Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Saturday, May 27, 2017

Kini Lebih Mudah Beli Barang Hair Care Dalam Hairdepot.my

Ada dua sumber good looking pada lelaki, pertama paras rupa dan style rambut.  Setuju tak? Mybe soal handsomenya wajah tak boleh ubah sangat. Gifted kalu memang jenis muka baby face walaupun angka umur dah masuk 3 series kan. Jangan risau kerana anda boleh tambah aura attraction pada rambut tu.

Rambut sihat, kuat, lebat, lurus atau hitam memang menjadi idaman kaum adam. Waktu remaja memang sempat merasa ciri-ciri rambut sihat namun bila usia dah makin meningkat menyebabkan rambut mengalami pelbagai masalah seperti mudah gugur, rambut jarang, kulit kepala berminyak, rambut mudah putus, bercabang, berbau atau sebagainya. Sebenarnya ada cara mudah nak maintain rambut sentiasa sihat, kuat dan tak mudah rosak. Terutama lelaki yang sering guna pomade, wax, minyak rambut atau selalu bertukar shampoo rambut. Kerap kali pakai cap atau menutup rambut dalam jangka masa lama (pakai helmet) antara menyebab rambut mudah rosak kerana tidak dapat "bernafas" dengan baik. 


Tempoh hari BBL ada singgah ke Hairdepot One Utama. Ada kawan suggest guna minyak argan untuk rawat rambut supaya tak cepat rapuh dan elak hujung rambut bercabang. Staff Hairdepot sendiri minta BBL amalkan sapu minyak argan pada kulit kepala terutama akar rambut bagi menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. 


Tahu tak minyak argan banyak manfaat kepada rambut?

Satu > Berkhasiat untuk pertumbuhan rambut
Dua > Boleh merawat pertumbuhan rambut yang tidak terkawal atau tidak terurus, hasilnya rambut lebih terurus dan melancarkan pertumbuhan rambut
Tiga > Mempunyai anti-oksidan semulajadi yang bagus membaik pulih membran sel rosak pada rambut
Empat > Vitamin E dalam minyak argan bermanfaat sebagai ejen merawat rambut. Kesan rambut lelaki terdedah pada cahaya matahari, hakisan dari produk pengayaan rambut dan persekitaran seperti debu boleh membuatkan rambut mudah rosak. 
Lima > Hasil kajian mendapati minyak argan mengekalkan kelembapan serta membuatkan rambut bersinar.
Enam > Sering mewarna rambut dan bertukar produk penjagaan rambut menyebabkan rambut mudah rosak, rapuh dan tidak terurus. Rawatan minyak argan membaik pulih rambut rapuh dan mengekalkan warna rambut.
Tujuh > Kebanyakkan pakar-pakar rambut mengesyorkan minyak argan sebagai langkah terbaik merawat, menyembuh dan memulihara rambut  yang rosak, rapuh, kering dah tidak terurus.
Lapan > Sumber protien yang ada dalam minyak argan seperti omega 3 dan omega 9 sangat diperlukan oleh rambut demi memastikan kekuatan akar dapat dipelihara.
Sembilan > Minyak argan berbau harum dan bagi anda yang mempunyai masalah kulit kepala kering, amat disarankan menggunakan minyak argan

Cara menggunakan minyak argan

Langkah 1 - Titiskan minyak argan atas tapak tangan
Langkah 2 - Ratakan minyak tu dan sapu ke rambut dan kulit kepala
Langkah 3 - Urut dengan lembut biar minyak argan betul-betul meresap kat rambut dan kulit kepala
Langkah 4 - Guna sikit dulu untuk permulaan, kemudian tambah lagi
Langkah 5 - Ulang Langkah 1 - 3 sampai anda puas hati
Langkah 6 - Biarkan ia meresat dan sikat dengan rapi. 

Hasilnya korang akan perasan rambut lebih bersinar dan akar lebih kuat selepas menggunakan dalam masa 2 hingga 3 minggu kemudian. 

Tips bagi lelaki yang menggunakan pomade, sebenarnya lebih bagus jika korang sapu minyak argan terlebih dahulu pada kepala sebagai base. Sapu sikit je pun tak jadi masalah kerana hasilnya rambut akan lebih bersinar dan memastikan pomade lebih tahan lama. Tak perlu lagi oles pomade banyak kat tapak tangan. 


Kat mana nak dapatkan minyak argan ni?

Boleh dapatkan kat kedai Hairdepot. Tempoh hari BBL pergi Hairdepot One Utama, dorang ada buat promosi minyak argan BELI SATU PERCUMA SATU harga RM 89.00 sebotol (50ml). 


Ada banyak cawangan Hairdepot yang anda boleh pergi. Antaranya

Shopping mall : Midvelly, 1 Utama, Berjaya Time Square, Nu Sentral, Amcorp Mall, Pear Point 2, Jaya Shopping Centre, Quill City Mall, eCurve, IPC Mutiara Damansara, Aeon Rawang, KL SOGO, Batu Pahat Square One, Batu Pahat Mall

Street shop : Kepong Baru, Kepong Metro Perdana, Bandar Sri Damansara, Aman Puri, Taman Bukit Maluri, TTDI, Taman Megah, SS2, PJ, Puchong Bandar Putri, Sri Petaling, Selayang Jaya, Muar Johor, Bukit Indah Johor, Taman Perling Johor. 

Kalu korang jenis tak confident nak guna produk mana untuk rambut, jangan bimbang sebab konsultant Hairdepot akan tolong anda. Depa biasanya akan mengesyorkan penjaagan rambut berdasarkan masalah atau keperluaan pelanggan. Jangan malu-malu sangat :)


Online website tak ada ke?

Ha mesti korang malas nak cari parking kan, nak jimat duit isi minyak atau bayar tol eh. Sekarang zaman melinium semua nak beli online je kerja. Jangan risau anda boleh beli minyak argan secara online melalui 



Istimewa kepada korang yang baca entri ini, nah kod diskaun RM 20.00 untuk sebarang pembelian barang penjagaan rambut di www.hairdepot.my 

 [ Voucher Code: HBE20J ]
(Sah hingga 31 Julai 2017)

Kini dah ada cara mudah untuk anda membeli produk haircare secara online. Postage percuma untuk belian RM99 ke atas. Kesemua barang yang dijual dalam kedai Hairdepot boleh dibeli melalui www.hairdepot.my cukup lengkap ibaratnya korang pergi Hairdepot tanpa keluar dari rumah. Produk penjagaan rambut seperti shampoo, conditioner, hair treatment, hair styling, hair color, pekakas untuk rambut macam hair dryer, berus sikat pun boleh beli online. 


Kalu sesekali nak massage rambut, BBL nak syorkan beli Head Spa ni. Boleh urut-urut kulit kepala rambut sambil membersihkan rambut kesayangan dari minyak, kotoran, debu atau sel kulit mati. So far baru guna 4 kali memang berpuas hati terutama bila balik kerja. Release tension kejap manjakan kepala. 


Untuk pengetahuan anda, Hairdepot adalah hair care leader dalam pasaran. Bukan just cover penjagaan rambut orang dewasa tak kira perempuan atau lelaki. Malah meliputi semua peringkat umur termasuk bayi dan kanak-kanak. Ibaratnya one stop centre untuk seisi keluarga untuk make sure rambut sentiasa sihat dan bermaya. 


Yang menariknya, kebanyakkan barangan dijual merupakan jenama dipercayai oleh pengguna setia Hairdepot. Tak silap lebih kurang 21 jenama yang ditawarkan sampai rambang mata nak pilih. Ada yang diimport dari Korea Selatan, Jepun, Itali, German dan USA sesuai dengan kehendak pelanggan Hairdepot demi memastikan mahkota mereka sentiasa dalam keadaan sihat. 


Satu lagi yang best pasal Hairdepot ialah dorang selalu buat promosi untuk members. Special deal bagi members dapatkan barangan kegemaran pada harga exclusive rate. Biasanya announcement promosi terkini Hairdepot akan update dalam social media Facebook dan Instagram. Boleh follow Hairdepot untuk next event atau promosi istimewa.


 Mission complete!

Tuesday, May 23, 2017

Dream Cut - Salon Korea Tawar Khidmat Potong Atau Warna Rambut Dengan Cepat

Annyeong!

Kaum hawa dengan deman K-Pop berpisah tiada. Ibarat macam roti bakar dengan mentega kacang. Ceh kesitu pulak. Bukan semua perempuan sukakan hiburan dari negara Korea tetapi bab paras rupa, pasti hati sang hawa mudah cair isu kecantikan wajah. Bagi diri BBL sendiri, Korea Selatan adalah negara popular mementingkan penampilan tak kira lelaki atau perempuan. 

Istimewa kepada pembaca blog BBL yang mengikuti perkembangan artis Korea tak kisah lah dia tu pelakon atau penyanyi. Pasti korang perasan trend potongan serta warna warga Korea kerap berubah mengikut season. Kini anda boleh merasai pengalaman potong rambut di Dream Cut - salon yang berasal dari Korea Selatan.


Cawangan pertama di Malaysia terletak kat Sunway Velocity, tingkat 3. Tempoh hari Dream Cut ada buat offcial launching menampilkan artis popular iaitu Nur Risteena. Meriah betul dengan patron Velocity yang ingin mencuba sendiri pengalaman promosi potong rambut serendah RM 18.

 Selebriti yang hadir sewaktu perasmian Dream Cut

Yang berada di tengah adalah pemilik Dream Cut

Menariknya, Dream Cut berkonsep quick colour tint. Paling penting pewarna digunakan bersumber organik - tiada ammoni, tiada parabenes dan tiada benzophenone! Tiada sesiapa ingin rambut rosak lepas colour rambut kan. Dengan pelbagai pilihan warna terkini, anda boleh memiliki mahkota rambut dengan warna kegemaran. Selain produk pewarna rambut diimport dari Korea dan Itali.


Produk lain seperti pomade dan serum rambut ada dijual kat sini. Harga pun sangat berpatutan. 


Meh BBL bawa tour dalam salon Dream Cut. Disini anda boleh membeli tiket services sama ada potong rambut sahaja atau mewarna rambut. Selepas dah ada tiket, staff Dream Cut akan membantu anda.

ni mesin layan diri BBL mention tadi

Kaunter pembayaran

Susun atur salon Dream Cut - cute & simple!

Dari segi harga cukup berpatutan atau senang cerita, ikut bajet poket. Tidak terhad kepada perempuan sahaja, lelaki juga boleh mewarna dan memotong rambut di Dream Cut. Barulah real Korea fans.


Guys, promo ni


So jika anda ke Sunway Velocity, jangan segan untuk singgah ke salon Dream Cut (Lot 3-85, tingkat 3) dan enjoy moment colour rambut dengan cepat di sini. 

Maklumat lanjut boleh klik link bawah


[TIPS TRAVEL] Kenapa Anda Perlu Ada Simkad Buzzme Sebelum Ke Oversea

Seronok dalam hati bila nak travel ke luar negara kan, tak kisah la pergi holiday atau on duty job luar Malaysia. Tambah lagi kena terbang pergi negara 4 musim, tempat 7 keajaipan dunia atau meneroka tempat baru yang unik. Sebelum tu, anda dah buat check list sebelum berangkat?

CHECK LIST

1. Passport 
2. Tiket flight pergi dan balik 
3. Hotel/tempat penginapan 
4. Duit tukaran asing 
5. Buku Itinerary
6. Internet connection ??

Bab internet tu mungkin korang tengah terfikir nak...

[   ] Harapkan free wifi kat hotel baru upload gambar kat FB dengan IG? 
[   ] Beli simkad baru bila sampai negara orang?
[   ] Tengah terfikir nak beli international data roaming dengan telco tempatan

Ha, sebab tu BBL nak cadangkan simkad Buzzme kerana lebih mudah, praktikal dan menjimatkan duit poket. 


