Ini Cara Jimat Beli Barang Keperluan Puasa & Raya Aidilfitri Sepanjang PKP Ini

5:12 PM


Assalamualaikum semua..

Eh tak sabarnya nak puasa next week. Walaupun sekarang tengah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tak jadi masalah pun nak cari barang-barang keperluan bulan Ramadan & persiapan Hari Raya Aidil Fitri sebab semua boleh beli online kan. Ha BBL dah list apa barang patut beli untuk bulan puasa nanti.

SENARAI BARANG-BARANG KENA BELI UNTUK BULAN RAMADAN & HARI RAYA 

1. Kurma
Wajib ada atas meja, tak kisah la time sahur atau buka puasa. Kan sunat kita buka puasa dengan kurma dulu. Lagi pun sahur makan kurma pun sedap jugak!


2. Bahan-Bahan Nak Masak
Since tahun ni tak ada bazar ramadan, why not masak menu berbuka puasa sendiri. Dah tentu boleh buat portion banyak sikit untuk satu family makan. Nak lauk pedas, lemak manis, kari atau berkuah pekat tak jadi problem. Paling senang beli siap-siap bahan-bahan masakan macam rempah ratus, serbuk kari, rempah, perencah, tepung ayam goreng, gula, garam, sos cili & lain-lain. Nanti tak la kalut bahan tak ada bila nak masak. Nak senang beli je pes siap, tunggu nak campur dengan ayam daging je.. 


Air tuk berbuka kena ada. Lagi bagus tukar-tukar air setiap hari..hari ni air Ribena, esok Teh o ais lemon, lusa air oren.. nak buat kopi viral Delgado pun no problem


3. Bahan Kuih Muih & Biskut Raya
Eh tak complete la kalu tak ada kuih muih. Ala resepi senang je boleh tengok YouTube. Tak pun group whatsapp mesti banyak forward resepi kuih/biskut. Percayalah dekat nak raya mesti laju admin group forward resepi biskut raya. Sebelum tu baik beli bahan-bahan macam tepung gandum, pewarna, gula, coklat masakan, coklat rice, baking powder & mana perlu nak buat biskut/kek untuk syawal nanti


4. Maggi & Biskut
Ni penyelamat bila bangun sahur waktu dah nak dekat imsak, makan meggi jelah buat alas perut. Kalu tak nanti berkeroncong perut satu hari puasa waktu siang. Faham sangat kalu duduk bujang jauh dari mak ayah. Elok beli standby awal-awal ye idok


5. Hidangan Hari Raya
Pagi raya pertama nanti dah tahu nak hidang apa. Off course la ketupat palas dengan rendang ayam. Eh jangan tak tahu ketupat palas boleh order online sekarang. Tunggu je abang posmen hantar depan rumah. Tak yah bersesak pergi cari kat pasar..sekarang kan kena kurangkan pergi tempat sesak macam pasar, hypermarket.. lagi dekat raya mesti ramai orang serbu. Kita buat relax je order online ye


6. Baju Raya, Kasut Raya, Beg Raya
Dah cukup puasa sebulan mesti la excited nak sambut raya Aidil Fitri kan. Lagi pun BBL rasa bazar raya pun mesti kerajaan tak bagi buka. No problem lah..beli je Baju Melayu, Kurta, Baju Kurung, Baju Kebaya & Jubah online siap-siap. Beli awal mesti banyak pilihan warna & size. Sebelum seminggu nak raya, dah boleh bertenang semua kelengkapan raya dah ada.. betul tak


Aksesori perempuan pun kita beli online je. Pilih je anting, gelang tangan, subang, loket atau perhiasan lain. Barang make up & perfume pun beli online je. Dah cantik baru seronok snap gambar & share kat FB atau IG kan.

7. Perabot, Barang Elektrik & Alatan Bertukang
Dekat-dekat nak raya mesti mood nak kemas rumah datang kan. Tak seronok kalu raya rumah tak cantik. Masa ni boleh beli terus barang elektrik seperti vacum atau barang nak cat dinding rumah. 


Alang-alang tu boleh la tukar tv atau peti sejuk baru. Mesti si isteri suka ada barang baru datang rumah. 

8. Dekorasi Raya Rumah
Raya tak complete kalu tak ada karpet baru, langsir baru, sarung sofa baru, alas meja makan baru, kusyen baru, balang biskut raya baru, gelas & mangkuk baru kan. Off course itu pun boleh beli online, macam-macam design, warna ada. Baru la berseri & meriah raya bila jiran sebelah datang rumah. 


Wah tak sabar nak start puasa & hias rumah untuk raya tahun ni. Lagi meriah boleh buat gotong royong dengan adik beradik kan. Setuju tak..

NAK TAHU CARA PALING JIMAT UNTUK DAPATKAN SEMUA BARANG NI ??
Mudah je! Beli dalam www.PGMall.my - laman shopping e-commerce NO 1 DI MALAYSIA



Btw PG Mall ni satu-satu platform e-commerce tempatan milik syarikat Malaysia tau. Sesuai dengan situasi sekarang, PG Mall tengah ada promosi "Stay Home and Shop Online" seperti saranan kerajaan untuk kurangkan aktiviti keluar rumah tanpa sebab munasabah.. ayuh kita #KitaJagaKita dengan shopping barang keperluan bulan puasa & persiapan hari raya dalam website www.PGMall.my sahaja. Lagi mudah, selamat, banyak pilhan serta jimat duit poket.


Nak lagi murah, beli waktu Hot Day Sale - diskaun hingga 80% ( 3 slot setiap hari pada 10 pagi, 4 petang & 9 malam). Wuu..rugi tak rebut shopping masa promosi murah ni

Cepat register dengan www.PGMall.my tau

Okay BBL share trick bagi korang grab diskaun sebanyak mungkin tau...

Lagi Diskaun Semasa Kempen MyRamadhan!!



Start 17/4 - 3/5 ni, PG Mall nak bagi lagi diskaun khas untuk korang beli barang-barang nak sambut Hari Lebaran 2020.. harus la segera bertindak!

Pelanggan Baru
🔸 Diskaun RM15 dari jumlah bil (min pembelian RM50)
🔸 Terhad 1,000 penebusan pertama (2x bagi setiap customer)

Pelanggan Sedia Ada
i. Diskaun RM5 dari jumlah bil (min pembelian RM30)
🔸 Terhad 1,000 penebusan pertama (TAK ADA LIMIT)

ii. Diskaun RM25 dari jumlah bil (min pembelian RM150)
🔸 Terhad 200 penebusan pertama (1x bagi setiap customer)


Guna Maybank QRPay
Bayar guna Maybank QRPay atau MAE  dapat 10% cashback (maksimun RM10) dengan pembelian minima RM30. Terhad 2x je setiap bulan. Promosi ni valid sampai 20 April 2020 je tau


Boost Rakyat Cashback
Anda boleh guna Boost untuk bayar barang tu. Siap dapat 15% cashback TANPA MIN PEMBELIAN (capped at RM10). Promosi ni valid sampai 19 April 2020 ye


AirAsia BIG Loyalty Point
Tak cukup tu, link akaun korang dengan AirAsia Big Point untuk kumpul BIG Point. So tak rugi shopping dalam PG Mall sebab boleh dapat BIG Point.. Boleh guna AirAsia point untuk shop di PG Mall juga. Cayalah!


Love You 3000 
Jangan miss out cabutan bertuah ni. Lucky draw bi-weekly. Syaratnya cuma spend RM30 & ke atas secara automatik dah layak join cabutan bertuah. Siapa tahu anda pemenang c-wallet PG Mall bernilai RM3,000. Boleh shopping barang baru lagi kan!
Forever Cashback 
Bena baik kenalah share dengan orang lain kan. Start shopping hari ni & refer kawan-kawan, adik beradik, jiran, office mate & friends FB, IG, Twitter nanti anda dapat forever cashback hingga 3.5%. Wow menarik ni..


