REALME XT - Telefon Quad Kamera 64MP Pertama Di Malaysia

8:27 AM




Hi semua, 

Tahu tak REALME Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan realme XT, telefon pintar pertama di Malaysia dengan 64MP Quad Camera Snapdragon. Ni flagship pertama keluaran Realme dengan sensor Qualcomm® Snapdragon TM 712 dan 64MP resolusi tinggi dengan penambahan teknologi Tetracell dan 3D HDR. Confirm gambar lagi cantik & sharp.

"Sebagai sebuah syarikat yang digerakkan oleh anak-anak muda, kita tidak hanya memahami pasaran sasaran kita tetapi kita berbangga untuk mengatakan bahawa kita juga ingin berkongsi citarasa yang sama dengan mereka iaitu ‘Dare To Leap”.. realme telah membantu berjuta-juta pengguna setia di seluruh dunia, terutamanya anak muda untuk mengejar impian atau cita-cita mereka dan mencapai matlamat mereka. Kini dengan realme XT, ia terus membantu pengguna telefon pintar untuk melangkah sedepan lagi dengan lebih bertenaga. Dengan semua ciri-ciri ini ada di dalam satu telefon pintar, kini pengguna mempunyai keupayaan untuk merebut detik-detik bergerak maju ke hadapan dengan segala cabaran yang ada tanpa risau. -kata ​Tiffany Teh, Brand Manager of realme Malaysia​.


Ciri-Ciri Menarik Realme XT

1. Dikuasakan oleh kelajuan jam 2.3Ghz Snapdragon 712 AIE bersama-sama dengan sensor ultra resolusi tinggi 64MP, mempunyai binning piksel pintar empat-dalam-satu, f / 1.8 aperture besar, dan kanta 6P dengan pengumpulan cahaya yang unggul keupayaan, memberikan realme XT setanding dengan fotografi peringkat perdana
2. Mempunyai Gorilla Glass 5 di bahagian depan dan belakang reka bentuk kaca melengkung
3. Dua pilihan warna ceria - Pearl Blue dan Pearl White
4. Kamera quad perdana realme XT dengan sensor 64 MP GW1 Samsung untuk kamera utama, lensa sudut lebar 8MP, kanta makro 2MP dan kanta potret 2MP bersama-sama dengan 16MP Sony pada kamera depan, menghasilkan gambar yang tiada tandingan yang kelihatan segar dan terperinci walaupun anda mengezum masuk
5. enyokong rakaman video 4K pada 30fps, rakaman video HD 1080p pada 30fps / 60fps, rakaman Video HD 720p pada 30fps / 60fps, dan gerakan perlahan sehingga 960fps
6. Skrin penuh iaitu 6.4 inchi dan tekstur skrin Super AMOLED
7. Model ini juga dilengkapi dengan dual nano-SIM yang support slot kad microSD hingga 256GB.
8. Teknologi terkini iaitu menggunakan cap jari
9. Ciri-ciri yang dinantikan adalah Dolby Atoms. Ia menggabungkan pembesar suara superlinear dan penguatkuasa pintar yang menggandakan kelantangan audio dan meningkatkan kualiti bunyi untuk pengalaman audio terbaik.

Aksesori Realme Buds 2, Buds Wireless & Power Bank


realme Power Bank
realme Malaysia turut mengeluarkan power bank dengan kapasiti 10,000mAh. Bateri litium dengan pengecasan cepat 18W serta ada 2 ports USB Type A dan Type C. Boleh la charge power bank dan telefon pintar serentak. Ada 2 warna samada kuning atau kelabu.


realme Buds 2
Pengguna boleh menikmati premium earphone 11,2mm bass yang terdiri daripada Multi-layer Composite Diaphragm dan Daikoku Voice Coil Jepun. Reka bentuk kapsul coaxal membolehkan gegelung alih 11.2mm untuk menyampaikan muzik Hi-Fi tanpa sebarang gangguan.


realme Buds Wireless
Aksesori terbaru yang dibawa kepada peminat oleh realme. Kerjasama dengan pengeluar muzik terkenal dunia dan DJ, Alan Walker. realme Buds Wireless ini mempunyai konsep reka bentuk yang minimalis yang dibuat daripada gel silika yang mesra logam dan kulit.

Sambungan magnet menjadikannya lebih mudah untuk menyimpan dan pada masa yang sama berfungsi sebagai suis. Ia secara automatik akan dihidupkan dan disambung ke peranti apabila dipisahkan. Ia akan dimatikan secara automatik apabila disambungkan. Alan Walker telah bekerjasama dengan pasukan pakar penalaan akustik dari realme untuk memastikan pengguna mendapat respons bass yang paling tepat dan kuat dengan Dinamik Bass Boost (DBB). realme Buds Wireless mencipta pengalaman mendengar yang menakjubkan, terutama untuk muzik elektronik.


Harga PROMOSI Realme XT & Realme 5


Sempena 11.11 , Lazada akan membuat penjualan untuk realme 5 (3+32 GB) akan  diperkenalkan sebagai model eksklusif dalam Lazada dan tunggu promosi khas ye.

Kepada korang yang membeli realme XT di Lazada pada 11.11, anda bakal membawa pulang secara PERCUMA beg realme berharga RM 159. Fuh FREE gift!

Untuk realme XT dan realme 5 (3+32 GB) akan dijual secara ekslusif di platform Lazada. Untuk maklumat lanjut bleh layari di ​http://bit.ly/rmlazada

Untuk realme Buds Wireless sahaja, pre-order akan bermula dari 30.10.2019. Semua aksesori yang disebutkan di atas akan juga dijual secara eksklusif di Shopee semasa Jualan 11.11 Big Sale. Untuk lebih lanjut, layari ​​http://bit.ly/realmeshp

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut produk realme, layari ​​https://www.realme.com/my/



You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici