Buat Kerja Part Time Foodpanda..

6:35 PM

*Dikemaskini pada April 2020*

Assalamulaikum korang,

Actually bulan Mei tahun ni BBL nak ke Osaka, Jepun. Tiket dah beli pertengahan 2018 lepas. Fuh semangat tu kemain mengelabah tengok AirAsia buat promo tiket flight murah pergi sana. Alang-alang nak melawat negeri orang, kenalah prepare duit belanja. Al maklum nak pergi tempat maju nie. Nak pendekkan cerita BBL buat la part time sebagai Foodpanda rider. Setakat ni alhamdulilah dapat la side income sikit setiap minggu.


Best tak jadi Foodpanda rider?

Best bila order banyak masuk sampai tak menang tangan dan tak best bila pishang tunggu order masuk. Saya buat Foodpanda area Subang sebab kawasan ni beroperasi 24 jam selain ramai customer. Means orang Subang agak 'malas' nak keluar dari rumah dorang. Lapar je, boleh order online selain banyak food store dalam coverage Subang. 

Macam mana Foodpanda rider bekerja?

Ha ni soalan paling cepumas BBL dapat bila orang tanya tentang food rider. Semua order customer akan masuk melalui applikasi khas. Maksudnya, semasa waktu bekerja..sistem akan menghantar order request secara automatik terus ke app. Bila dengar notifikasi berbunyi..terus accept job tersebut dan bergegas ke vendor untuk pick up makanan. Then hantar makanan ke alamat customer. 

dalam sehari boleh dapat 2 3 kali double/triple order untuk satu trip.. masyuk

Jangan risau semua alamat customer boleh access dengan google map atau waze. BBL guna google map je senang. Coverage penghantaran adalah dalam 5km je. Kadang-kadang dekat je jarak dari vendor ke rumah/pejabat customer. Biasanya jarang order jauh-jauh dalam ping. 

Boleh ke buat part time?

Lagi soalan popular orang tanya. Foodpanda ada applikasi khas untuk jadual kerja. Jadual akan keluar setiap hari Rabu, means korang boleh book shift mana nak kerja seminggu awal. Waktu ni pilih la nak kerja hari apa, pukul berapa, berapa jam dalam app tu. Macam gambar bawah ni. 


Kalu rasa rajin boleh amik dua shift berturut atau boleh split dua shift. Contoh pagi amik shift 3 jam pastu malam amik shift 4 jam. Tengahari balik rehat kemudian sambung balik kerja. Sangat flexible waktu kerja. Terpulang pada kerajinan korang nak buat Foodpanda. Nak duit lebih, amik la shift banyak sikit. Ada je rider amik shift 10 jam sehari.

Nak buat part time pun boleh, full time pun boleh. Check roaster je, kalu kebetulan hari ni korang free dan rasa nak buat panda..check shift available tak then terus grab shift. Senang je sebab semua pakai applikasi. 

Gaji macam mana pulak..

Sekarang ni rider guna skema gaji ikut order.  1 trip delivery hantar makanan akan dapat RM4.50. Dalam masa sejam mungkin boleh dapat 4  order bergantung kepada permintaan order dalam kawasan tersebut. 

Ada rider buat partime Jumaat, Sabtu & Ahad dapat income lebih kurang RM250.00 plus. So dapat la duit sementara tunggu gaji hujung bulan kan. Yang bestnya..Foodpanda bayar gaji secara mingguan. Setiap hari Rabu akan dapat gaji (guna Bank CIMB), bank lain macam Maybank, Public Bank dapat gaji hari Khamis. Kalu sengkek tengah bulan, buat panda ada la duit belanja makan. Kadang-kadang tak merasa seminggu sebab masa berlalu cepat..tut tut gaji dah dapat. Tu la benefit kerja panda. 

Sekarang cuma Lembah Klang je ada skema pembayaran gaji bonus hour (1 delivery RM5.50). Lokasi lain seluruh Malaysia guna skema gaji bawah. 
rate gaji skema SPIO - skema pembayaran ikut order


Macam mana nak register Foodpanda ni..

First kena register kat https://rider.foodpanda.my & setakat ni Foodpanda dah available untuk seluruh Malaysia dari Kedah, Ipoh, Pulau Penang, Kuala Lumpur & Selangor (Lembah Klang, Shah Alam, Teluk Panglima Garang, Banting, Kepong, Setapak, Month Kiara, Klang, Bangi, Kajang, Putrajaya, Cyberjaya, Damansara, Puncak Alam, Sg Buloh, Hulu Langat, Kuala Selangor,Semenyih, Sekincha), Seremban, Melaka, Johor Bharu, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan termasuh Sabah Sarawak. Mungkin lepas ni makin berkembang ke daerah di setiap negeri.

Nanti dah register, anda akan dapat sms untuk datang ke office Foodpanda untuk dengar taklimat. Then "praktikal" bersama senior tentang cara penghantaran dan boleh terus register jadi Foodpanda rider. 


Tempoh hari BBL buat praktikal dalam sejam lebih terus pandai cara penghantaran dan boleh register untuk id password applikasi Foodpanda. Pergi office amik merchandise - baju pink, bag thermos dan beg Foodpanda (yang besar kat belakang motor tu). Esoknya terus boleh buat panda. 

- kit kerja diberi secara percuma -

Nak ada apa jadi rider Foodpanda?

First kena ada motorsikal. Kalu tak ada macam mana nak hantar makanan kan. Incase tak ada motor, coming soon anda boleh sewa motorsikal elektrik dengan Foodpanda (ini akan datang tapi tak sure bila). Eloknya ada motorsikal sendiri la..senang sikit


No 2 mesti ada lesen P, roadtax mesti hidup..lagi bagus ada personal insurance risau apa-apa yang tak baik berlaku semasa deliver food. Mintak jauh la perkara buruk berlaku seperti kemalangan. 

No 3 akaun bank CIMB. Gaji dibayar melalui CIMB Bank. Bank lain tak ada masalah cuma lambat sikit la. Hari Rabu petang, rider yang ada akun CIMB akan dapat dulu, bank lain tunggu float clear baru merasa duit..beza sehari macam tu je. Nak cepat BBL suggest bagi no akaun CIMB atau rider panggil sotong hahahahaha

No 4 nanti dah confirm sediakan duit RM150 untuk bayaran merchandise kit seperti big bag (RM70), thermal bag (RM15 x 2) & t-shirt (2 helai x RM25). 

Perempuan boleh jadi rider Foodpanda / Pink Walker tak?
Boleh, tak jadi masalah nak apply kerja sebagai rider atau pink walker. Yang penting jaga keselamatan diri baik-baik semasa pick up order makanan di vendor & hantar makanan kepada customer. 


TERBARU ada Foodpanda Walker! 
Untuk area Lembah Klang korang yang tak ada motor atau lesen motor boleh apply jadi Panda Walker. Yang best Panda Walker ni cuma jalan kaki je. Biasanya order dekat-dekat je. Contoh pickup makanan kat Suria KLCC pastu hantar hotel/office depan KLCC.. BBL pernah nampak Panda Walker pickup makan kat Sungei Wang lepas tu hantar makanan ke customer kat hotel depan Pavilion tu. 

Kalu area office lagi masyuk bila staff jenis malas nak keluar office, dorang order Foodpanda je. So Panda Walker ni la pergi amik makanan hantar ke pejabat dorang. Kadang-kadang kedai makan tu seberang jalan office je.. untung jadi Panda Walker boleh exercise jalan kaki tak payah pening isi minyak hehe.. Area Mont Kiara ramai Pink Walker naik basikal & scooter je..


Setakat ni cuma Pink Walker cuma ada di
- KLCC
- Mont Kiara
- Setapak
- Kericnhi
- Bangsar
- Subang

Johor Bharu
- Mt Austin
- Pasir Gudang
- JB

- Ipoh North
- Georgetown Pulau Pinang 
- Kulim, Kedah
- Melaka 
- Genting Highland
- Kuching Sarawak
- Permas Jaya Sarawak
- Kota Kinabalu, Sabah

rate gaji panda Pink Walker

Cara nak register sama jugak. klik link ni > https://foodpanda.com.my pastu register 


Pengalaman jadi rider Foodpanda

Setakat ni alhamdulilah masih baik dan seronok dapat hantar makanan panas-panas ke customer. Belum pernah lagi dapat customer cerewet. Yang salah masuk alamat tu standard le. Kalu time perayaan macam Raya Aidil Fitri, Tahun Baru Cina lagi best sebab dapat duit raya. BBL pernah dapat duit raya RM50 & angpow RM100 dari customer. Time PKP ni siap dapat kurma, beras, roti gardinea lagi. Yang penting kerja kena ikhlas..


paling seronok dapat triple order, so pergi vendor amik makanan untuk 3 orang customer sekali gus. Jimat masa & tenaga..mostly lokasi customer dekat je antara satu sama lain

Hingga entri ni siap, saya buat rider waktu siang je..tak amik lagi shift malam. Malam susah sebab mata rabun malam. 

Okay lah BBL nak check roaster kerja dulu. Kan kuota shift penuh pulak. Kalu korang ada apa-apa soalan boleh komen. Nanti saya jawab okeh.

You Might Also Like

231 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. wah..bestnya ada side income..:)

    ReplyDelete
  2. oh, patut selalu nampak marou hantar makanan, mesti best kan jadi FoodPanda Rider.

    ReplyDelete
  3. mcm mne cara nk berhenti kje dri food panda..kene compound ape2 ke..then minimum hours mesti ade kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh terus pergi HQ Foodpanda, bawak bersama beg termal kecik & besar bersama slip desposit untuk claim duit RM100 hari tu

      Delete
    2. Kalau pasport boleh apply food pnda ke??

      Delete
    3. Boleh, asalkan ada lesen memandu yang sah, motorsikal. Biasanya bukan warga negara Malaysia, HQ akan assign jadi rider Non-Halal

      Delete
  4. subang kat mana je? saya pun org subang jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. seluruh subang termasuk subang jaya & bandar sunway

      Delete
  5. Ada elaun tak utk rider ni......duit motor boleh claim tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. gaji dibayar mengikut jam bekerja & trip setiap penghantaran. kalu customer baik, dapat la tips

      Delete
  6. taklimat praktikal tu mmg dekat KL saja ka?.Penang xdak ka?,sbb saya ddk dekat penang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ada setiap negeri termasuk Penang, Johor Bharu, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Melaka

      Delete
  7. Cakap kalau ada soalan tanye dekat bawah, dah 15hb, satu reply pun takde. Apobondo.

    ReplyDelete
  8. Hi, memang ada bayaran ke kalau nak register jadi rider food panda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada bayaran cuma kena letak duit deposit RM100. Nanti time berhenti Foodpanda akan pulangkan balik duit deposit tu ke akaun bank

      Delete
  9. Mcm best je.. Boring dh wat g..b. . Mcm2 cekadak

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup sesuai la kalu student ada motor tengah cuti sem, atau nak cari side income boleh buat foodpanda, grabfood

      Delete
  10. Kalau nak stop bwak foodpanda macam mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi ke HQ Foodpanda (tempat ambil termos, beg panda & baju) & bagitau nak berhenti jadi rider. Tak silap HQ Foodpanda dah bertukar ke Bangsar South. Cuba tanya ARC kawasan anda

      Delete
  11. Tumpang tanya duit pembayaran makanan yg customer order tu dah paid atau mcm mna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Foodpanda terima 2 jenis pembayaran - online banking & COD (cash on delivery). Untuk pembayaran COD, mesti collect duit dari customer & mesti bank in ke akaun Foodpanda setiap hari sebelum jam 11 malam. Jika tidak akaun rider anda akan di block & gaji akan hold

      Delete
    2. Kalau terlewat satu hari je sbb atm tergendala, akan kena block juga ke? Tiada amaran diberi?

      Delete
    3. kalu mesin CDM rosak kena buat instant transfer ke CIMB Bank. sebab no akaun tu setiap rider tak sama. memang specialist khas untuk rider tu sahaja

      Delete
  12. Saya suka sekali isi artikelnya, coba kalian lihat dulu nih, Promo Kartu Kredit

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. Skrg dah tak sama utk newbie

      Delete
    2. Gaji mengikut batch
      Batch 1 : RM 4 sejam + RM5 per order
      Batch 2 : RM 4 sejam + RM4 per order
      Batch 3 : RM 4 sejam + RM3.50 per order
      Batch 4 & 5 : RM 4 sejam + RM3 per order

      batch akan ditentukan mengikut prestasi kerja anda

      Delete
  14. bukan kena bayar ke mase register nak ambil kit food panda

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup sekarang Foodpanda letak syarat deposit RM100. Nanti dapat balik bila nak berhenti kerja, yang penting simpan/snap gambar slip deposit tu

      Delete
  15. Klau orng negara lain boleh ke buat foodpanda, tlong blas

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu saya tak pasti. Boleh rujuk HQ Foodpanda. Eh nak kerja kat Singapura ke

      Delete
    2. oh maksudnya bukan warga negara Malaysia ke? Boleh asalkan ada passport, lesen memandu yang sah & motorsikal. Biasnnya HQ akan assign anda sebagai rider Non-Halal

      Delete
  16. Replies
    1. tunggu nanti akan dapat SMS untuk sesi taklimat bersama Foodpanda

      Delete
  17. Kerja kita nanti amik makanan dekat vendor jela kn? Makanan bukan kita yg kena order kt kedai kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup kerja rider cuma pickup makanan kat vendor hantar ke customer. Bukan macam runner pergi ambil order dulu. Jangan risau kerja pakai apps je sekarang

      Delete
    2. Cerite sikit bos pasal step2 dari dpt order, amek makanan, sampai siap delivery..

      Delete
    3. macam mana eh nak explain. jangan risau nanti kapten area akan training anda. dia bawak anda ikut tengok macam mana rider buat kerja dari ambil order dalam apps, pickup makanan kat vendor
      & hantar ke rumah/office customer

      Delete
  18. takda halangan kan kalau perempuan buat food panda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak jadi masalah perempuan nak jadi rider. yang penting ada lesen motor & motor. lagi bagus ada personal insurance incase terjadi kemalangan

      Delete
  19. Sy daftar dh ..tpi msej squh pilih kwasn ..tekn link tu xdk pn.. Mcm mna eaa??.. Tlong ajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba buka link tu dengan laptop. senang sikit

      Delete
  20. Salam bro, sy duduk di area kajang tp di reg form xde plak bandar kajang...mcm mane eh?sy tgk rmai je rider FP kt area kajang neh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, boleh dulu main lokasi kuala lumpur, nanti bila dah confirm bagi HQ akan assign anda mengikut kawasan nak kerja seperti kajang, putrajaya, bangi & sebagainya

      Delete
  21. taklimat praktikal tu mmg dekat KL saja ka?.Penang xdak ka?,sbb saya ddk dekat penang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya foodpada HQ ada setiap negeri, isi dulu borang pendaftaran tunggu sms dari Foodpanda

      Delete
  22. yang basic payment dari foodpanda untuk weekend tu boleh jgak ke klu kita xbuat job weekend tu tapi still dapat basic? tanye je untuk tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang cerita, kalu rajin ambil jadual & kerja ada la gaji, kalu tak.. tak dapat la gaji

      Delete
  23. klau nk keje utk 1bulan je boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je tak jadi masalah.. tapi jangan bagitau masa sesi taklimat nak kerja sebulan.

      Delete
  24. deposit hanya rm100 je ke?ade bayaran tambahan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni RM100 je. cuma duit bayaran merchandise akan ditolak dari gaji mingguan. Jangan risau nanti nak berhenti kerja, just pulang kan barang & duit merchandise akan masuk dalam bank akaun

      Delete
  25. Kerja foodpanda nie ada epf &socso tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni tak ada EPF & Socso sebab gaji dibayar setiap minggu

      Delete
  26. Assalam...bro...klu da register...tp dye suh whatsapp kapten tuk latihan..da wasup tp x dek org reply pon..
    and suh anta ic and lesen ke papan atas...papan ape tu bro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam, mungkin kapten tengah sibuk kejar order. Tunggu je reply dari kapten. Mungkin dia tunggu budak baru lain untuk train berjemaah.

      hantar ic & lesen tu boleh tanya kapten..

      Delete
  27. Kalau dekat alor setar nak daftar dekat mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Register kat link atas, lepas tu pilih bandar alor star/kedah

      Delete
  28. cara gaji tu kalau setiap trip dapat rm3 ke? hantar dekat ke jauh tetap dapat rm3 tu? lepas tu kalau sejam kerja dapat satu order je. sejam rm6 tambah duit trip rm3 so jadi rm9 lah dapat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni rate gaji foodpanda

      Gaji mengikut batch
      Batch 1 : RM 4 sejam + RM5 per order
      Batch 2 : RM 4 sejam + RM4 per order
      Batch 3 : RM 4 sejam + RM3.50 per order
      Batch 4 & 5 : RM 4 sejam + RM3 per order

      biasanya rider hantar order dalam lingkungan 7km kawasan bekerja je. Semua bergantung pada jumlah order customer, banyak orang order foodpanda.. banyak la dapat order. insyallah rezeki tetap kan. Janji waktu kerja anda tetap dibayar walaupun order 1 @ 2 dalam sejam

      Delete
  29. Ramai x perempuan jadi foodpanda.. Esok ade interview.. Ingat nk try.. Sy habis kerja jam 5ptg..berbaloi x buat ni utk selepaa jam 5ptg..budget buat sampai jam 11mlm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan sy nk buat ni dr isnin sampai khamis sahaja.. Ade idea..

      Delete
    2. Ada je rider perempuan. Nasihat saya hati-hati bila kerja shift malam. setengah kawasan foodpanda beroperasi 24 jam contoh area lembah klang. berbaloi je buat foodpanda lepas waktu kerja sebab ramai orang balik kerja pastu malas nak keluar. solution dorang order foodpanda je. pilih shift sampai jam 11 malam. ada banyak shift, 3 jam ada, 4 jam ada.

      waktu kerja foodpanda flexible, nak kerja just ambil jadual sahaja dalam apps rooster. jangan risau nanti trainer akan ajar anda.

      Delete
  30. Bang.. saya takde la dapat sms macam abang tu.. tapi kene wasap leader kawasan tu sendiri.. tu sistem baru ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah whatsapp leader kawasan tu? Foodpanda ada bagi number ke

      Delete
  31. Nak tanya bang orang selalu bayar cash atau kredit card

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tentu. yang penting collect duit cash jika customer bayar Cash On Delivery & duit tu mesti bank in ke akaun Foodpanda sebelum jam 11 malam setiap hari

      Delete
    2. Kalau customer bayar cash, rider kene sediakan duit baki ke? Kalau duit dlm bentuk seringit2, rider kene bank in genap ke dlm acc food panda?

      Delete
  32. maksud per order satu trip laa kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni rate gaji foodpanda

      Gaji mengikut batch
      Batch 1 : RM 4 sejam + RM5 per order
      Batch 2 : RM 4 sejam + RM4 per order
      Batch 3 : RM 4 sejam + RM3.50 per order
      Batch 4 & 5 : RM 4 sejam + RM3 per order

      Contoh saya bacth 2.
      Gaji sejam kerja RM 4.00. Satu penghantaran order, saya akan dapat upah trip RM 4.00. Kalu sejam dapat 5 order, so upah trip RM 20.00. Total sejam kerja RM 24.00.

      Sebab tu bila terima order dalam apps terus pergi vendor, pick up makanan & hantar kepada customer. Sejam boleh dapat 5 6 order atau lebih/kurang bergantung pada kawasan bekerja

      Delete
  33. Assalammualaikumm. Nak tanya. Andai kata. Syaa esk nak kerrja. So hari ni boleh saya book ke? Ke memang wajib seminggu awal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam. Pengambilan jadual (rooster)

      Jadual minggu depan akan dibuka setiap hari berikut

      Batch 1 : 4 petang hari Rabu
      Batch 2 : 9 malam hari Rabu
      Batch 3 : 4 petang hari khamis
      Batch 4 & 5 : 4 malam hari Khamis

      Shift berdasarkan siapa cepat & limited kuota setiap shift. Jangan risau, biasanya ada je rider akan offer swap jadual dalam rooaster. Kalu nak kerja, pilih shift hari anda inginkan, waktu shift & lokasi kerja

      Sebab tu setiap rider boleh buka 4 kawasan kerja supaya ada banyak pilihan shift bekerja mengikut kawasan. Contohnya, tinggal kat Bukit Jalil, boleh buka kawasan kerja di Subang, Puchong, Seri Kembangan, Bukit Jalil.

      Incase jadual shift kerja area Subang dah habis, ada slot lain masa & hari yang sama mungkin masih available di Puchong, Seri Kembangan atau Bukit Jalil

      Delete
  34. Bang saya nak tnya, duit minyak motor pakai duit kita ka? Atau pun food panda yg bagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli guna duit sendiri. Time start kerja mungkin terasa sikit duit keluar bila nak kerja, insyallah nanti dapat tips duit dari customer boleh rolling buat isi minyak

      Delete
  35. Macam roadtax dia nak tengok ke.?atau roadtax utk keselamatan diri shj bkn menjadi syarat utama bg foodpanda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. make sure lesen & roadtax masih hidup sebab katakan time hantar makanan ke customer, ada roadblock polis/jpj. tak memasal kena saman RM100-RM150. Rasa berbaloi ke kejar trip RM4 tapi dapat saman polis RM100?

      Delete
  36. Hye ! Nak tnya memang kena pergi ke hq dia kat selangor ke? Kalau duk di negeri lain mcm mna cth perak.sbb ramai dia perak dah start food panda..dan lagi satu..kita boleh buat ikut kita free ke ? Mcm sebulan buat..sebulan tak ? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, tak pasti la kalu luar dari lembah klang. rasanya ada kot branch foodpanda kat setiap negeri. cuma isi form register dulu. boleh je buat sebulan, lepas tu stop sebab id rider akan aktif sampai 30 hari lepas kali terakhir bekerja. buat seminggu sekali dah okay tuk make sure id tu aktif je

      Delete
    2. Ouh kirenya seminggu 1 dh memadai la ? Tp jgn off lbih 30 hari

      Delete
  37. Apa yg rm100 tu dan wajib ka kita bayar

    ReplyDelete
    Replies
    1. deposit sebagai syarat untuk bekerja dengan Foodpanda. Wajib bayar sebelum dapat ID rider. Nanti deposit RM100 dapat balik bila berhenti kerja

      Delete
  38. kalau buat job tak pakai baju food panda boleh ke ?...contoh mcm grab food

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak boleh. rider mesti pakai baju uniform (pink tu), bawak beg panda (besar), beg kecik (bagi rider HALAL) & pakai kasut/crocs waktu bekerja. Jika ditangkap tidak ikut kateria atas, mungkin ID rider kena gantung. Paling teruk, kena terminate dari jadi rider foodpanda

      Delete
  39. Mcm mna nk jadi food panda rider?? Dh bnyk 5x kali wssup Capten seremban... Tapi smpi hari ni xda respon

    ReplyDelete
    Replies
    1. isi borang pendaftaran tu balik. mungkin HQ boleh tolong. Capten seremban sibuk agaknya

      Delete
  40. Sorry sy post balik komen org, sbb takde komen balas.

    Kalau customer bayar cash, rider kene sediakan duit baki ke? Kalau duit dlm bentuk seringit2, rider kene bank in genap ke dlm acc food panda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup rider kena standby duit baki. biasanya saya prepare duit kecik syiling, seringgit, lima ringgit & 10 ringgit total rm50. senang kalu customer bayar duit besar rm50 atau rm100..

      bila dah habis shift, bank duit cash yang rider collect. lagi mudah genapkan. contoh cash collection rm145, bank in je rm150. nanti baki rm5 akan masuk dalam ewallet akaun rider

      Delete
  41. Salam...nak Tanya kalo Lesen L bole ke mohon?lagi satu kalo kerja foodpanda Ni kalo nak buat loan kereta bole ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumusalam, asal ada lesen motorsikal L atau P boleh jadi rider Foodpanda. Tak pasti la boleh apply loan kereta atau tak. Foodpanda memang ada bagi slip gaji - hantar melalui email. Kalu boleh full time sehari 10 jam setiap hari, boleh je dapat income RM1.5K seminggu. Ada rider area bangsar income seminggu rm1.5k..tapi penat la badan

      Delete
  42. Salam...klu orang tu belajar kat mna ii kolej atau universiti blh skip kerja ka x

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, ada je rider student uni/kolej. boleh buat weekend atau sebelah malam

      Delete
  43. Assalam.bang..kalau contoh hujan lebat..kena redah jugak ke..ada time dia tak order kena sampai berapa minit sekian2..kalau lambat hantar order macam mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumusalam, kalu makanan ada di tangan, boleh mintak delay dengan custormer care. Incase waktu hujan turun, belum dapat order..mintak je break 30 minit. dah habis waktu break & hujan reda..sambung kerja sampai habis shift

      Delete
    2. lepas pickup makanan di vendor...ada timer berapa minit makanan tu kena sampai ke tangan customer. biasanya dalam 10-15 minit bergantung jarak perjalanan dari vendor ke tempat customer

      Delete
  44. salam bang, kalau area semenyih, kajang.dalam register dlm area kawasan kuala lumpur, macam mn nak aply ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam yup. register dlm kawasan kuala lumpur. nanti kat HQ boleh mintak nak buka kawasan Kajang, Putrajaya & Banggi atau tempat di inginkan

      Delete
  45. Kalau sy nk aply untuk kerja part time je boleh ke...sbb nk buat kerja ne dlm 7hari je sebulan...

    ReplyDelete
  46. Kalau motosikal tu atas nama orang lain still boleh buat foodpanda tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh, janji ada lesen motor atas nama sendiri, roadtax motorsikal masih hidup

      Delete
  47. Salam. Masa training tu memang kena tunjuk lesen ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa nak register . sbb kena snap gambar

      Delete
    2. yup betul.. sekarang dah ketat sikit pengambilan rider baru. memang wajib ada lesen motor

      Delete
  48. Salam,seperti komen yg ada diatas rider wajib pakai baju FP.saya ni saiz XXXL ada ke saiz ke baju?hajat nak buat part time sbb siang dah kerja rider spare part kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, baju pink memang wajib pakai waktu kerja. Kalu abang size besar mungkin foodpanda bagi kelonggaran pakai baju biasa.. tapi cuba tanya HQ foodpanda waktu ambil merchandise kat office kot2 dah ada baju size besar

      Delete
  49. Assalamualaikum. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Saya dah contact captain area putrajaya. Selalunya berapa lama tempoh masa diambil untuk sertai ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.. tak pasti berapa lama. Jangan risau nanti captian putrajaya free, dia akan contact awak. Good luck!

      Delete
  50. motor kalau nama wife dan cover insurans all rider boleh buat foodpanda ni ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisah pun motor atas nama siapa, janji ada lesen motor sah (L@P) & insurance motor. selamat menciduk order

      Delete
  51. kalau part time offday x kisah hari apa eh? macam kalau kita x free, x payah kje la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tak kisah part time hari apa nak kerja, pukul berapa nak kerja. Janji bila dah ambik slot kerja, jangan absence pulak nanti jatuh batch

      Delete
  52. ada minimum hours waktu bekerja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. at least 3 jam seminggu pun dah okay untuk make sure ID rider kekal aktif

      Delete
  53. Salam, hai. Nak tanyalah mcm mana nak buat blog? Saya berminat and nak belajar cara membuat blog tapi taktahu caranya

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumusalam.. pergi ke www.blogger.com. sign up & buat blog kat situ. templete blog boleh google. semua ada dalam google, google je

      Delete
  54. Foodpanda ada isu, so sekarang masih jadi rider ke? Stable tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk area KL ni tak jadi isu lagi pasal gaji tu. masih berjalan macam biasa

      Delete
  55. Klu cam sy ni nk bt parttime utk 2ari 2ari blh ke.. Sbb keje hakiki sy skang 2ari keje 2ari off so masa off tu blh la sy bt foodpanda boring2 dok saje pon xdpt ape😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.. macam saya sendiri buat panda time weekend je hari sabtu ahad je. sekadar kerja part time

      Delete
  56. salam..baju pink foodpanda tu kalau kita pakai jaket tak pe ka..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam boleh je.. janji pakai baju foodpanda pink kat dalam. jaket foodpanda pun HQ ada jual

      Delete
  57. Assalamualaikum, hai. saya nak tanya latihan praktikal yang BBL maksudkan tu latihan berbentuk apa ya sebenarnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. lebih kurang training dengan captain bagaimana cara rider terima order, pick up makanan di vendor & hantar ke rumah customer. kiranya amali la.. so boleh nampak process rider macam mana bila dah start kerja nanti

      Delete
  58. Salam BBl nak tanya, kalau rider punya account boleh tukar phone number dgn no account tak ?

