengganu sebab jauh huhu...

    ReplyDelete
  4. Subhanallah cantiknya pemandangan tempat penginapan pandangan laut ni. Tapi Atul tak pernah sampai area sana lagi, di Terengganu pernah sampai takat Dungun je. Lepas ni bolehla holiday kat sana pulak. Macam best je

    ReplyDelete
  5. Bst nya gi terengganu! Dulu pegi tapi x puas jalan jalan sbb asyik kena berhenti handle anak-anak je. Huhu. Byk lagi tempat tak try pegi kat Tgganu.

    ReplyDelete
  6. Baru tahu ada bagasi.my ni. Tenkiu share info. Haritu pegi ghanu main redah je. Hotel kebanyakannya dah full sebab time cuti sekolah. Huhu

    ReplyDelete
  7. Bagasi,my satu lagi platform nak booking kan. hehe. Semoga harga kekal maintain ya. Kalau di Terengganu semua tempat menarik kan hehe

    ReplyDelete
  8. bagus aplikasi bagasi.my ni ..search jela kat mana kita nak pegi kan...memudahkan betul

    ReplyDelete
  9. la ingatkan website jual bag rupanya website untuk dapatkan hotel or homestay di Terengganu ermm sangat-sangat memudahkan untuk kita mencari penginapan mengikut budget kita.

    ReplyDelete
  10. Mudah la bila ada bagasi.my ni kan? Lepas ni kalo kak min nak ke terengganu leh check melalui bagasi.myni je la

    ReplyDelete
  11. Mantap review bagasi.my ni. membuatkan orang yang membaca dapat terpukau...tahniah tuan, review yang sangat mantap.

    ReplyDelete
  12. Bagasi.my ni boleh jadi salah satu alternatif kalau nak cari tempat penginapan masa travel kan. Memang dah banyak website booking hotel tapi bagus jugak bila ada banyak pilihan lain seperti bagasi ni

    ReplyDelete
  13. tganu ni sgt ohsem.
    makanan sedap & murah.
    aida normally reserved hotel call directly.
    then guna govt rate :)
    once pernah guna traveloka.
    ni boleh la aida survey dulu.
    nak tgk berbaloi ke tak, kan :)

    ReplyDelete
  14. that's nice for ppl in Terrenganu. BAGASI.MY has done a good job. Nowadays it's so convenient for ppl and I hope it will continue improve too

    ReplyDelete
  15. wahh.. memudahkan kerja untuk mereka yang sedang membuat perancangan bercuti ke terengganu. saya sendiri belum pernah ke sana. lepas ni kalau nak rancang, bolehlah buka laman web bagasi.my ni. :) terima kasih share ya

    ReplyDelete
  16. Owhh baru tahu ada laman web bagasi.my ni. Senanglah sis nanti kalau nak ke terengganu dan menginap kat sana. Tq tau atas perkongsian ni

    ReplyDelete
  17. senang bila ada panduan mcm ni.. takde la dok pening kepala buang masa cari hotel itu cari hotel ini.. yelah nak cari hotel ni bukan boleh main tempah je.. nak juga tahu apa yang ada kat situ apa yang tak ada.. lokasi dgn tempat menarik nak pergi jalan2 tu jauh sgt ke tidak... dah ada mcm ni senang sgt2!!

    ReplyDelete
  18. Bestkan website ni. Memudahkan kita buat pencarian tentang lokasi percutian. Semuanya ada dan info yg dikongsikan pun lebgkap dan padat

    ReplyDelete
  19. Haritu nad ada buka bagasi,my ni..memng info dalam tu terbaikla..semua dia senaraikan hotel dan lokasi yang bagus..

    ReplyDelete
  20. It is always good to have another alternative to help us have more choices when we wanna decide on our accommodation. :)

    ReplyDelete