Pindah Rumah Baru Part Two : Cat Rumah Baru

1:46 AM


Assalamulaikum semua..

BBL nak sambung lagi cerita pindah rumah baru ni. Part 1 RUJUK ENTRI SINI. Since agak rushing nak pindah rumah sebab awal tahun BBL akan start sibuk kerja, so kami decide cat rumah baru sendiri tanpa tunggu owner rumah panggil tukang cat rumah. Ntah bulan 1 baru boleh pindah masuk kalu tunggu proses cat dinding rumah siap. 

stress tengok dinding sebelum cat T.T

Rumah baru ni memang plan nak cat dinding & pintu bilik sebab tak ada selera tengok dinding kurang seri hahaha..First, kita pergi beli cat putih kapur & cat pintu bilik kat kedai hard ware area rumah. 

Harga Cat Kapur Putih
18 liter RM 63.00 - Harga asal RM 70.00. Beli 2 tong sebab risau 1 tong tak cukup hehe


Cat pintu kayu Smokey Grey
5 liter RM 75.00 - kod 9095


Jangan lupa beli sekali thinner tuk tanggal cat kat tangan sebab cat pintu kayu tu kalu kena tangan, lengan, kaki atau jubin lantai..boleh tuang sikit thinner. Kan gosok-gosok hilang la cat tu.


Siap punggah cat masuk rumah, terus shoot pergi kedai MR.DIY. Nasib baik ada branch MR.DIY  kat Plaza South City, ingatkan nak pergi The Mines. Barang-barang nak cat rumah yang saya beli termasuk
- Roller brush
- Roller brush refill
- Berus cat
- Sarung glove
- Pelindung mata
- Tray cat

beli set ni mudah semua ada, hari tu set complete ni sold pulak. Tu beli satu-satu.. mahal sikit
ni wajib pakai.. masa mula-mula dinding bahagian atas memang merecik cat masuk mata. sakit woo..

Roller brush tu kalu boleh amik jenis kain sebab cat mudah melekat compare brush jenis berbulu kain. Ha satu lagi kalu tak ada tangga, elok beli kayu panjang. Senang nak cat bahagian tinggi siling tu. BBL ni dah la pendek comel, nasib baik ada kayu mop. Boleh guna sebab tak sampai nak cat dinding atas


Saya lebih prefer cat guna berus roller (atas) compare roller jenis bawah. Bila cat dinding, cat lebih senang melekat pada dinding. Sapuan cat pun tebal, tak payah 2 3 kali kena rolling sebab cat tak melekat sangat. Apa-apa pun tetap kena 2/3 layer baru nampak nice. 


Kitaorang cat rumah start pukul 11 pagi, siap cat 8 malam. Aduh boleh tahan berkicap nak cat rumah ni, nasib baik la indoor. Boleh pasang kipas. No wonder la upah cat rumah, dinding rumah & pagar ni mahal. Kena ada jiwa kental nak habiskan cat semua bahagian.

BBL cat dinding ni 3 lapis. Layer pertama memang nampak kesan cat dinding lama. Bila second layer dah okay sikit. 3rd layer baru nampak cantik, betul-betul tebal & sekata. Nak mudah, cat satu layer kat satu bahagian, lepas tu proceed dinding lain bagi cat tadi kering. Buat la sampai setel cat satu rumah. 

BBL incharge cat dinding rumah, bilik tidur & bilik air. Si housemate tolong cat pintu kayu. Kalu buat ramai-ramai confirm cepat siap. Apa boleh buat, kami jelah berdua cat sampai ke malam. Hehehe makanan BBL order Foodpanda je sebab senang.. 30 minit lepas order, abang panda hantar kat guard house rumah. Boleh la rest kejap.. lepas tu sambung balik. 

So hasil sebelum & selepas cat rumah. Puas hati nampak bersih, luas & cantik. Yelah sendiri yang cat kan

ruang tamu - sebelum & selepas

dining area - sebelum & selepas

pintu bilik lepas cat

Esoknya kami sambung lagi bahagian cat dinding yang belum 3rd layer. Mostly hari kedua just touch up mana yang kureng je. Alang-alang tu terus bersih rumah, mop lantai. Macam biasa bila pindah rumah baru, kena azan dulu rumah sebelum boleh pindah. 

Adab nak pindah rumah baru
1. Masuk dengan kaki kanan, bagi salam
2. Azan setiap penjuru rumah. Kalu rumah dua tingkat, kena azan setiap tingkat dari bawah sampai ke atas.
3. 'Pagar' rumah dengan air renjisan bacaan ayat Al-Quran. Caranya
- Isi air dalam baldi (setengah dah okay)
- Baca surah Yasin
- Baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq & Al-Nas)
- Rejis air tu sekeliling rumah. Start dengan penjuru pintu masuk sebelah kanan. Lepas tu sambung penjuru ikut berlawanan arah jam. 
4. Kalu boleh 7 hari pertama setiap hari baca Al-Quran dalam rumah

Okay dah siap cat rumah. Balik rumah lama kemas barang-barang.. kita sambung pulak entri Berpindah Rumah!

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici