Ganti MyKad Melalui Perkhidmatan Talian Telefon
5:11 AM
Assalamualaikum
& hello there,
"MYPHONE-IN"
Permohonan gantian MyKad melalui perkhidmatan
talian telefon
BBL pernah
alami masalah terpaksa ulang alik dari bank Maybank ke pejabat Pendaftaran
Negara atas sebab cip MyKad tak boleh nak baca cap ibu jari waktu nak buka
akaun Maybank. Agak leceh kena tunggu untuk proses buat MyKad baru. Nasib baik rumah dekat je dengan opis pendaftaran
negara tu. Bayangkan jika korang tinggal di tempat agak jauh dari pejabat pendaftaran
negara dan pada masa sama cip MyKad rosak. Mesti sakit kepala nak mintak cuti
pergi buat MyKad baru kan.
Terkini anda
tidak perlu lagi kuatir kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memperkenalkan
perkhidmatan pengantian MyKad melalui telefon je. Bunyi agak pelik kan &
mesti terfikir boleh settle ke?
Contohnya,
anda nak buka akaun di bank dan secara tiba-tiba cip MyKad tidak boleh dibaca. Tiada cara lain melainkan terpaksa
membuat MyKad baru. Katakan hari tu dah memang spoil mood habis. Cara
terbaik untuk korang melindungi mood dari mengadap jalan jem serta kesukaran menacari
parking ialah dengan membuat pengantian MyKad secara
telefon.
Caranya :
Pertama, Hubungi 03-888-08-066
Kemudian buat
permohonan gantian MyKad
Waktu operasi
talian hotline
Isnin – Jumaat
8.00 pagi – 5.00
petang
Waktu rehat
1.00 petang –
2.00 petang
Hari Jumaat
12.45 tengahari – 2.45 petang
Syarat-syarat
permohonan:
1. Warganegara
Malaysia sahaja
2. Permohonan untuk
gantian MyKad biasa atau cip/kad rosak
3. Bayaran permohonan
RM10.00
(kutipan
bayaran akan dikenakan semasa pengambilan kad)
4. Permohanan dan
pengambilan MyKad hanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sendiri sahaja
5. Pusat kutipan
hanya di JPN Putrajaya dan Ibu Pejabat Negeri sahaja
6. Sebarang perubahan
maklumat bagi nama, agama, pindaan nama dan gambar tidak dibernarkan
7. Caj hilang
akan dikenakan jika pemohon tidak mengemukaan mykad lama sesama pengambilan
mykad di kaunter.
Anda Telefon – Kami Proses – Anda Dapat
Buat masa
sekarang perkhidmatan ini hanya di JPN Putarajaya dan ibu negeri sahaja. Namun
jika anda tinggal di daerah negeri, terpaksa pergi JPN berdekatan.
BBL harap
khidmat seperti ini boleh digunapakai untuk JPN Daerah pulak. Lagi senang kan.
Nak info terkini mengenai Jabatan Pendaftaran Negara, jangan lupa LIKE Facebook JPN tau
BBL ~ baru 2 kali tukar MyKad
o( ̄ρ ̄)o
Ai tak kan baca sorang
je..kongsillah dengan kawan-kawan di....
0 Budak Suka Minum Bandung Laici