Pindah Rumah Baru 2020 Part One : Mencari Rumah Baru

2:15 AM


Assalamualaikum semua..

Tahun 2020 ni BBL buka satu episode baru > pindah rumah baru! hehe sebelum ni stay kat Bukit Jalil, KL. Hampir 2 tahun jugak jadi warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur walaupun rumah memang dah hujung border KL Selangor. Ha jalan depan sikit nak ke stesen LRT dah masuk negeri Selangor. Hebat tak.. hari-hari travel 2 negeri dari KL ke Selangor hik hik.. 

Rumah sebelum ni BBL stay bertiga dengan housemate - blogger jugak. Ni blog dia vainzstory.blogspot.com . Masa bulan Disember tu saja la borak-borak dengan dia ajak pindah rumah, terus tetibah dia excited nak pindah sekali. Rupanya dia pun ada plan jugak nak pindah rumah tapi bukan nak habaq mai..adoi budak ni. So kitaorang berdua pun start survey rumah sewa baru berdekatan.

Sewa sebulan rumah sekarang ni just RM800. Ada 3 bilik tidur & 1 bilik air. Rumah sedia ada ni dekat stesen LRT, lokasi antara KL & Selangor, memang low crowded sikit, mostly jiran Melayu & paling penting bersih sangat. Alhamdulilah tu yang stay sini sampai 2 tahun sebab selesa. Time muda ni la nak explore tempat baru kan, tu semangat nak pindah lagi hahaha

Cari Rumah Sewa Dalam Mudah.my
Kami dua orang ni bajet RM800-RM900 je sebuah rumah. Mula-mula tu cari juga rumah sewa kosong blok sebelah tapi harga pulak mahal RM850 ke atas tapi fasiliti macam kurang sikit - tile cuma dapur & ruang tamu. Bilik kena pasang tikar getah, aduh leceh nak beli tikar getah lagi. 

Masa ni dah cuak sebab lagi 2 minggu nak habis bulan Disember 2019. Kebetulan BBL dah bagitau rumah rumah, kami nak pindah hujung bulan ni. Stress jugak sebenarnya nak cari rumah okay, bajet RM900 & dekat kemudahan awam. Nak tahu tak, sampai ke Cheras cari survey rumah sewa - tapi cari online la bukan pergi terjah satu-satu taman perumahan haha

Mostly banyak jumpa bilik sewa master bedroom, medium room je. Orang jenis BBL ni bukan reti duduk dalam bilik, tak tak boleh bernafas & barang personal agak banyak.. Banyak gak kawasan jadi pilihan kami antaranya Sri Petaling, Sungai Besi, Bandar Kinrara, Bukit Jalil, Taman Equine Park, Bandar Tun Hussain Onn sampai lah ke Cheras sana. 

rumah dah wishlist tapi over budget sangat T.T

Kira Bajet Deposit Rumah
Bila dah jumpa rumah yang ikut bajet tu, kena buat list dulu berapa deposit nak bayar. So dari situ boleh decide rumah mana worth it nak sewa. Mostly rumah dalam mudah.my ni under ejen. Agak susah nak deal harga sewa rumah, apa-apa pun boleh cuba nego harga sewa ikut bajet. 

Yeay Dah Jumpa Rumah Baru!
Akhrirnya dapat jugak rumah sesuai dengan poket ni. Lagi 10 hari sebelum tahun masuk tahun 2020, kitaorang pergi tengok rumah. Not bad rumah view mengadap bukit. Macam BBL, lega alhamdulilah dapat rumah di Seri Kembangan harga RM850 sebulan. 

Lokasi pun nice antara Serdang, Bukit Jalil & Kuala Lumpur. Kiranya dah tukar jadi warga Selangor la ni hahaha. Okay nak tahu berapa kena spend tuk masuk rumah baru?

RM850 - Sewa rumah advance
RM1700 - Deposit sewa rumah 2 bulan
RM425 - Utilities fee
RM350 - Agreement rumah
Total RM3325

Wow kopak duit saving nak pindah rumah. Btw rumah baru ni tak jauh mana pun dari rumah lama. Dalam 9km je cuma jauh sebab ada satu jalan je nak cross MEX Highway tu. Not bad rumah jenis apartment tapi complete ada swimming pool, kedai makan, kedai runcit, laundry shop, gym, tenis court & paling penting sekuriti agak thigh kat sini. 

Rumah baru ni 3 bilik, 2 bilik air, fully furnish kabinet dapur & siap ada peti sejuk (owner lama tinggalkan). Cuma satu kurang cat dinding & pintu dah nampak buruk. Itu boleh cat kan. Hahaha

 ruang dapur

dining area kot.. tu bilik master, toilet no 2 & bilik no 3

sebab kitaorang rushing nak pindah masuk cepat, kami la cat rumah sendiri sebab tunggu orang datang cat awal tahun baru boleh siap


Tak sangka dapat rumah size 900 kaki luas ni. Boleh tahan besar compare rumah lama. Yang penting just tambah RM50 dapat rumah fasiliti pool (sebab si housemate ni suka berenang), parking berbumbung, gym & rumah lagi luas.

 kolam renang. Bangunan tu ada gym, kedai runcit, kedai mamak 24 jam, surau & kedai makan

mini playground tapi tak kuasa BBL nak main buai kat sini hahaha

Okay setel part one, kan BBL sambung part two tentang operasi cat rumah baru. See ya!

You Might Also Like

3 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Woooww.. not bad rumah tapi kopak gak duit sewa rumah hehehhe.. lahh BBL ddk area KL ke? Ehhh sama lah kita.

    ReplyDelete
  2. Wah rajin pindah. Kalau saya kalau dah selesa satu tempat, malas nak pindah.

    ReplyDelete
  3. menarik umah nmpk luas..sewa bwh 1k okla tu ..heh.btw dah ade ke pakai penapis air dn udara ?hihi..jika nak order akak agen cuckoo kl sedia mmebantu..bole wsp la 011-16930576 akak tolong uruskan..skrg set combo penapis air dn udara cuckoo..FREE SANITASI TAU BERNILAI 400 ..DAN FREEGIFT BRG BRG ..jom l chat nak tau promo cuckoo !

    ReplyDelete