Cara Activated Buzzme World Startedpack


Langkah 1 : Permulaan
Masukkan SIM kad, connect dengan wifi dan download applikasi m8 World SIM

Langkah 2 : Login
Daftar dengan nombor telefon bersama password APP (tercatit pada sim kad) kemudian register maklumat anda

Langkah 3 : Sebelum Berlepas Terbang
Beli pelan internet anda dahulu sebelum sampai ke negara ditujui. Boleh bayar dengan prepaid wallet atau kredit kad. 

Langkah 4 : Bila Dah Sampai Ke Destinasi
Login ke App dan pilih negara korang pergi. Nanti SIM kad akan macth dengan partner telco tempatan. So korang tak payah beli dan register sim kad baru untuk kekal berhubung dengan social media

Langkah 5 : Kembali Ke Tanah Air
Login App dan pilih nombor telefon anda semula

Kenapa Buzzme Simkad Lebih Berbaloi?

Pertama - One world, one simkad

Tak kisah nak pergi negara Uncle Sam ke, negara kanggaro, negara matahari terbit atau negara Asia sekali pun anda tak perlu lagi risau tentang simkad dan coverage internet. Buzzme telah bekerjasama dengan telco utama setiap negara untuk make sure korang mendapat sentiasa liputan pantas internet. Baru seronok update status/gambar holiday. 

Zaman sekarang hampir semua telefon kecuali iPhone ada dual sim slot. Satu slot sim kad Malaysia dan satu slot untuk Buzzme (khas untuk guna waktu travel). Cara guna sangat senang, just switch sim kad Buzzme melalui app sahaja bila ke luar negara.

Kedua- Cara mudah kekal berhubung semasa trave
> Call atau terima panggilan seperti orang tempatan dari/ke Malaysia
> Nikmati pelan data internet pada harga lebih murah 
> Tiada extra bill melambung lagi!

Ketiga - Boleh guna di 200 negara 


Keempat - Pilih pelan internet mengikut bajet anda

Senarai pakej negara lain boleh rujuk SINI

Baru-baru ni telah berlangsung majlis pelancaran Buzzme SIM kad kat TPC, Bukit Kiara. Terbaru m8 World Sim yang dilancarkan pada 2013 dijenamakan semula dengan Buzzme serta hadir dengan pakej data internet untuk traveler bercuti dengan gembira tanpa terputus sambungan internet. Jika korang pengguna sedia ada m8, jangan risau kerana boleh ugrade ke talian Buzzme tanpa perlu menukar simkad baru. 


Serentak itu, Buzzme World SIM diperkenalkan pada harga RM99 (kredit isian RM50). Anda boleh milik sim kad ini secara online atau melalui pengedar Buzzme berdekatan. BBL rasa ini simkad yang perlu miliki sebelum merancang ke luar negara. Lebih mudah kerana tak perlu lagi bersusah payah register bagi mendapatkan simkad tempatan negara ingin kunjungi. Sekurangya tak kusut kepala untuk dapat akses internet walaupun cuma sehari berada di negara orang kan.

So jangan cakap BBL tak payung tips mudah connect internet sepanjang holiday luar Malaysia. 


Maklumat lanjut boleh klik info berikut
Website Buzzme - www.buzzme.com.my
Facebook Buzzme - www.facebook.com/Buzzme.m8
Instagram Buzzme - www.instagram.com/buzzme.m8


Tuesday, May 16, 2017

Perfume PAPAHUG & MAMAKISS Tahan 24 Jam

Semua orang suka berbau wangi bukan? Tambah lagi bila lepas waktu kerja pukul 5pm tu. Kalu naik kereta sendiri atau bawak motor mungkin anda tak kisah bau badan selepas seharian bekerja. Namun bagi mereka yang balik kerja dengan public transport macam LRT, bas, tumpang kereta officemate atau Grabcar, bau peluh badan mungkin akan membuatkan diri terasa tak selesa. Yelah kalu boleh biar orang berbau harum bila melintas depan penumpang lain kan.

Korang nak tahu tips agar perfume favorite tahan lama dari pagi sampai petang? 

1. Pakai lotion sebelum sembur minyak wangi

Jika kulit anda jenis kering, sapu lotion dahulu kemudian baru spray perfume. Sebabnya kulit berminyak membantu mengekalkan wangian tahan lebih lama

2. Sapu Vaseline pada nadi boleh membuatkan perfume tahan lebih lama

3. Jangan simpan minyak wangi dalam bilik air atau tempat yang lembab dan panas

Letakkan perfume di kawasan kering seperti meja solek dan jauhkan dari tingkap kerana haba, cahaya dan kelembapan boleh memecahkan partikel minyak wangi dan mengurangkan kualiti wangian. Sebab itu kalu korang perasan minyak wangi bila terdedah pada cahaya matahari terlalu lama akan menjadi "keras" atau bau tidak sama.

4. Sembur perfume selepas mandi dan sebelum pakai baju

Jangan sembur minyak wangi pada baju sebaliknya sembur pada badan selepas anda selesau shower!

5. Jangan lap perfume di pergelangan tangan

Ha, ni mesti korang selalu amal kononnya nak bagi bau perfume sebati dengan badan. Sebenarnya lap perfume akan membuatkan wangian tidak tahan lama.

Tips kat atas boleh amalkan tapi jika anda yang jenis 5 hari pertama je amal kemudian lupa elok guna je perfume terbaru Shidie Sahaq - PAPAHUG dan MAMAKISS terbaru dalam pasaran. 


Wangian PAPAHUG berinspirasi wangian kaum Adam manakala MAMAKISS diilhamkan wangian kaum Hawa. Kedua wangian ada kualiti EDP dengan kepekatan hingga 65%-75% menjadikan perfume inspired ini lebih pekat compare wangian lain dalam pasaran. Perfume oil ini diimport dari negara France, Swiss dan German kerana kualitinya sama seperti dijual dalam butik original. Ha tak payah bazir beli perfume mahal-mahal kerana wangian PAPAHUG dan MAMAKISS dah setanding. 

Perfume PAPAHUG untuk lelaki

MAMAKISS untuk kaum wanita

Anda juga tak perlu kuathir kerana perfume inspired ini boleh dibawa solat dan tiada alkohol dalamnya. Pastinya menjadi pilihan sesisi keluarga untuk kekal wangi dari siang hingga malam. 


Dalam mempromosi wangian trendy ini, Shidiesahaq melibatkan beberapa artis tempatan seperti Azhar AF (bekas anggota Azheal), Taufik Ola Bola, Syura Badron dan Lan Kristal. Boleh rujuk instagram dorang tengok posting memuji wangian PAPAHUG dan MAMAKISS ni. Selain tu, video klip single terbaru penyanyi Linda Eva juga berjudul Bulan Rindu juga menampilkan wangian Shidiesahaq. 

Antara wangian yang sedang hangat dipasarkan sekarang

1. Dunhill Desired Red
2. Dunhill Desired Blue
3. One Million
4. 212Sexy
5. Jadore
6. Forbidden Rose
7. Be Delicious
8. Midnight Fantasy
9. Purr
10. Bombshell
11. Gucci Flora
12. Hugo Boss Red

Tidak sekadar mengeluar wangian tahan lama, Shidiesahaq juga ada produk Hibers Spray khas buat pengguna wanita berhijab.  Dengan hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti avocado oil, peppermint essential, fragrance oil dan permittef emulsifier pastinya memberi kesegaran kepada rambut sewaktu bertudung. 


Harganya cuma RM 69 (Semenanjung) RM75 (Sabah/Sarawak). Mesti dapatkan satu untuk pastikan rambut maintain segar tanpa bau hampak ye.

Buat korang yang berminat nak dapatkan pefume PAPAHUG atau MAMAKISS, beli sahaja secara online melalui link berikut

Instagram : @byshidiesahaq
Facebook :  Papahug Mamakiss

Monday, May 15, 2017

Wangi Betul Perfume "Bayang by Khai Bahar"



BBL follow perkembangan Khai Bahar sejak tertonton video lagu "Cinta Bukan Milik Kita" bersama dengan rakannya, HarickAZ sampailah nama Khai melonjak naik bila duet lagu "Memori Berkasih" dengan artis Siti Nordiana. Kini siapa sangka dia dah ada single sendiri bertajuk "Bayang" yang mendapat tontonan lebih 18 juta (2017) kat laman YouTube.

Istimewa buat peminat, Khai Bahar tampil dengan buah tangan terbaru iaitu perfume "Bayang by Khai Bahar" yang mula dijual sejak awal bulan Mei lalu. Wangian keluaran syarikat RiSES Perfume ini menampilkan Khai sebagai dutanya. Jika korang nak tahu, ini adalah perfume limited edition RiSES khas buat Khai Bahar sahaja. 


Tampil dengan wangian untuk lelaki dah perempuan, pastinya perfume ini memikat aura anda seperti Khai Bahar. Gituh terbawa-bawa lagu "Bayang" time pergi kerja, hangout dan pastinya perfume ini tidak mengandungi alkohol serta boleh spray sebelum pergi solat. Kepada pengemar minyak wangi halal, anda boleh jadikan perfume "Bayang by Khai Bahar" sebahagian koleksi anda. 

Wangian "Bayang For Her"

Nie untuk lelaki

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif RiSES Perfume, Ahmad Shauqi Abd Wahab - wangian special keluaran khas ini menggunakan tumbuhan Patchouli yang menghasilkan bau unik serta tahan lama. Besar harapan pemilihan Khai Bahar boleh menjadi ikon simbol ke arah kehidupan ceria dan menjadi inspirasi kepada peminatnya. 


Selain itu, RiSES akan berada di Jakarta bersama-sama Khai bermula 15 Mei hingga 20 Mei 2017 sempena sesi jelajah promosi Khai Bahar dan sekali gus peluang akan dimanfaatkan untuk mempromosi wangain "Bayang" beserta jenama-jenama lain keluaran RiSES. 

Korang boleh dapatkan minyak wangi edisi terhad ini pada harga RM90 (30 ml EDP) manakala wangian RiSES lain berharga RM65 di pasaran hari ini. Mungkin boleh dijadikan hadiah kepada orang tersayang. Mesti peminat Khai Bahar teruju dapat hadiah perfume berbau Khai ni.


Sekarang ni era beli barang online je, boleh beli "Bayang by Khai Bahar" hari ini melalui 

Instagram - @rises_official
Facebook - RiSESPerfumes


Thursday, May 11, 2017

Berpeluh Main Badminton Kejohanan KHR Avi 2017

Apa sukan kegemaran korang waktu petang? Mesti ada cakap minat benor main futsall, bola keranjang, kayuh basikal, berenang, main kayak dan beberapa lagi akviti yang banyak keluarkan peluh. Siapa suka bermain badminton jika ada time free atau memang sifu game badminton zaman sekolah menengah dulu. Eh samalah dengan BBL. Main badminton tak sepenat permainan bola sepak namun peluh yang keluar kalah berlari pusing padang. Padahal bergerak kiri kanan dalam petak je pun. 


Terbaru saya ada menyertai KHR Avi Badminton Tournament 2017 kat Setia Badminton Akademi, Setia Alam Selangor. Dah lama betul tak exercise badan pegang raket badminton ni. Rasa nervous pulak walaupun just hentam je bulu tangkis supaya pihak lawan tak dapat membalas smash tujahan dari kita. Acara netsporting ini melibatkan seramai 20 orang peserta lelaki dan wanita dalam game beregu kalah mati.

Special merchandiser dari KHR Avi

Selepas check in register dan breakfast jam 8.00 pagi, majlis dirasmikan oleh Ketua Eksekutif KHR Avi, Lyssa Hamzah dengan gimik smash bulu tangkis sebagai tanda perasmian tournament ini. Kemudian kami semua berdansa bersama-sama untuk memanaskan urat kaki tangan supaya tak kram "nanti". Dah habis sesi warm up badan maka bermula sesi pertarungan merebut gelaran juara beregu badminton KHR Avi 2017. Boleh tahan sengit game badminton antara para peserta. Masing-masing nampak memang kaki player badminton. Game di adili oleh barisan hakim bertauliyah badminton. 

Amboi laju je CEO smash tak sempat nak snap gambar


Kali ini BBL berentak duo dengan rakan pasukan lawan Choon Wai/Azhar. Game dengan kiraan 30 kalah mati ini berjaya dimenangi oleh team lawan. Ala kalah adoi tak pelah janji dapat keluar peluh dengan jayanya. Yeay!

Tu dia Halim fokus 

Then sementara menanti perlawanan akhir antara kumpulan, kami merasai pengalaman dalam VIP Lodge bersama peserta lain. Sambil melepak terbaring atas bean bag boleh buat networking dengan penyokong tournament badminton. Kebanyakkan yang sempat BBL kenal waktu sesi Avi-Bingo ini, mereka datang dari kelompok networking termasuk lawyer, pengamal media sosial, wakil pemasaran, pemilik syarikat kecantikan, pengedar produk kesihatan, tokoh koprat serta ramai lagi. 


Melalui sesi sembang dua mata ini, kami bermain game berkenalan antara satu sama lain sambil menikmati coffee di buat oleh abang pilot KHR Avi. Merasa air tangan juruterbang pesawat ringan macam sebuah drama popular stesen berbayar. Sebenarnya ada makna sebalik game ini, macam main bingo tu. Ada 9 kotak yang kena isi maklumat networking dan pemilihan bingo berdasarkan kad business yang dipilih oleh CEO KHR Avi. Jika nama yang tercatit pada kertas sama dengan kad business, maka kat situ dah boleh cross line. Dah cukup 3 pangkah sama ada dari atas, bawah atau melintang maka hadiah pengalaman penerbangan selama 30 minit pusing KL bernilai RM 500 akan menjadi milik pemenang. Hari tu cuma 2 nama kena dengan kertas networking BBL. Alahai sayangnya.

Peserta pelawanan akhir

Perlawanan akhir badminton menyaksikan pertembungan sengit. Ibarat macam tengok game Lee Chong Wei dengan Lin Dan gitu. Bertepuk-tepuk penyokong dua belah pasukan. Akhirnya KHR Avi tournament badminton menemui pemenangnya. Yeay tepuk tangan kuat-kuat.

Tempat pertama badminton wanita

Juara Beregu Wanita

Pemenang Beregu Lelaki

Nikmati pengalaman baru terbang bersama KHR Avi 

Jika korang nak tahu, KHR Avi adalah syarikat yang menawarkan services membawa para penumpang merasai satu pengalaman  Avitour pusing Kuala Lumpur sambil menikmati pemandangan metropolitan  dari tingkap pesawat ringan. Sesuai untuk anda yang mahu ingin memberi kejutan kepada orang istimewa atau boleh bawa parents membelah awan langit. 


Setiap pesawat boleh dinaiki oleh tiga orang penumpang dengan bayaran RM 1 500. Inilah masa nak feeling moment ala private jet dan duduk sebelah co pilot. Pakej ini termasuk perjalanan mengambil penumpang di Hotel Saujana, kemudian dibawa ke Airport Subang untuk menaiki "pesawat anda". Kemudian selfie dan share experience rare ini dalam facebook atau instgram korang. Confirm ramai likes!

KHR Avi juga pelopor gaya hidup "jetsetter" yang diasaskan oleh trio Marisa Kenis, Lyssa Hamzah dan Fizza Hamzah. Jangan tak tahu, khidmat sewa jet peribadi ni menjadi trendy zaman sekarang dalam kalangan usahawan, selebriti tempatan serta pelancong asing yang mahu travel in style, speedy and comfort. So tak hairan ramai rakyat Malaysia dambakan pengalaman unik ini dan semestinya menjadi salah satu "must do bucket list". Ni lah experience mesti dilakukan sekali seumur hidup. 


Seeloknya korang booking awal seminggu untuk make sure cuaca adalah cerah selain mendapat kelulusan dari menara kawalan. Selain, mungkin orang ramai duk booking. So anda kena que.

Berminat boleh menempah melalui 
talian 017-7778 145 (Encik Hanz Alias) 
email khr.aviation@gmail.com
Instagram : KHR_Avi
Facebook : KHR Avi 

Ayuh terbang!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...