BUFFET RAMADAN 2019 : Citarasa Warisan @ Riverside PWTC Pada Harga RM88 Seorang
- BUFFET RAMADAN - 12:52 AM
Bulan Ramadan akan tiba tak lama lagi. BBL sendiri tak sabar nak berpuasa dan solat terawih. Sebut pasal iftar mesti tercari-cari kat mana tempat best, murah dan sedap untuk berbuka puasa kan. Apa kata saya suggest datang ke restoren Riverside @ PWTC Kuala Lumpur.
Dengan lebih 250 juadah makanan sebagai sajian berbuka puasa confirm tak senang duduk ulang alik dari meja buffet ke meja makan. Rasanya ni harga paling murah di ibu kota Kuala Lumpur.

Harga Buffet Citrasa Warisan @ Riverside PWTC
Dewasa RM88
Kanak-kanak (6-12 tahun) RM45
Warga Emas RM70
Pakej istimewa ini termasuk solat terawih di Surau Ar-Rahman, PWTC dan flat rate parking RM5.00 bermula 6 petang. Telekung dan sejadah turut disediakan secara percuma.
Menu Selera Kampung
Setiap minggu chef PWTC akan tukar menu hidangan menjadikan citarasa berbeza untuk setiap tetamu. Menariknya ada 24 gerai hidangan bersama aneka sajian boleh anda nikmati sewaktu berbuka, Antara menu bakal menawan selera tetamu tahun ini ialah Ayam Kampung Kerisik dan Betik Muda, Ayam Gulai Minang, Kambing Masak Kari Utara, Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk, Ikan Patin Tempoyak, Ayam Brastagi, Ikan Tengiri Masak Kari Hijau, Siput Sedut Masak Lemak Kuning, Pegaga dan Daun Kadut serta Daging dan Paru Kari Kawah.
Offcourse anda kena cuba sendiri Siput Sedut Masak Lemak Kuning dan Ayam Gulai Minang. Sedap makan begitu sahaja..sampaikan BBL refill dua kali.
Tak cukup tu saja, bagi anda mengidam makan Nasi Kerabu, Mee Bandung, Sup Tulang, Nasi Ayam, Murtabak, Apam Balik dan Tahu Bakar turut tersedia. Senang cerita boleh rambang mata nak start makan apa dulu.
Kaunter bufet manisan dan pencuci mulut seperti 8 jenis kuih-muih Melayu, 5 jenis kek, 4 jenis pai, aneka jeli, 'mouses & pudding', 3 jenis bubur manis, bikut melayu dan bermacam lagi. Malah ada warung air minuman sejuk dan panas - air tebu, air mata kucing, air sirap, air barli, air batu campur, 3 perisa ais krim, kopi tarik dan teh tarik.
Paling menjadi tumpuan utama semestinya kambing panggang - tersedia setiap hari bersama sos lada hitam dan sos cendawan. Kena cuba sendiri tau.
Menu Selera Kampung
Setiap minggu chef PWTC akan tukar menu hidangan menjadikan citarasa berbeza untuk setiap tetamu. Menariknya ada 24 gerai hidangan bersama aneka sajian boleh anda nikmati sewaktu berbuka, Antara menu bakal menawan selera tetamu tahun ini ialah Ayam Kampung Kerisik dan Betik Muda, Ayam Gulai Minang, Kambing Masak Kari Utara, Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk, Ikan Patin Tempoyak, Ayam Brastagi, Ikan Tengiri Masak Kari Hijau, Siput Sedut Masak Lemak Kuning, Pegaga dan Daun Kadut serta Daging dan Paru Kari Kawah.
- aneka kerabu -
- peminat nasi kandar jangan lepaskan peluang rasai nasi kandar PWTC -
- ubat rindu masakan kampung dengan menu Nasi Kerabu -
Tak cukup tu saja, bagi anda mengidam makan Nasi Kerabu, Mee Bandung, Sup Tulang, Nasi Ayam, Murtabak, Apam Balik dan Tahu Bakar turut tersedia. Senang cerita boleh rambang mata nak start makan apa dulu.
Kaunter bufet manisan dan pencuci mulut seperti 8 jenis kuih-muih Melayu, 5 jenis kek, 4 jenis pai, aneka jeli, 'mouses & pudding', 3 jenis bubur manis, bikut melayu dan bermacam lagi. Malah ada warung air minuman sejuk dan panas - air tebu, air mata kucing, air sirap, air barli, air batu campur, 3 perisa ais krim, kopi tarik dan teh tarik.
Paling menjadi tumpuan utama semestinya kambing panggang - tersedia setiap hari bersama sos lada hitam dan sos cendawan. Kena cuba sendiri tau.
Promosi early bird cuma RM75 seorang bermula sekarang hingga 5 Mei 2019. Jadi boleh la rebut peluang mendapatkan kopun berbuka puasa di PWTC bulan ramadan nanti.
Tempahan baucer -
Boleh hubungi 03-2614 6701 atau 03-2614 67020. Pembelian baucer buffet secara walk in jugak tersedia di kaunter tempahan Aras 2, PWTC bermula jam 9 pagi - 5 petang.