Produk Menarik Di Pavilion Taiwan Excellence @ ARCHIDEX 2019

7:16 AM


Assalamualaikum korang semua,

BBL baru je balik dari ARCHIDEX 2019 kat Kuala Lumpur Convention Center yang start hari ni, 3 - 6 Julai 2019. Pameran ARCHIDEX terbesar di Malaysia ni menghimpunkan bermacam produk, jenama & datang dari pelusuk seluruh dunia. Event cukup menarik terutama mereka yang tengah mencari peluang perniagaan serta pengguna tempatan nak tahu aneka barangan dengan sentuhan teknologi serta design baru. 

Paling menarik perhatian ialah pavilion Taiwan Excellence kat Hall 8. Lebih kurang 60 jenis produk ada kat sini dari barangan kegunaan rumah, pekakas dapur, peralatan elektronik & hardware tapi dua barang ni paling BBL tertarik untuk share dengan anda. 


BUDER Counter Top Water Dispenser
Standard rumah sekarang ni yang ada water dispenser mesti setiap 3 bulan akan ada orang datang services tukar filter. Sama macam BBL selalunya staff penapis air akan call tanya kita ada kat rumah atau tak sebelum datang. Buat staff tak sibuk handle proses services mesin boleh la datang rumah kita. 


Uniknya BUDER water dispenser ni owner tak payah pening kepala check filter perlu tukar atau tak sebab machine ni sendiri akan contact services prodiver untuk tukar filter & check apa yang patut. Bunyi macam wow.. impresive betul teknologi Taiwan. Setengah kawasan kat Malaysia ni terutama penempatan dah lama dibangunkan mesti ada masalah sistem saluran air yang berusia lebih dari umur sendiri. Nak atau tidak, kena kerap tukar filter bila kualiti air dah kurang sebab paip uzur. Tak kisah la area bandar atau kampung. 


Semua jadi senang sebab machine air ni akan connect dengan wifi. Malah ada touch skrin kat untuk owner tengok suhu air, pilihan air sejuk, panas atau biasa, notifikasi tukar filter & siap ada masa serta kalendar. Nice tak..touch je tak perlu serabut dengan button. Lebih minimalis & praktikal untuk kegunaan rumah, pejabat, sekolah, hotel atau kedai. 

Kapasiti tangki pun besar boleh simpan air panas 5 liter, sejuk 1.7 liter & air biasa 3 liter. Sesuai la standard kegunaan rumah family. Paling penting boleh setting untuk lock air panas dari tertekan oleh anak kecil misalnya. Safety habis la. 


Rekaan water dispenser ni menarik & telah menerima pengiktirafan sebagai Taiwan Excellence 2018. Malah tahun ni sekali lagi menjadi produk utama kat Pavilion Taiwan Excellence. Rata-rata pengunjung ARCHIDEX 2019 tertarik dengan apa Buder water dispenser tawarkan berbanding penapis air yang ada dalam pasaran Malaysia sekarang. 

 Eric Leong tengah explain produk unik Burber water dispenser 


JUSTIME Faucet
Terus terang saya memang suka menyanyi dalam bilik mandi. Siapa je tak rasa seronok bila bilik mandi jenis shower raining, tambah lagi JUSTIME Faucet ni yang banyak menang design award. 


Ada 3 pilihan warna cuma bagi saya warna hitam memang in kalu dalam bilik mandi. Jangan terkejut bila pegang holder shower ni berat sebab dibuat dari besi. Tahan lasak betul. 

Selain tu siri 'Lucky 7' pun banyak menang anugerah berprestij salah satunya Good Design Award 2016, Reddot Award 2016, iF Gold Award 2016 untuk kategori rekaan terbaik. Bagi BBL reka bentuk paip air tempat basuh tangan ni cukup futuristik & elegan. Rasa macam air keluar dari dinding rumah gitu. Sesuai untuk kegunaan industri perhotelan, rumah kediaman, pejabat serta restoren. Ada kelas tersendiri senang cerita. 


Tak hairan la ia terpilih sebagai produk Taiwan Excellence 2018 & 2019 kali ini. Tahniah sekali team designer Justime yang berjaya menghasilkan satu keluaran cukup menarik perhatian pengguna terutamanya.

Oh ya ARCHIDEX ni masih berlangsung bermula 3-6 Julai dari jam 10 pagi sampai 7 malam kat Kuala Lumpur Convention Center. Boleh la datang tengok apa yang boleh anda dapat dari negara Taiwan yang maju dari segi teknologi pembuatan. 


