Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Thursday, October 11, 2012

Ucapkan Hello Kepada Note II

Hari ini secara rasminya Samsung Galaxy Note II atau Note II 
dilancarkan untuk pengguna Malaysia.


Spesifikasi Note II

Cip : Empat teras 1.6GHz
Memori : 2GB RAM
Store terbina : 16GB + memory SD sehinggan 6GB
Saiz skrin : 5.5 inci HD Super Amoled 
Kamera : 8MP, depan 1.9MP
Bateri : 3, 100 mAh Li-on
OS  : Andriod 4.1 Jelly Bean
Warna : Putih Maple & Kelabu Maple
Tarikh dipasarkan : 19 Oktober 2012 
Harga : RM 2,299 
tak lupa S-Pen terbaru lebih sensitive dari sebelum ini.

Dari mata BBL, skrin Note II lebih besar dengan paparan 5.5 inci.
Selain tampil pembaharuan reka bentuk ala Galaxy S3 jika 
dibandingkan reka bentuk Note I seperti Galaxy S II,
lebih sedap untuk dipegang walaupun lebar.
Apa pun kenalah beli Note II kalu nak tahu apa rasanya.

APA YANG BARU?

Tampil segar dengan reka bentuk baru


Paparan skrin lebih besar, 5.5 inci


S-Pen lebih sensitive


Ini antara gambar semasa majlis pelancaran Note II di Zebra Square, Kuala Lumpur









ini dia Samsung Note II




Jangan  lupa 19 Oktober ini singgah ke Samsung Store atau 
dapatkan dari Maxis, Celcom & Digi melalui pakej yang di sediakan.
Bila Samsung Note II dah mula dijual, maka harga Note I akan turun,
bolehlah BBL beli satu.


BBL ~ rasa macam baru minggu lepas Samsung S3 keluar, minggu ni dah Note II
[=.=]""







suka entri ini? kongsikan bersama rakan-rakan  korang di..

Saturday, September 22, 2012

Membeli-belah Di DSYR

BBL baru je tempah MM Bags di www.dsyr.com.
1 beg tapi boleh digayakan 3 cara, silang, sandang & himpit sebelah tangan.



Spesifikasi :
warna : hitam, biru, gold, silver, merah, brown, unggu & oren
size : 22cm X 50cm, sesuai untuk lelaki & perempuan
Bahan : Polyester
Tempoh penghantaran : 14hari selepas pembelian
Harga : Normal RM139 tapi sekarang dijual dengan harga RM98 SAHAJA


www.dsyr.com adalah laman yang menjual barangan terus dari pengeluar.
Hampir kesemua barang terdapat di dsyr.com adalah istimewa & lain dari yang lain.
Selain itu, tempoh jualan sesuatu barang adalah terhad, contohnya MM Bags hanya dijual
selama 3 minggu sebelum ia ditutup tempahannya.

Korang berminat nak beli? Jangan risau kerana tempoh jualan masih berbaki 7 hari.
Caranya, daftar dulu dengan kilk --> www.dsyr.com
 Boleh daftar dengan e-mail atau link dengan facebook & boleh mula membeli!

Insyallah MM Bags akan sampai ke rumah BBL awal bulan 10 nanti.
Tak sabar nak gunakan beg ini pergi kelas. 

BBL~ semester unggu!
[-.-]


Jom Buat Duit Sambil Online Facebook, Twitter, Tumbr & Blog. Percuma & Mudah






suka entri ini? apa kata kongsi dengan kawan-kawan di..


Enaknya Mcd Samurai Beef Burger Terbaru

Pagi semalam (Jumaat) waktu nak masuk kerja, 
BBL terpandang banner baru kat depan Mcd Dungun,
eh ada burger baru! Ini bermakna GCB dah berakhir.
GCB memang tak sedap sebab berasap je lidah bila makan.


Apa yang sedap dengan Samurai Beef Burger?

1. Korang akan rasa a.k.a feeling macam pahlawan samurai 
di negara Jepun. Ok, BBL hanya melawak!

2. Menggunakan 100% daging lembu yang di grill untuk hasil terbaik

3.  Kemudian daging tersebut di salut dengan sos Teriyaki.
Sos ni agak manis tapi memang ngam dengan daging lembu.
Korang akan rasa masam manis bila menguyah.

4. Yang penting, McShaker kembali! Dah lama tak exercise tangan duk 
goncang-goncang kentang. Biasanya exercise mulut nak kunyah burger,
kini tangan korang akan exercise nak goncang kentang.
Katsu Curry ini adalah resipi Authentic Japanese. 
Rasanya berempah & banyak kunyit. BBL tak suka kunyit.

5. Paling istimewa jangan lupa Sakura McFizz.
Hasil kombinasi air Sprite & Ribena. Rasanya masam-masam & kurang gas.

Harga 

Ala-carte = RM8.50 (lebih kurang)
Set Large = RM 11.25 (bersama Katsu Curry McShaker Fries & air kabornat biasa)
Set Large = RM12.25 (bersama Katsu Curry McShaker Fries & air Sakura McFizz )
Juga tersedia untuk Double Samurai Beef Burger. 


Untuk korang belum cuba lagi, jangan lepaskan peluang ini kerana
Burger Samurai Beef ini hanya  Untuk Waktu Terhad Sahaja & Sehingga Stok Masih Ada.

sumber : mcdonalds.com.my

BBL ~ sedap makan burger
[=.=]







suka enrti ini? apa kata  kongsi dengan kawan-kawan di..


Thursday, September 13, 2012

Terbeli Samsung Galaxy S Advance

Assalamualaikum semua pembaca BBL!
BBL baru balik jalan-jalan. Niat di hati saja nak exercise kaki
sambil cuci-cuci mata window shopping tapi
dah tersimpang 4 dari niat asal keluar tadi.
Bila dah berjalan dengan si dia yang tak habis-habis ajak teman makan aiskrim, 
BBL singgah Machinces teman si dia beli chasing iPhone.
Sempat jugak BBL "bermain" dengan iPad HD.
Kamera iPad HD sangat awesome kerana ia menggunakan
lens yang sama pada iPhone 4s. Tapi BBL terpaksa tahan diri
dari terbeli iPad HD sebab ada lagi keperluaan lain nak beli.
Kemudian singgah Samsung Store sambil cuci mata dengan
 Samsung Galaxy Tab 2 10.1 & 7.0 yang terbaru.
Bila dah bosan main tab je, BBL melompat ke ruangan telefon.
Rambang mata bila tengok Samsung Galaxy S3 tapi telan air liur
bila tengok harga sesuai slogannya,
 design for human a.k.a design for money. 
Sedang asyik bermain S3, BBL terpandang S2.
Kemudiaan cubalah bermain dengan S2, memang terbaik.
Kamera 8 megapixel, skrin 4.3 inci & andriod 2.3 (Gingerbread)
Di tambah dengan hasutan si penjual, memang cair la BBL.
Sayangnya S2 dah habis stok tapi jurujual mencadangkan Galaxy S Advance.
Bila compare dengan S2 memang lebih kurang sahaja cuma 
skrin hanya 4 inci berbanding S2, 4.3 inci.
Hasilnya, ku bawa pulang si Galaxy S Advance ke rumah.


Oh lupa nak cakap, nak tahu kenapa BBL beli Samsung Galaxy S Advance?
Sebab boleh Instagram!
Bila dah sampai rumah terus kunci bilik, buka telefon & turn on wifi.
Buat masa sekarang BBL belum explore fungsi yang ada.
Jangan risau kerana entri penuh review Samsung Galaxy S Advance
akan menyusul nanti.

Spesifikasi Samsung Galaxy S Advance

4.0 saiz skrin Super Amoled dengan 800x480 pixel resolusi
kamera 5MP & inter-face kamera 1.3MP
1GHZ dual-core processor dengan 768MB RAM
8GB/16GB  internal Storage
MicroSD Card Slot sehingga 32GB
paling seronok Andriod 2.3 Gingerbread
rakam video dalam HD & main semula



Apa pun terima kasih kepada Sony Xperia X8 yang telah kembali ke sarangnya.
18 Oktober ini genaplah setahun BBL bersama X8.
Jangan risau kerana BBL lebih selesa menyimpan telefon dari di jual 
kepada orang lain atau kedai kerana ia menggunakan duit 
hasil blog, churpchurp Says.my


#kredit gambar di ambil dengan Instagram


BBL ~ baru masuk kelas dah ada assignment
[^.^]


Jom Buat Duit Sambil Online Facebook, Twitter & Blog. Percuma & Mudah






suka entri ini? apa kata  kongsi dengan kawan-kawan di..

iPhone 5 : Apa Yang Baru?

Lega sudah hati semua apple fan apabila hampir kesemua rumors
tentang iPhone 5 hampir tepat. Sekitar jam 3.00 pagi waktu Malaysia tadi
berlangsung acara pelancaran iPhone 5 termasuk iPod nano, iPod touch & iOS6.



Jadi apa yang baru tentang iPhone 5 selain dari nama iPhone 5?
Memang dah bosan asyik S je kat hujungnya kan. 

1. Semua design baru

Design iPhone terbaru lebih nipis, ringan, panjang & menawan.


2. Berat

Berat iPhone 5 turut di kurangkan 20% berbanding iPhone 4S
selain  1.5% lebih nipis, hanya 7.6 mm berbanding 9.4 mm iPhone 4S.


3. Saiz paparan rentina

Kali ini iPhone 5 muncul dengan saiz paparan rentina sebesar 4 inci
dengan saiz ketinggian di tambah tetapi masih boleh di gunakan dengan sebelah tangan
Resolusi skrin  4 inci ini 1136x640 sama tajam dengan iPhone 4S.


4. Cip A6

Didatangkan dengan cip pemprosesan A6 yang 2 kali lebih lajuberbanding cip A5.
Paling best grafik jauh lebih baik, saiz lebih kecil & menjimatkan bateri.