Apa tunggu lagi, tricks saya dah bagitau. Sekarang masa anda beli barang-barang untuk persiapan bulan Ramadan & juga Hari Raya Aidil Fitri yang tak lama dah tu. Happy shopping guys!

opss..jangan lupa share entri ni kat Facebook & Twitter, biar kawan-kawan lain tahu jugak :)

You Might Also Like

19 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Bagus gile details senarai barang yang ko listkan Marou...Sis nak cari kurma je ni belum dapat..Suami sibuk nak Najwa gak, apsal le takde kurma Sis Lin ek hahahahah...
    Btw tahniah PV 8 jota!!...

    Jom kita sambung soping, banyak gile wooo diskaun kat PGmall tu, rugi tak sebat!

    ReplyDelete
  2. harap2 kita tak pkp masa raya, sedih kenangkan sorang2 kat sini. musim pkp ni dah tentu semua beli online. banyak diskaun

    ReplyDelete
  3. Banyaknya barang yang dijual ni. Forever cash back sampai 3.5% tu pun sangat menarik. Nanti boleh tengok PG Mall ni macamana. Mana tau ada benda boleh dibeli.

    ReplyDelete
  4. Setakat ni article pasal pg mall yang paling best mommy baca. Good joob. Baik beli online je skrg ni. Asal keluar g beli brg, brg xd. Rugi ajo

    ReplyDelete
  5. dekorasi raya tu yang tak boleh nak jimat tau. haha. kita bab dekorasi, sanggup berabis ni. tapi macam ok kot kan. ada diskaun kat situ. saya tak tengok lagi ni. kena tengoklah jawapnya lepas ni. haha.

    ReplyDelete
  6. Bagus. Details segala barang keperluan untuk berbuka puasa dan juga berhari raya. Harapannya janganlah beraya di rumah. Dah rindu nak balik kampung

    ReplyDelete
  7. Semua benda pon ada kat PGMall tu ya? Ketupat palas kalau tak de tak hari raya la sek ni.. sek Ganu suka ketupat palas goreng kan? Akak masa baru kawin dulu pelik tengok goreng ketupat..hehe

    ReplyDelete
  8. Thank you for sharing! This is very helpful for me and my family.

    ReplyDelete
  9. wah banyak jugak ya barang dkt pgmall ni. bolehlah nnti nak check out apa yg ada. nnti bolehlah beli untuk mak.

    ReplyDelete
  10. Semua list tu penting dah nak dekat puasa ni. Kurma, brg nak sahur kalo emergency. Then mudah la beli online sekarang. Musim covid ni baik beli online.

    ReplyDelete
  11. Bagus nya semua benda dah list ye utk ramadan dan syawal. Nnt bole la beli di pgmall

    ReplyDelete
  12. Semalam baru shopping dekat pg mall. Firstime shopping online sini. Saja nak tengok. .hahaha.. Sekali terbeli. Beli satu brg dulu nak tgk mcm mne. .hahaha. Bagusla ada cashback, ada diskaun. Banyak barang pilihan

    ReplyDelete
  13. harap harap lah sy bertuah dapat 3000 tu lol. banyak dah beli ni. nak beli 1 barang je.. terbeli pulak benda lain jugak.

    ReplyDelete
  14. ramai review pgmall ni.
    aida tahu pgmall but tak pernah shopping sini, sebab aida beli pg goldbar every month :)
    memang nak kena list down ni what to buy kan.
    next week dah puasa.

    ReplyDelete
  15. Best tgk mcm2 ada kat PGMALL semua brg keperluan ada dijual, cuma nak dgn xnak jer membelinya

    ReplyDelete
  16. Bagus tips yang dikingsikan.. wah beli barang kat sini ya.. agak.menarik juga

    ReplyDelete
  17. Wah banyaknya barang dekat mall ni. Senangnya kita nak shopping online!

    ReplyDelete
  18. Memang bebat pkatform e-dagang sekarang ni memjadi pilihan ramai terutama dalam tempoh PKP ini. Belum sempat tengok PG Mall n tp nampak menarik.

    ReplyDelete
  19. Indeed this is a good platform if you want to save money. :)

    ReplyDelete