Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Sunday, November 6, 2011

Buat Sendiri Kod QR

Sebelum ini BBL buat entri pengenalan mengenai kod QR.
- rujuk disini -. Jadi mungkin korang nak jugak ada kod QR tersendiri kan?
BBL akan ajar langkah-langkah untuk mencipta kod QR 
untuk diri korang sendiri, Fanfage blog, persatuan, hobi & lain-lain.

Sebenarnya ada banyak laman web untuk korang
mencipta kod QR korang sendiri TANPA BAYARAN.
Antaranya KaywaSnapmazeqrstuffzxing  & banyak lagi.

Langkah-langkah :


# korang tekan pada gambar untuk besarkan








dan hasilnya...

jeng..jeng...



ini kod QR untuk Fanpage BBL.



BBL ~ print Kod QR kat atas pastu sebarkan...
[>_<]





seronok baca? apa kata share dengan kawan-kawan kat.....

Kod QR


Tentu korang biasa tengok barcode di atas pada produk di pasar raya.
Tapi kenal KOD QR (QR Code)? 

Sebenarnya QR Kod merupakan generasi kedua ini telah popular
di Jepun & Korea Selatan di ikuti Amerika & Eropah
termasuklah kini mula dikenali oleh rakyat Malaysia.


Sejarah Awal

Pada asalnya, Kod QR banyak diguna di kilang kereta. 
Kod ini telah di cipta oleh anak syarikat Toyota iaitu Denso Wave
pada tahun 1994. Wow hampir 12 tahun lalu ia dicipta.

Apa Itu Kod QR?

QR bermaksud 'Quick Response' yang merupakan
kod imbasan generasi ke dua selepas Kod Bar. 
Tampil dengan penyimbulan dua demensi, 
Kod QR boleh menyimpan lebih banyak maklumat secara menegak
& mendatar berbanding Kod Bar yang menyoking maklumat
secara mendatar sahaja.


Kod QR


Bar Kod

Maklumat Yang Di Sokong

Berbeza dengan Kod Bar hanya menyokong 
sedikit maklumat, Kod QR mampu menyokong lebih banyak maklumat
seperti website url, YouTube Video, peta lokasi & banyak lagi.


Hak Cipta

Walaupun hakcipta Kod QR milik Denso Wave, syarikat berasal
dari Jepun ini tidak bercadang untuk mengenakan sebarang bayaran
untuk penggunaan paten Kod QR ini. Sesiapa boleh digunakan
tanpa sebarang sekatan.

Kapasiti Data

Versi simbol Kod QR terdiri dari Versi 1 hingga Versi 40. 
Setiap versi menpunyai konfigurasi berlainan. Konfigurasi modul
merujuk kepada bilangan modul terkandung dalam simbol,
bermula Versi 1 (21x21 modul) hingga Versi 40 (177x177 modul).
Jumlah data disimpan bergantung kepada set aksara, versi 
& tahap pembetulan kesilapan.


Nak Imbas Kod QR?

Untuk mengimbas Kod QR, korang mestilah ada aplikasi pengimbas 
Kod QR di dalam smartfon atau PC. 

Untuk smartphone 

1. Google Goggles 
2. Barcode Scanner



Untuk PC

1. QuickMark

2. QReader

Contoh Penggunaan Kod QR

Jual beli hartanah


Konsert


Contest


Sale


FanPage BBL 
- scan & like!


thanks : ering magazine

BBL ~ scan Kod QR dengan Miss X8
[-__-]







seronok baca? apa kata share dengan kawan-kawan kat.....

Kad Raya Di Hari Raya Haji

Assalamualaikum & selamat hari raya aidiladha semua.
BBL mintak maap kerana blog BBL dah lama tak ter update dengan entri baru.
Harap kalian jangan marah BBL. Hari baik dihari raya ni lebih elok kita bermaafkan kan?

Peristiwa berlaku hari ni sangat menarik hingga BBL tergelak-gelak
sampai nak menaip entri ni pun boleh tergelak. Bukan tak betul ok.


16. Ogos. 2011


Untuk pengetahuan, bulan Ramadhan lalu BBL menang contest
 Saya Nak Kad Raya Dari CX,korang boleh rujuk entri ini
Hadiahnya cuma kad raya.
Memang seronok sangat bila dapat tahu BBL antara pemenang bertuah.

Nama pun kad raya kan mestilah sampai sebelum raya. Waktu balik cuti raya hari tu,
BBL tanya mak ada tak kad raya untuk tahun ini tapi hampa sebab
hadiah kad raya dari CX tak de. Jadi BBL buat spekulasi yang kad raya CX
akan sampai selepas hari raya aidil fitri. 

15. Oktober. 2011

Awal bulan oktober hari tu BBL balik rumah untuk bercuti selama-lamanya.
Lupa nak update kat korang semua, BBL dah habis belajar diploma.
Jadi BBL tanya lagi mak ada lagi kad raya terlepas lori pos & jawapannya tiada.
Waktu tu, dalam hati cuma fikir kad raya dari CX silap masuk kotak pos
rumah orang lain. Sedih hadiah online pertama dalam hidup tak sampai rumah
sampai kesudah. Argh nak je pergi pejabat pos cari kad raya CX.

6. November. 2011

Pagi hari raya aidil adha lepas bersalam dengan keluarga tiba-tiba
ayah BBL beri sepucuk surat. Terfikir sekejap, tak dah sampai surat sambung ijazah?
Sekali ayah cakap, "ni ada kad raya haji". 
BBL " kad raya haji? sapa pulak ni buat lawak.."
Belek punya belek, la ni kad raya aidil fitri dari CX. BBL tanya ayah kenapa
tak kasi waktu raya puasa hari tu & nak tahu apa alasan ayah?
ayah : "time nak balik kerja, ayah lupa nak ambil bawa balik.."
Tergelak satu rumah dengar ayah cakap macam tu.
Hahaha

Buat CX..

Terima kasih untuk hadiah kad raya ni. Walaupun lambat sampai
 ( nasib baik tak sampai x-mas nanti ), BBL terima dengan  rasa gembira.





BBL ~ tahun depan nak balas kad raya puasa time raya haji
[U_U]







seronok baca? apa kata share  dengan kawan-kawan kat....

Sunday, October 9, 2011

mari belajar bhase terengganu - Chapter 2

Malam ni BBL update chapter 2 pulak.
Jangan lupa cuba praktis dengan kawan-kawan korang ok.
Sure gelak sampai lebam..

sambungan dari Chapter 1.



41. buah semeta = manggis
42. bera = sedih nak menangis
43. baruh = sawah
44. baki = bekas utk meletak sesuatu benda
45. buah pelang = buah pauh (Kelantan), buah mempelam
46. buah setial = buah kecapi
47. buah tai = buah kelapa laut
48. berahi = suka e.g aku berahi makang ke?pok lekor (aku suka makan keropok lekor)
49. bekeng = garang/bengis
50. bojjeng = gunting rambut/menyikat rambut
51. bhiang = binatang mengawan e.g lembu bhiang.
52. berambei (gatung-ayung) = bergantungan
53. bicuk = benjol e.g pala aku bicuk teratuk tadi (kepala aku benjol terhantuk tadi)
54. culah = degil
55. cong = tipu/bohong
56. cekik = cubit
57. cetong = tin susu
58. cokeh = tuas
59. che = mak
60. cheroh nerang = sangat terang
61. cakner = prihatin/ambik berat
62. comel lote = comel yg amat
63. cherelong = merenung dgn mata yg besar dan tajam
64. colok = mancis, gesek (Kelantan)
65. cakkerek = cengkerik

66. dokdang = tak sempat
67. dok ngepong = tidak pandai buat sesuatu (*ngepong awek - bawa kekasih bersiar-siar)
68. doktong = suka merayau-rayau
69. dok = bukan
70. dian = lilin
71. dudok cacang = berdiri
72. dhian = duduk dekat unggun api
73. dok oh lalu = terlalu over
74. dok rok meppeh = tak larat
75. dho?nik = mengejek-ngejek
76. dok tahu starang baroh = tak tahu pun lansung
77. dok dulli = tak hirau
78. du du senung = mentadak-mentadu
79. decung = sangat laju
80. denir pey = sangat becak berlumpur ataupun manja





BBL ~ rindu sangat nak makang nasi dagang original terengganu
[=___=]








seronok baca? apa kata share dengan kawan-kawan kat....

Epic 'Plat Nombor'

Sudah menjadi trend di Malaysia kini apabila harga no plat 
kereta lebih mahal dari harga kereta. Semestinya no plat lain dari
semua no plat kereta berkeliaran di atas jalan raya.
Contohnya KCT 1 berharga RM 66, 5550. 
Boleh keluar Viva sebijik tu.. 
Mungkin ini adalah satu kepuasan buat pemilik kereta. 
Biasalah bila duit dah berkepuk terperat dalam akaun bank,
dari terbiar baik beli no plat..


# mintak maap gambar tak berapa clear..


Contohnya macam ni...


# PHUII



#POLIS?


# PE*%$
korang boleh agak sendiri kan...


#NG 555


# MATI?


#KERETA ANGAN-ANGAN..



BMW terbaru yang tak berapa nak series....








hahaha....





BBL ~ bilalah nak pergi ambil lesen memandu kereta..
[U.U] ~








seronok baca? apa kata share dengan kawan-kawan kat....

Saturday, October 8, 2011

Create the Next Nokia tune and Win up to $10,000 US

Assalamualaikum semua..

Rasa kaku semacam je time nak update entri ni.. 
tapi kalu menaip mesej, laju je kan?
BBL baru je beli telefon Sony Ericsson (perasan bangga)
Jangan risau, BBL akan update entri khas untuk 'miss' cinta BBL..
Seingat BBL hanya satu telefon jenama Nokia sempat BBL guna,
itu pun zaman sekolah menengah dulu & sejak 'bercinta' dengan 
Sony Ericsson terus tak pandang Nokia.

*Nokia lover tolong jangan marah BBL erk..



Buat korang sekarang atau pernah guna telefon nokia, 
tentu familiar dengan bunyi mesej ni kan?



Ini adalah kempen dalam usaha untuk mencari tune Nokia 
terbaru untuk generasi Nokia akan datang & sebahagian
dari list tune kini ada dalam Nokia N9. 

Tune 2011 cam best jugak kan..


BBL ~ terkacak dengan 'miss' baru
[>__<]










seronok baca? apa kata share dengan kawan-kawan kat....

Wednesday, September 28, 2011

BBL Tertipu


Jangan Jadi Sperti BBL ok.


Kisahnya bermula pada suatu masa dahulu semalam waktu BBL otw balik rumah.
Singgah kejap kat 7eleven nak beli Mr.Potato, mengidam nak makan. Dah lama tak makan kan. Sampai kat 7e terus pergi kat rak-rak snek. Fuh banyak stok potato & dalam banyak-banyak aweks snek potato, ada satu bungkusan BBL ingat itu snek potato yang terbaru. Pack dia sangat cantik. Terus angkut bawak ke kaunter cashier. Confident tak baca apa isi dalam pack & tarikh luput. Tak pasal-pasal makan benda dah expired.

# rupe snek BBL beli semalam

Sampai je kat rumah terus baring depan lappy dengan harapan nak tengok
cerita Johny English Reborn dowload kat syok.org. Tidak ketinggalan
snek Chispter Cassava Chips BBL beli tadi. Fuh tengok pack kat luar macam sedap segoti.

Ambil satu terus masuk dalam mulut..kunyah kunyah kejap..eh..kenapa rasa lain je.
Tengok balik pack snek tu & ini tertulis


KEREPEK UBI! bukan chips potato!
Time tu mulalah keluar semua ayat jampi serapah  Harry Potter.
Menyesalnya beli snek ini. Harga RM3.00 sama harga kerepek
dalam ops-kerepek-ubi & semestinya lebih banyak isi kandungan. Pergh..

Bila fikir balik kenapa BBL beli snek ini, baru teringat BBL dipukau 
oleh......

# jangan terpengaruh dengan iklan

Senang betol Chispter pukau BBL.
Nak tahu cara buat Chipster Cassava Chips?






Moral of storis :
Jangan main rembat je snek tanpa baca isi kandungan.



BBL ~ tiap malam makan kerepek ubi kayu
[=_=]"









seronok baca? apa kata share dengan kawan-kawan kat...

Wordless Wednesday #15

Dah 2 minggu BBL tak update entri untuk WordlessWednesday.
Hari ni BBL nak jugak update & akhirnya gambar ni menjadi wordless hari ni.




Maksud Wordless Wednesday :
Pada setiap hari Rabu, semua blogger akan post gambar di blog mereka
tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut.
Biar gambar yang menceritakan tanpa letak apa-apa penjelasan.

Untuk maklumat lanjut : 


BBL ~ saya deman dengan buku
[+__=]










seronok baca? apa kata share dengan kawan-kawan kat....

Komik Doremon Khas Untuk Ore Kelantan - Siri 3

Assalamualaikum semua.
Tali usus korang dah terbelit-belit sebab baca

Nak lagi ? Hari ni BBL update komik doremon untuk siri 3.



Sampai menagis BBL baca komik ni sebab kelakar sangat.


BBL ~ bakal merindui Kelantan Darul Naim
[-_____-]








seronok baca? apa kata share dengan kawan-kawan kat.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...