5. LTE 4G

Menyokong LTE 4G sehingga 100Mbps tetapi belum sesuai digunakan 
di Malaysia walaupun strukturnya sudah ada & Maxis mempunyai 2 500 kawasan 
menyokong LTE tapi di harapkan Maxis melancarkan LTE dengan secepat yang munkin.



6. Kamera 8 megapiksel

Masih mengekalkan piksel pada iPhone 4S tetapi ada beberapa penambahbaikan
seperti kualiti gambar lebih baik ketika kurang cahaya, kualiti warna jauh lebih baik
dari iPhone 4S & terbaru iSight Camera



7.  Port Charge Baru

Untuk kali ini Apple memperkenalkan port charger baru lebih kecil 
berbanding port kebiasaan produk Apple.
Mungkin sebab port sebelum ini dah kena tiru oleh Samsung untuk port Galaxy Tab.





8. Earpod

Paling menarik ialah earphone Apple yang mendapat sentuhan futureristik,
di beri nama Earpod.




9. Harga iPhone 5

Buat masa sekarang korang boleh menempah iPhone 5 secara online di Apple.com
ataupun boleh naik kereta pergi store Apple Singapura nanti.

Macam biasalah, bila ada keluaran terbaru dari Apple maka
harga produk lama akan turun termasuklah iPhone 4S & iPhone 4

Apple Store Malaysia


Apple store Singapura


Ini iklan rasmi untuk iPhone 5 terbaru


apa-apa pun BBL tetap merasaikan kehilangan original ikon Apple,
Steve Jobs



BBL ~ rasa kehilangan Steve Jobs
[^.^]""







suka entri ini? apa kata  kongsi dengan kawan-kawan di..

Friday, September 7, 2012

Info Grafik - Gangnam Style

Oh oppa Gangnam Style.
BBL baru je buka video official gangnam style tadi, fuh dah lebih 117 juta view.
Tak sangka ada lagi orang nak tengok video tersebut sebab 
telinga BBL dah tak boleh nak terima lagu tu masuk dalam telinga.
Pergi sana, ringtone lagu Gangnam Style,
datang sini, ringtone sms lagu Gangnam Style.
Tak payah cerita la bila buka youtube, ber'terabite' video
berinspirasi Gangnam Style.
Bagi korang nak belum tahu maksud lagu Gangnam Style,
 sila rujuk entri --> Maksud Gangnam Style

Malam ni BBL nak kongsi info grafik Gangnam Style.
Sangat style hingga ada pihak buat info grafik tentang Gangnam Style.
Tersangat LOL.




sumber : mashable.com


BBL ~ dah tukar rintone sms dari gangnam style ke bunyi kucing
[^.^]""











suka entri ini? apa kata share dengan kawan-kawan di..

Friday, August 31, 2012

Parking Kereta Di Aras 14 Serendah RM24 Juta

Di Singapura, golongan manusia terlalu kaya sebenarnya terlalu ramai,
sama ada penduduk tetap atau warganegara asing bekerja di sana,
(bukan warganeraga Indonesia, Bangladesh & sekutu dengannya)
masing-masing akan menikmati hidup dengan kereta mewah di Singapura 
walaupun harga kereta jauh lebih tinggi.
Kalau di Malaysia harga kereta mewah dah buat kita 
terkedu kejap, ni kan harga kereta mewah di Singapura,
memang telan air liur jelah.
Jika ingin merasai angin kelajuan kereta sport mereka beli,
maka lebuhraya Malaysia menjadi litar lumba meraka
walaupun penuh dengan perangkap had laju.
Apalah sangat RM300 saman dengan kepuasan bawa kereta laju-laju.

Di Singapura, memandu kereta yang dibeli satu perkara,
nak simpan kereta bernilai jutaan ringgit ini pun satu perkara
kerana kebanyakan kediaman di sana adalah kondominium
& bukannya bunglow atas tanah yang boleh parking kereta sebelah
rumah masing-masing seperti kita di Malaysia.

Oleh sebab itu, lahirlah Hamilton Scotts sebuah kondiminium mewah
yang mempunyai parking sendiri di setiap tingkat kediaman.
Lebih kurang, Proton Ferrari, Lamborghini atau BMW boleh 
parking sebelah menyebelah sambil di lihat dari ruang tamu
di semua aras bangunan setinggi14 tingkat ini.

Biasalah bila sesuatu hartanah di luar kotak kebiasaaan, 
harga mesti di luar kebiasaan a.k.a luar biasa.
Harga asas kondiminium di Hamilton Scotts bermula
 serendah S$9.5 atau RM23.7 juta.
Murah? korang boleh cuba bida 'Penthouse' 4 bilik di Hamilton Scotts
dengan harga pembukaan pada S$30 juta atau RM75 juta
sehingga harga korang betul-betul mampu untuk memiliki penthouse tersebut.





























Tunggu apa lagi, silalah tempah sekarang sebelum kehabisan stok.




BBL ~ berbakul-bakul duit bila loan PTPTN masuk nanti
[-.-]''




suka entri ini? apa  kata share dengan kawan-kawan di..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...