Sayangi Makanan anda – Alam Flora Bloggers Hunt 2016 [Love Food Hate Waste]
5:08 PM
Assalamualaikum & hello there,
Semalam BBL bersama 15 orang blogger telah menyertai
kempen kesedaran Love Food Hate Waste bersama Alam Flora di sekitar Kuala
Lumpur dan Putrajaya. Sangat happening bila masing-masing sangat kecoh jadi
duta Alam Flora untuk sehari. Banyak aktiviti task kami settle down. Yang
paling penting, terlampau melimpah ilmu pengetahuan tips dari Alam Flora
tentang kepentingan Love Food Hate Waste kepada kami serta followers di sosial
media.
Meh BBL story sikit pasal Love Food Hate Waste
Apa itu Love Food Hate Waste
Kempen kesedaran Love Food Hate Waste ni actually dah
lama di amalkan oleh penduduk United Kingdom sebelum negara lain turut mengikut
jejak sama. Terkini, Alam Flora sebagai organisasi bertanggungjawab menjaga
kelestarian alam sekitar ingin mendidik rakyat Malaysia gaya hidup Love Food
Hate Waste.
Kat Malaysia ni, lebih 33,000 tan sisa makanan dibuang
setiap hari dan kesannya:
♻ Tempat pelupusan sampah cepat penuh
♻ Gas mentena terhasil dari reputan sisa makanan
sangat merbahaya kepada lapisan ozon
♻ Membazir kan tak bagus
Program Alam Flora Bloggers Hunt 2016 bermula sebelah
pagi di Wisma DRB-Hicom Shah Alam. Setel je sesi bergambar – blogger kenyang
snap gambar, terus kami shoot ke check point pertama untuk task pertama.
Check Point Pertama
Lokasi : Pasar Besar Cheras, Kuala Lumpur
Task : Membeli barang dapur dengan bajet RM150
Kat sini setiap blogger berpecah kepada group dua
orang. Lucky BBL duet dengan Wendy Pua yang comel. Dengan list barang dapur,
kami berdua perlu beli kesemua barang dengan bajet duit RM150 dalam masa 30
minit.
Antara barang kena beli macam ayam, sayuran dan buahan
tapi tak semua ada dijual kat Pasar Besar Cheras. Berlumba-lumba geng blogger beli
barang dapur sambil snap gambar dan video. Part yang best, senyum lebar tokey
kedai bila semua blogger pakat serang satu kedai sama. Siap berebut sayur sawi
bagai.
Tips Membeli Barang Dapur
✅ Buat senarai barang yang perlu dibeli – check dulu
petik sejuk atau almari stok. Nanti ada tertinggal atau terlebih beli
✅ Bawa beg kitar semula sendiri – katakan TIDAK PADA
PLASTIK
✅ Bawa duit mengikut senarai barang nak beli - ikut bajet
✅ Periksa tarikh expired – Best Before dan Expired
Dates
Akhirnya dapat juga beli barang mentah mengikut list. Paling penting ikut bajet RM150. Cukup untuk stok makanan seminggu atau dua minggu. Biar penat task pertama tapi semua seronok sampai kecoh Pasar Besar Cheras dengar jeritan Love Food Hate Waste.
Check Point Kedua
Lokasi : PPRT Taman Mulia, Cheras
Task : Mengajar cara betul penyimpan barang dalam peti
sejuk
Barang dapur yang kami beli kat pasar tu sebenarnya
untuk keluarga terpilih di PPRT Taman Mulia. Jika korang nak tahu, penduduk
PPRT Taman Mulia sangat aktif mengamalkan konsep 3R dalam kehidupan seharian.
Sebab tu, Alam Flora ingin memberi penghargaan kepada keluarga tersebut. Lagi
pun BBL sangat tabik spring kepada penghuni PPRT Taman Mulia kerana walaupun
rumah level tinggi melangit, mereka tetap mengasingkan sampah dengan barangan
kitar semula seperti kertas, tin, plastik dan kaca.
Task kedua group ialah mengajar keluarga mengenai cara
betul penyjmpanan barang dalam peti sejuk. Setuju atau tidak, selama ini anda
main hentam letak je kan. Asalkan barang tu selamat sejuk membeku dalam peti
sejuk. Ini satu knowledge baru BBL dapat dalam kempen Love Food Hate Waste.
Praktis terus kat rumah ni.
Cara Menyimpan Barang Mentah & Makanan Dalam Peti
Sejuk Oleh Alam Flora
Bahagian Bawah Peti Sejuk
✅ Sayur dan buahan kena letak bahagian paling bawah
peti sejuk
✅ Asingkan antara buah dan sayuran. Nak senang wrap je
buahan dengan plastik. Buah seperti epal dan oren mengeluarkan gas ethelyne
yang membuatkan sayur jadi layu
Bahagian Tengah Peti Sejuk
✅ Katakan anda beli ayam/daging dan nak masak hari
ini, boleh letak di tempat bawah bahagian tengah peti sejuk
✅ Simpan telur bersama sarangnya untuk lebih tahan
lama– biasanya korang simpan kat side atas kan. Lepas ni ubah cara simpan telur
✅ Susu, yogurt dan produk berasaskan susu letak kat
sini
Bahagian Atas Petik Sejuk
✅ Sisa makanan telah di masak, minuman, makanan sedia
dimakan simpan sini
Bahagian Sejuk Beku
✅ Simpan bahan mentah seperti ayam, daging kat sini
Dah siap susun barang beli tadi dalam peti tuan rumah. Cukup stok untuk seminggu dua ini. Lagi pun bila guna tips di atas, at least bahan mentah boleh tahan lebih lama dan tak mudah rosak atau busuk.