Jangan lupa register di website archidex.com.my/registration untuk akses masuk ke ruang pameran.  Boleh menang hadiah menarik dari ARCHIDEX 2019 bila anda regsiter sebagai pelawat. 

You Might Also Like

18 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Hebat betu produk Taiwan ni. Berkenan betul tengok dispenser tu. Skrin dah macam atas flight. Boleh nak tetapkan yang nak lagi tu. Berapa harganya ni?

    ReplyDelete
  2. Menarik dan hebat-hebat rekaan kat Taiwan Excellence kali ni. Qiss suka water dispenser tu sebab banyak ciri menarik dan selamat untuk kanak-kanak. Risau juga sebab kat rumah Ada anak kecil. Takut dorang main tekan je water dispenser. Okay lah Qiss nak pergi juga sebab nampak macam banyak lagi barangan menarik kat sana.

    ReplyDelete
  3. Wah canggihnya water dispenser tu. Sabtu ni kat penang ada Taiwan Expo juga. Mesti ada banyak juga barangan Taiwan kat sini.

    ReplyDelete
  4. Pergh canggih la semua produk dari Taiwan ni terutama water dispenser tu. Siap ada connection dengan wifi lagi. Mesti mahal kan BBL? Teringin jugak nak tengok pameran ni. Tapi minggu ni macam tak sempat nak pergi hmm

    ReplyDelete
  5. Hebat betul produk dia especially water filter tu siap boleh contact sendiri bila dah sampai due untuk maintenance! Boleh rambang mata kalau menyinggah ke pameran ni

    ReplyDelete
  6. Hebat-hebat dan canggih juga rekaan dari Taiwan ni yee, nak kena survey jugak mana tahu terpaut di hati

    ReplyDelete
  7. Wow changgihnya produk daripada Taiwan ni hehehe banyak pilihan lak tu kita sebagai negara yang membangun perlu kepada teknologi mungkin satu hari nanti Malaysia juga jadi seperti Taiwan buat produk sendiri lebih canggih nak pasar seluruh dunia.....

    ReplyDelete
  8. Banyaknya produk canggih-canggih kat sini. Nampak la teknologi sana maju. Kita kat Malaysia pun patut contoh kemajuan kat sana. Especially for safety. Sekarang banyak benda tak selamat.

    ReplyDelete
  9. wahhh banyaknya produk yg canggih2! tak sangka ada produk macam tu, yg pastinya bukan keluaran malaysia sebab diorang lagi maju. menarik! bilalh malaysia nak ada teknologi macam tu. apa2pun terima kasih share :)

    ReplyDelete
  10. Menarik menarik jugak barang barang yang ada dekat pameran ni. Teknologi dieorang pun nampak hebat. Plus dari segi estetik pun not bad

    ReplyDelete
  11. Jauh terkedepan dah teknologi Taiwan ni. Tengok barang barang diorang semuanya futuristic. Sebab kadang inovasi dia macam tak tercapai dek akal

    ReplyDelete
  12. Wahhhh menariknya expo nie !!! Those yang baru beli rumah perlu datang ke sini. Manalah tahu ada perkakas yg sesuai dgn tema rumah yg dipilih. Rasa nak pergi tp rumah xde lagi.

    ReplyDelete
  13. Ada gambar kitaaaa. Nak gambar 🙈

    Sama pulak tu posing kat faucet dia sbb serious mengundang utk posing ala2 pakai mikrofon. I wish Malaysian business opportunists take this peluang kan bawa produk masuk

    ReplyDelete
  14. Taiwan is really pushing hard in becoming one of the most innovative inventor in the world. Wish I could have visited this expo too.

    ReplyDelete
  15. saya suka dengan exibition yg macam ni, boleh tengok high tech negara luar dan lagi best kalau masa tu tak crowded dengan orang ramai

    ReplyDelete
  16. Menarik betullah produkproduk keluaran Taiwan ni...nampak canggih. Teringin pulak nak ke exibition dia..sure lagi banyak produk yang kita boleh tengok..mana lah tau kot2 ada yang tersangkut

    ReplyDelete
  17. Menarik giler water dispenser siap ada touch screen. Agak agak boleh install game tak? Hahaha. Sambil tadah air sambil layan game seround dua. Btw, suka expo macam ni. Dapat tengok produk baru yg hi tech

    ReplyDelete
  18. canggih betul water dispenser die. Hebat sampai leh terus direct dengan service die. If kita terlupa utk servis dia pun dah tak bimbang lagi

    ReplyDelete