First Time Cuba Makanan Negara Rusia, Mangolia & Arab Di The Sultanate. Hotel Renaissance KL
9:15 AM
Assalamualaikum korang,
Fuh tak sangka hari ni dapat pengalaman makan benda baru dalam hidup. Sebelum selalu tengok travelog National Geographic travel ke negara Rusia & Mongolia. Dah nama travel negara orang kalu tak rasa menu masakan tempatan memang belum complete le.. kadang-kadang terliur & tertanya bagaimana rasa makanan mereka ye. Al kisahnya siang tadi Along Murni ajak teman dia makan restoren The Sultanate kat level 1, Hotel Renaissance Kuala Lumpur. Restoren ni baru je buka sebulan lebih.
Restoren The Sultanate menawarkan sajian tiga negara - Arabian, Mongolian & Russian. Maklumlah rakyat kita memang suka cuba makanan baru, unik & menarik. Nak tunggu travel ke sana, entah bila agaknya. Sebelum tu tak salah try makan dulu kan.
Restoren ni boleh muat 150 pelanggan dalam satu masa. Luas, selesa & mudah nak ekses dari KLCC, Kampung Baru selain berdekatan Monorel Bukit Nenas & stesen LRT Dang Wangi. Dekorasi bercirikan budaya arab serta mongolia banyak mempengaruhi suasana menjamu selera kat sini. Ekslusif dengan kelas tersendiri membuatkan anda selesa menikmati sajian hidangan.
Selain terdapat bilik private berciri tiga negara iaitu Mongolia, Arab & Rusia boleh anda booking untuk makan tengahari, makan malam atau sesi santai bersama keluarga, kawan atau atas urusan prospek kerja. Sebagai contoh, bagi RM500 keatas para pelanggan boleh menikmati makanan dalam suasana khemah tradisonal Mongolia selama 2 jam.
yes kami bersama pemilik restoren The Sultanate & isterinya, rakyat Mongolia
Kitaorang try beberapa dish dari list menu. Ni paling commanded oleh staff The Sultanate sendiri. Lebih kurang signature dari sana. First kita ke negara Arab dulu. BBL memang suggest try Tagine Chicken yang isi ayam sangat lembut. Campuran buah zaiton, kentang, tomato serta rempah ratus memang khusyuk je hirup sup. Begitu juga menu Lamb Shank Mandy yang sedap. Biasa orang akan habiskan daging dulu kan, kat sini percayalah nasi akan habis dulu. Kemudian sila la try roti traditional arab yang dimasak dalam oven arang. Cicah dengan kuah kari memang mabeles.
Tagine Chicken
Lamb Shank Mandy
roti tradisional arab
Seterusnya kami try masakan Mongolia. Negara sempadan antara China & Rusia memang terkenal dengan citarasa tersendiri. Mostly menu berasaskan daging memandangkan sana jauh dari laut kecuali ikan sungai. Rakyat Mongolia gunakan rempah ratus dalam masakan untuk panaskan badan dari cuaca sejuk. Bituusul bagus untuk legakan deman, selsema & hangatkan diri. Well sepatutnya 'doh' atas sup ni kena selak, tapi sebab tak tahu kami bantai koyak macam tu je sebab excited nak tahu isi dalam tu. Memang sedap & rasa dia lain dari sup daging Malaysia.. kenalah cuba sendiri okay.
Bituusul RM 22
Bahagian penutup, kami try hidangan Rusia iaitu Borscht - sup beetroot bersama roti & sour cream. Bagi BBL la, boleh terima sebab cicah dengan roti lembut. Btw orang rusia memang kebiasanya makan roti tu sapu mentega. Sup ni elok buat hirup. Sejuk aircond restoren rasa badan hangat lepas hirup 2 3 kali Borscht ni.
Jangan lupa order Caviar Bliny - penkek istimewa negara Rusia. Atas tu caviar asli memang melting dalam mulut. Cara makan makesure ngap penkek sekali caviar tu sebab nanti tak rasa 'plain' sangat.
Borscht RM 22
Caviar Bliny RM 38
Actually banyak lagi menu tambahan lain boleh anda try. Rata-rata feedback pelanggan yang datang makan sini memang suka kerana lain dari kebiasaan makanan kita boleh jumpa dalam Malaysia. Off rekod, The Sultanate adalah restoren pertama di Malaysia menawarkan sajian makanan Mongolia & Rusia halal. Semalam pun kami sempat sembang dengan regular customer yang datang 2 3 kali sebulan lepas dapat tahu restoren ni offer sesuatu yang susah nak jumpa dalam KL sendiri.
Bertambah lagi authentic, chef di The Sultanate diterbangkan khas dari Mongolia. Malah isteri kepada pemilik adalah seorang rakyat Mongolia. Dah tentu air tangan asli orang sana lebih menjadi dari hasil tangan kita kalu belajar. Tak gitu..
Ha perut pun dah kenyang. Siapa nak cuba makanan baru boleh datang ke The Sultanate untuk rasai sendiri keunikkan setiap hidangan terutama dari negara Mongolia & Rusia. Susah & payah nak jumpa sajian halal seumpama ini sekitar KL.
The Sultanate Restaurant - Arabian - Mongolian - Russian
Level 1, West Wing Hotel Renaissance Kuala Lumpur
Waktu operasi : 12 tengahari - 1 pagi
No telefon : 014-9948692 | 013-4256892
Facebook : Facebook.com/sultanaterestaurant
Instagram : Instagram.com/sultanaterestaurant
16 Budak Suka Minum Bandung Laici
Terbaik review dari tuan blog. Hopefully tahun ni ada rezeki untuk ke rusia...Tapi sebelum tu kena cuba dulu kot makanan rusia yang tuan dah review ni...hermmm..menarik ni,.
ReplyDeletewah....mewah nye nampak restoran tu. Gaya2 sultan gitu..makanan die tu pun boleh tahan nampak sedap dan mewah. Caviar tu...peh..terbaiklah,
ReplyDeleteTerbaik bro. Kalau nak makan sekali sekala xpa. harga pun not bad gak. hehe. Terima kasih review bro.
ReplyDeleteAkak memang peminat nasi arab! dulu ada satu restoran dekat cyberjaya nama Al Sultan menjual nasi Arab suka sangat nasi dia yang dimasak menggunakan teknik tersendiri. Yang dikongsikan ini pon nampak sedap nak pergi try makan dekat situlah nanti :)
ReplyDeletesedap2 nye semua makanan dia wakkkkkkkkk.. lamb shank tu menarik perhatian sungguh.. memang kena try ni !!
ReplyDeletewow makanan rusia..tapi tengok makanan dia macam arabian sikit kan.mesti sedap! tak pernah cuba tapi lps baca entri marou terus rasa nak cuba..macam sedap jer hehehe
ReplyDeleteDekorasinya meletop dan betul-betul rasa berada kat 3 negara tersebut hehehe bestnya tengok makanan juga sedap-sedap dan menarik hurmm boleh lah nak pergi sana nanti ok...
ReplyDeleteWah menarik. Dah masuk dalam list to eat ni. Thanks for sharing!
ReplyDeleteWahhh tak sangka makanan rusia dan mongolia ada dihidangkan di malaysia nie. Xpernah dengar lagi restoran yg menyajikan makanan dari dua negara nie. Teringin pulak nak cuba. Mesti sedap kan
ReplyDeleteTerbaik la sharing ni. Boleh la Mat Drat rasa juga makanan Rusia.
ReplyDeleteOrg kata, mula mula rasa makanan dia dulu, nanti sampai lah ke negara mereka. He he he...
Jom buat trip ke Moscow.. 😊😊😊
Lamb shank dia memang menarik. Nanti boleh cubalah....thanks sharing tau. Berguna untuk peminat lamb.
ReplyDeletepergh betul2 macam dekat rusia tengonya..hehee..roti tu bitusala tu namapk sedap..peghh..untungla dapat makan sini
ReplyDeletewaaah ada restoran yang menjamukan makanan rusia. selaku bekas pelajar rusia, tipu kalau tak rindukan makanan rusia (kecuali caviar sebab tak suka) Haha. Bolehlah lepas rindu di Sultanate ni nanti.
ReplyDeleteAllah.. cantiknya tempat dia..
ReplyDeletetengok restoran tu punya decoration pun dah jatuh hati..
belum lagi rasa keenakan makanannya kan..
memang nampak unik..
ada kelainannya disitu..
Wah sedapnya tengok makanan2 negara timur tengah ni. Roti tu sedap! Terkeliur kite kt sini. Harga pun not bad. Boleh try nnti. hehehe
ReplyDeletebertamabah pilihan nak makan apa..menu rusia, mongolia pulak tu. tq sharing..nice info..
ReplyDelete