    ReplyDelete
  59. Dh daftar.. Takde feedback pun dri ws sye..

    ReplyDelete
  60. Boleh ke nk kerja ni utk cuti sem 2 minggu je ? Kiranya lepas 3 atau 4 bulan nk sambung lagi utk cuti sem akn dtg ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je tapi rasanya lepas 30 hari tak aktif, id rider akan suspen. kena contact balik HQ Panda untuk aktif

      Delete
  61. Macamana jika tetiba customer cancel order padahal driver dah bayar pada restoran? Pernah berlaku tak?

    ReplyDelete
  62. Macamana jika tetiba customer cancel order padahal driver dah bayar pada restoran? Pernah berlaku tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. xkan berlaku mcm tu, xde transaksi tunai antara rider dgn restoran, even kalau customer COD, dia akan bayar dekat kita je, nanti malam sebelum pkul 11 kena bank in dekat akaun foodpanda.

      Delete
  63. Bukak hari apa ke hari apa dan pukul berapa sampai pukul berapa ye office foodpanda kat chan sow lin tu? Ikut normal office hour ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isnin-Jumaat 10.30pg - 6.30ptg
      Sabtu & Ahad tutup

      Delete
  64. salam bro,

    saya nak tanya, kalau seorang rider ni dia terlepas nak bank in duit before pkl 12, apa yg akan berlaku dgn status akaun dia? and apa yg perlu dia lakukan?
    adakah dia akan kena terminate? bagaimana pula dgn gaji dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, biasanya akaun rider kena suspen. kena bank in RM200 untuk clear e-wallet. jangan risau nanti duit rm200 boleh tolak dari collection masa kerja

      Delete
  65. asslamualikum nak tanya macam naik kan bacth rider ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, cepat pick up order & hantar order. tapi hati2 ye bawak motor

      Delete
  66. Salam bro.nak tanye sye ni masih student saya nk jdi rider food panda tapi kalau nk buat partime untuk tahun depan tapi hari jumaat,sabtu,ahad je boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam boleh je tak jadi masalah. register dulu kat link atas tu

      Delete
  67. As salam .. klau tak ada lesen boleh x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam. wajib ada lesen P ye. kalu tak, tak boleh den nak tolong

      Delete
  68. kalau guna basikal atau kereta sebagai kenderaan foodpanda ni boleh ke? fobia dah bawak motor.

    ReplyDelete
  69. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  70. gaji die hold tak kalau id kena block?

    ReplyDelete
    Replies
    1. selagi tak clear e-wallet, gaji mungkin kena block

      Delete
  71. Nak tnye,btol ke sekrg nk mula kje dgn foodpanda kne isi rm200 dlm ewallet ,dr sana baru mrk bagi jadual utk kite..just mintk pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh untuk sistem terbaru saya tak pasti. boleh tanya HQ FP

      Delete
  72. bang nak tanya lah. cuti macam mana bang

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu nak cuti, jangan ambik shift. senang je sebab shift kerja ambil dalam apps je

      Delete
  73. Salam.. lesen L boleh mohon untuk rider foodpanda ke? Apa maksud capten tu? Dia jaga kami yg baru ni ke.. Tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam sekarang kena lesen P rasanya. Kapten tu ketua kawasan, dia leader & rider dalam kawasan tu. lebih kurang macam penolong pengurus la

      Delete
  74. Assalamualaikum saya student kolej tp tula dlm ic tak cukup 18 bole ke apply?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam.. rasanya kena cukup 18 tahun baru boleh apply

      Delete
  75. Motor apa (brand & model) yg paling sesuai utk rider Foodpanda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisah motor apa janji sesuai nak letak beg besar panda kat belakang tu

      Delete
  76. mana lagi masyuk non halal ke halal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu bergantung pada order customer. Bagi saya sama je. yang penting amik shift waktu peak seperti lunch atau dinner mesti banyak order masuk

      Delete
  77. assalamualaikum. boleh ke kalau saya ambil shift last minit? maksudnya saya tak book seminggu sebelum. boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam boleh je ifan. Contoh, petang ni free.. pukul 10 pagi buka applikasi Roadrunner, tengok bahagian shift ada shift kosong pukul 3ptg - 8 malam, terus 'Take Shift'.. pukul 2.30 boleh terus enjin motor pergi check point in & start kerja. Btw rider boleh lock in setengah awal dari waktu shift

      Delete
    2. *setengah jam/30 minit awal dari waktu shift

      Delete
    3. oraitt thanks untuk info 😊😊

      Delete
  78. Macam Mana nak tahu ARC kawasan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah register nanti Foodpanda bagi no contact ARC Negeri. Kan ARC akan assign ikut kawasan/daerah nak kerja

      Delete
  79. Klau area bandar Puncak Alam , nak Kena pilih area Mana yg dekat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pilih lembah klang. dah register baru contact ARC kawasan Puncak Alam/Sg Buloh/Shah Alam

      Delete
  80. Klau part time,blh Tak nak kerja 6 Hari seminggu slma 10 jam sehari pastu next week kerja dlm 4 Hari camtu, blh Tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tak jadi masalah. Senang citer, sebulan minima buat 3 jam untuk make sure ID Rider tetap aktif. Makin banyak hours anda buat, banyak la gaji

      Delete
  81. Klau restoran dikira non halal kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. restoren ada 2 jenis - Halal & Non-Halal.
      KFC, McDonalds, Pizza Hut, Old Town White Coffee, Starbucks, Sushi King adalah vendor Halal sebab ada sijil Halal dari Jakim. Manakala kedai makan tomyam, gerai burger, sate & lain-lain kedai makanan yang tiada sijil pengesahan Halal Jakim dikira Non-Halal sebab gerai burger jarang ada apply sijil Halal Jakim, tapi jangan risau... makanan kedai2 ni Halal melainkan kedai makanan memang confirm tak halal seperti food court cina

      Delete
  82. Klau restoran dikira non halal kn?

    ReplyDelete
  83. Kat selangor masih guna sistem lama atau yg baru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rider yg baru daftar akan guna skema gaji SPIO - skema gaji ikut order. Rider lama je masih guna rate gaji sejam bekerja + per order. Rasanya sekarang Foodpanda memang advice rider amik skema gaji SPIO sebab gaji lebih banyak

      Delete
  84. apa kelayakan sijil yang perlu cth spm, diploma atau ijazah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu kelayakan akademik pun. Yang penting untuk rider motorsikal mesti WAJIB ada lesen motorsikal, roadtax masih hidup, telefon + internet. Untuk Panda Walker hanya perlu telefon + internet je. Senang citer pandai guna smartphone

      Delete
  85. Klau daftar nanti, blh pilih ke nak halal atau non halal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manager Area akan decide sama ada rider Halal atau Non-Halal based kekosongan slot kuota rider. Contoh, kalu Puchong dah ramai rider Halal, mungkin rider baru akan jadi rider Non-Halal. Kalu rider Halal ramai sangat tapi order Halal sikit, job sikit la

      Delete
  86. Klau yg rider baru,dia Mula dari batch 6 lh Kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Foodpanda bagi peluang rider baru mula dari Batch 3. Sebab tu kena kerja betul2 maintain Batch supaya naik tak turun Batch 4,5,6

      Delete
  87. Masa PKP sekarang, masih boleh register untuk jadi rider?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Register je link saya share tu, tertakluk kepada kuota kosong di kawasan masing2

      Delete
    2. Sy ada ikut link, masuk sy punya details, website minta sy hantar Whatapp to nombor Area Manager. Sy dah hantar whatsapp 2 hari, tak ada respon langsung. Sy minta area Subang Jaya

      Delete
    3. cuba mesej sekali lagi risau Area Manager terlepas pandang

      Delete
  88. Klau dpt double order, Kena tekan accept kt dua2 order ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. kira jack pop dapat double/triple/fourth order untuk vendor sama. Lokasi customer biasanya dekat2 je. Untung tak payah berulang pergi vendor amik makanan. Amik 3 order sekali gus, terus hantar. Dalam app akan assign ikut jarak customer paling dekat dulu

      Delete
  89. Klau Harga brg RM 1.13,nk Kena genapkn kpd RM1. 20 KE?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup lebih kurang. Contoh customer order fries harga RM5.77. Pergi pickup kat vendor McDonalds, hantar ke customer. Kalu dlm app mention customer bayar cash, collect duit RM5.75. Dah habis shift bank in ke akaun Foodpanda RM10 terus senang bagi clear wallet. Duit lebih akan tolak dari collection cash. Jangan pening2

      Delete
  90. Klau dlm seminggu dpt minimum order 80,nnti dpt bonus RM50 eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup bonus RM 50 tuk RIDER BARU yg complete 150 order dlm 14 hari bekerja (tanpa no show)

      Delete
  91. Klau rider halal, Kena bwk beg kecik ke beg besar masuk vendor? Klau non halal pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rider HALAL kena bawak beg thermal kecil masuk vendor. Non halal tak sure la mcm mana

      Delete