Kebetulan keluarga tugasan ialah Mageswary A/P Selladurai, lengkap 1Malaysia menyokong kempen Love Food Hate Waste. Terbaiklah keluarga Mageswary A/P Selladurai sentiasa amal konsep 3R dari rumah.
Kemudian tuan rumah memberi kami barang kitar semula untuk di buang dalam tong sampah kitar semula yang disediakan oleh pihak Alam Flora di perkarangan PPRT Taman Mulia.
Yeay done task kedua tengahari tu
Check Point Ketiga
Lokasi : Restoren Chawan
Task : Katakan tidak pada bekas polistren & Love
Food Hate Waste
Kat sini ada task no 3. Ala simple je tugasan tu –
habiskan makanan. Makanan setiap blogger telah disediakan dalam bekas Tupperware.
Terima kasih Alam Flora untuk door gift mug Alam Flora. BBL makan Roti Jalan
bersama Kari Ayam dan minum air Jus Epal Asam Boi.
Melalui task ni, Alam Flora nak didik para blogger
betapa mudahnya jika tapau makanan dalam bekas Tupperware ni.
✅ Tak payah kipas mati nak buka getah ikat plastik lauk
tadi
✅ Bekas Tupperware kecik, jadi mungkin anda makan
dalam portion kecil – boleh diet uools
✅ Bekas Tupperware senang cuci dan boleh guna lagi
esok, lusa, minggu depan
✅ Mesti makan
sampai habis – Geng Love Food Hate Waste kan
Confirm BBL buat task no 3 dengan jayanya sebab lapar.
Habis licin Roti Jala, tambah lagi Kari Ayam tu agak sedap.
Task no 3 complete!
Check Point Empat
Lokasi : Kompleks Sukan Futsal, Presint 18 Putrajaya
Task : Cabaran Rojak Buah dan Projek Terrarium
Ingat task pertama kitorang tadi, ala yang cabaran
beli barang dapur kat pasar tu. Lupa nak bagitau, semasa sibuk beli sayur-sayur
tu ada side task. Setiap blogger kena beli buah untuk buat rojak buah. Ha, kat
Restoren D Patin ini kami menjadi chef segera sesi cabaran rojak buah.
Setiap buah ada kulitnya kan, sebenarnya itu pun
sebahagian dari sisa makanan yang korang buang setiap hari. Lebih elok jika
sisa kulit buah tadi, kumpul dan boleh buat baja kompas.
Dalam masa 20 minit geng blogger laju-laju potong buah
untuk siapkan rojak buah. Alhamdulilah sempat siap. Inilah rojak buah resepi
segera Google : Rojak Buah Bunga Rafflesia Malaysia. Kan rakyat Malaysia hidup
majmuk. Sedap atau tak?
Confirm sedap!
Di Kompleks Sukan Futsal Presint 18, Putrajaya
terdapat Pusat Pengkompos Sisa Makanan (Food Waste Composting) yang mula
operasi Jun 2015. Kat sini mesin memproses baja kompos telah disediakan oleh
Alam Flora. Kebiasaanya, proses kompos akan ambil masa 30-40 hari sebelum sisa
makanan tadi menjadi sebati dengan tanah. Jika anda mempunyai restoren atau
tinggal sekitar Putrajaya, sila hantar sisa makanan kat sini ya.
Weh ada task final. Ni projek senang dan fun nak
menagis. Dengan guna baja kompos tadi, kami kena deko taman mini terrarium
dalam balang. Cute betul tanam kaktus dalam tu. Well you know, pokok kaktus tak
suka ‘minum’ air selalu, so tak payah kena siram hari-hari.
Tada hasilnya taman terrarium Alam Flora – Love Food
Hate Waste
Penghujung petang, semua bloggers serta marshal
program Love Food Hate Waste di raikan dalam suasan taman di Taman Warisan
Putrajaya. Wut..wut.. tak sabar emcee umumkan blogger yang menang.
# Best Photo – Most Likes
and Shares Photo/Video: All Categories
# Best Fridge Storage Plan – Separation at Sources: Best Photo
# Best Fridge Storage Plan – Separation at Sources
Blogger paling win Bloggers Hunt Love Food Hate Waste ialah
Gold Award: Akak Ayu Rafikah
Silver Award: Mawardi Yunus
Bronze Award: Akak Diya Nadia
Yeay tersangat seronok dapat join event Love Food Hate
Waste 2016. Terima kasih Alam Flora untuk expensive knowledge kesedaran sisa
makanan kepada rakyat Malaysia.
Jadi wahai penduduk Malaysia, tak susah sebenarnya bersama-sama menjadi seorang yang cinta alam sekitar dengan langkah mudah Love Food Hate Waste. Ingatlah, bumi ini sebenarnya kita pinjam dari anak cucu kita. Jagalah lestari alam sekitar demi masa depan anak cucu warisan.
Nak check out lebih tips Love Food Hate Waste & 3R
– Recyle, Reuse, Reduce
jom follow Alam Flora
BBL ~ membazir kan tak baik
o( ̄ρ ̄)o
Ai tak kan baca
sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....
1 Budak Suka Minum Bandung Laici
bagus sangat kempen ni..bila bulan puasa nanti lagi la bnyak sisa makanan yang dibuang. saya pun selalu juga buat baja kompos ni. Nasi yang tak habis buat baja..
ReplyDelete