Apa Beza Pizza Antara Pan piza Dengan Hand-Stretch

12:39 AM


Assalamualaikum gais..

Aduh tengah lepak santai kat rumah tengok Neflix ni boleh pulak perut lapar. Sedap pulak kalu dapat makan Pizza Hut ni. So saya install la App Pizza Hut. Amboi banyak betul promosi sekarang. Dah pilih pizza flavour apa, keluar pulak option pilihan crust Pan pizza, Hand-stretch atau Stuffed Crust. Erm.. kalu Stuffed Crust faham la jenis hujung pizza ada cheese & harga pun mahal tapi apa beza dua jenis piza ni >  Pan piza dengan Hand-Stretch?


So meh BBL nak bagitau korang apa beza 2 jenis kerak pizza ni. Harga pun sama je pun. Next time order pizza senang la boleh la pilih mana satu suka. 


Beza Antara Pan Hand-Stretch
Pan, Hand-stretch merujuk kepada jenis crust a.k.a kerak/roti pizza. Sama ada tebal atau nipis ha gituw. Mana lebih sedap?

 Pan piza > kalu makan lebih kenyang sebab padat. kalu topping pizza banyak memang sedap seperti Super Supreme, Blazing Seafood, Triple Chicken

Hand-Stretch > siapa suka kerak nipis boleh pilih jenis ni. Sesuai jugak kalu topping pizza sikit macam Chicken Pepperoni, Deluxe Cheese

Stuffed Crust > kalu ada duit lebih boleh order jenis ni, sedap weh ada cheese melelh kat hujung pizza tu.. aum!

Tengok gambar bawah korang boleh agak sama satu kerak pizza sedap ikut citarasa masing-masing kan, jenis 1 - nipis, jenis 2 - tebal & jenis 3 - tebal ada cheese dalam tu


Okay sekarang ni dah tahu beza Pan piza Dengan Hand-Stretch kan. Moh la kita order pizza & tunggu abang rider sampai depan rumah. Boleh cicah dengan Mushroom Soup sekali.. aduh lapar ni..

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Good info. Hari tu tertanya - tanya gak nak order online haha. Last - last call hotline je senang terus tanya dan order. Anyway, thanks share the info lepas ni senang dah nak order pizza online.

    ReplyDelete