Panduan Solat Terawih Di Rumah

4:21 AM


Assalamualaikum semua..

Nampaknya tahun ni tak ada bazar ramadan, solat terawih & mungkin solat sunat Aidil Fitri kalu kes Covid-19 tak turun-turun. Since tak lama lagi masuk bulan Ramadan,why not kita solat terawih kat rumah je. Lagi pun rugi kalu tak buat sebab setahun sekali je boleh menunaikan solat terawih. Tak kisah la sorang-sorang atau dengan family. Siapa lagi nak hidupkan malam ramadhan kalu bukan kita kan..

Niat Solat Terawih
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
Sahaja aku solat sunat terawih dua rakaat kerana Allah Taala

Bilangan rakaat buatlah yang termampu. Paling ringkas buat 11 rakaat = 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat 1 salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

Apa yang wajib baca ialah surah Al-Fatihah, surah-surah berikutnya ikut pilihan kita & ia sunat sahaja. Surah pendek pun tak jadi masalah
Segala bacaan di luar solat seperti selawat, doa dan periwatan khalifah tidak termasuk dalam amalan solat terawih tetapi hanya selingan antara solat. 

Tapi tak ada larangan pun kalu nak selawat dan berdoa, jika cara  & adab melakukannya baik.

Solat Sunat Witir
Solat Witir salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Hukumnya sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir tu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya 1 rakaat sahaja.

Niat Solat Witir 2 Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku solat sunnat witir 2 rakaat kerana Allah Taala

Niat Solat Witir 1 Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku solat sunnat witir 1 rakaat kerana Allah Taala

Zikir Selepas Solat Witir
 [3x] سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوس

Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu dari kemurkaanMu dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai.

Susunan Jemaah Solat Terawih Di Rumah
Bila lagi nak solat terawih dengan family kan. Setahun sekali je dapat berjemaah ramai-ramai. Tadi dah seronok iftar bersama, lepas tu buat solat terawih satu family. Oh syahdunya bulan puasa tahun ni

Solat Terawih & Solat Witir Bagi Wanita 
Rujuk gambar bawah ni. Tak ada beza pun cara solat lelaki dengan kaum hawa.


Sangat mudah je solat terawih ni. So tak ada alasan tahun ni tak buat solat terawih sebab tak boleh pergi masjid. Nak buat lepas solat Isyak pun boleh atau lepas anak-anak tidur pun tak jadi masalah. 

Semoga bermanfaat ya

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici