Resepi & Cara Masak Nasi Minyak Guna Beras Biasa. Mudah & Sedap Berlemak!

9:22 AM


Assalamualaikum semua..

Hari ni BBL nak kongsi resepi & tutorial mudah nak masak Nasi Minyak, Ayam Masak Merah & Acar Nenas Timun. Ni pun first time saya masak sendiri nasi minyak. Kebetulan tekak craving nak makan nasi minyak untuk bulan puasa. Anda pun boleh buat, just ikut step bawah. 

Btw BBL guna beras biasa je. Nak beli beras basmathi, gaji belum dapat. Beras biasa pun boleh janji tahu trick nak jadikan masakan sedap berlemak. Jom kita mula masak ye

A. Resepi Nasi Minyak Guna Beras Biasa - ni masak untuk portion 2-3 orang tau

Bahan-bahan


◾️ 2 cawan beras - basuh macam biasa
◾️ Rempah 3 beradik (kayu manis, bunga lawang & cengkih)
◾️ 3 ulas bawang putih - hiris
◾️ 3 sudu besar Plantan (guna marjenin pun boleh)
◾️ 1 cawan susu cair
◾️ 1 sudu besar Sunquick
◾️ Daun pandan - ikat simpul
◾️ Kismis 

Cara masak
1. Panaskan Plantan/majerin dalam kuali dengan api sederhana
2. Tumis rempah 3 beradik, bawang putih & daun pandan. Dalam 2 minit bagi sebati


3. Tuang tumisan tadi dalam periuk berisi beras dah siap basuh
4. Tuang susu cair


5. Masukkan Sunquick. Gaul bagi rata

Kenapa letak Sunquick? Petua mak saya nak bagi nasi berlemak & rasa lagi sedap. Kalu tak ada tak pe, cuma nak bagi wangi & naik warna nasi minyak tu nanti. Nasi pun rasa berlemak gitu. Tak percaya boleh try!


6. Masuk air secukupnya ikut sukatan beras.  Masak macam biasa


7. Tabur je kismis - kalu tak ada.. its okay

Ha bila dah masak hasilnya... wallah!


Nasi pun cantik, nampak nasi sebiji-sebiji macam beras bashmathi tu. Bau nasi minyak ni pun harum semerbak dek campuran planta & sunquick


B. Resepi Ayam Masak Merah

Bahan-bahan


◾️ Ayam 6 - 7 ketul - cuci & tabur garam dan serbuk kunyit. Goreng separuh masak je
◾️ Bahan dikisar dalam blender 
- Lada kering 8 - 9 batang (rebus dulu tau) > nak pedas boleh letak lebih
- Bawang besar 1 biji setengah
- Bawang putih 4 ulas
- Halia - 1/2 inci
◾️ Serai - diketuk
◾️ 2 sudu besar sos cili
◾️ 1 sudu besar sos tomato
◾️ 1 sudu besar sos tiram
◾️ Sedikit gula nisan / gula melaka

Cara masak
1. Guna balik minyak goreng ayam tadi. Jangan banyak sangat
2. Tumis bahan kisar & serai hingga pecah minyak

Pecah minyak tu bila awak nampak minyak terlihat merecik-mercik dalam kuali. Tumisan cili berwarna agak gelap. Buka api sederhana je


3. Masukkan gula nisan, sos cili, sos tomato & sos tiram. Bila dah sebati masukkan garam & gula secukup rasa. 


4. Gaul ayam goreng tadi sampai sebati

Incase nak bagi sambal gelap sikit, boleh tuang sikit kicap manis


Dah siap!


C. Resepi Acar Nenas Timun

Bahan-bahan


◾️ Nenas - dipotong
◾️ Timun - dipotong
◾️ Bawang merah - dimayang
◾️ Cili merah besar - dimayang
◾️ 1 sudu gula pasir / gula biasa 

Nenas tu saya guna nenas dalam tin cap Ayam Brand. Kebetulan ada lebihan nenas lepas masak ikan siakap masak 3 rasa hehe janji ada nenas... betul tak

Cara-cara
Campurkan semua bahan tadi dalam satu mangkuk


Gaul rata.. dah siap!


Alhamdulilah ni 1st time masak nasi minyak tak sangka menjadi sampai si housemate tambah nasi 2 pinggan. Guna jelah bahan-bahan yang ada kat dapur.. yang penting kita cuba masak.

alhamdulilah hasil menjadi. Next time boleh repeat lagi masak nasi minyak ni :)


Semoga bermanfaat & selamat mencuba resepi mudah ni..

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici