Mari Menyokong #LoveFoodHateWaste Bersama Alam Flora

8:33 PM

Assalamualaikum & hello there,

Cuba bayangkan situasi bawah ni

sumber: zasinfinity.com

Di kenduri kahwin anak jiran sebelah terhidang buffer makanan. Dah confirm banyak pilihan makanan main dish kan. Belum campur lagi booth desert siap ada mesin aiskrim lagi. Confirm penuh pingan anda dengan nasi beriani, lauk ayam, sambal daging tok, arca darca, ayam golek, daging bakar, lauk tu, sambal ni, itu ada side kueh, pudding, macron & biskut. Mesti penuh habis pingan tu.

Selepas 10 minit makan…

Nasi tak habis, sambal daging tak sentuh, ayam goreng tak habis, puding makan separuh, itu ini tak licin

At the end – membazir

Don’t get it?

Katakana korang planning nak pergi pasar malam kat taman sebelah. Mesti dah terlintas nak beli bermacam makanan, kebetulan gaji baru masuk pagi tadi. Wah penuh beg plastic kiri kanan sampai naik kebas jari manis

Bila kat rumah selepas habis makan dan kenyang…

Ayam golek tak makan habis, murtabak ayam raja makan separuh, roti jala makan dua keping, air laici kang tak minum, sate ayam ada lagi 5 batang, rojak buah tak makan habis sebab sos terlalu pedas, steamboat pun tak habis.

At the end semua baki makanan tadi masuk tong sampah

Dan ini statistik jumlah pembuangan sisa makanan oleh isi rumah di Malaysia. Bayangkan  jumlah makanan yang tidak disentuh boleh buang macam tu sahaja. 


Tak lama lagi bulan Ramadhan akan tiba dan semestinya bazaar makanan adalah tempat terbaik mencari menu berbuka puasa selain berbuka di hotel atau restoren secara buffe. Ini ada satu kempen kesedaran untuk korang dari Alam Flora.

Tapi bukan praktis bulan Ramadhan je sebaliknya sepanjang tahun dan setiap hari semasa membeli makanan atau bahan makanan.

#LoveFoodHateWaste

Pernah dengar tak?

Actually Love Food, Hate Waste adalah satu kempen kesedaran di United Kingdom sejak 2007 dengan tujuan mengurangkan jumlah makanan yang di buang begitu sahaja. Bukan makanan tak habis makan tapi termasuk juga makanan yang belum disentuh & masih elok namun dibuang begitu sahaja. Sayang tak nak buang macam tu je kek velvet?

Negara lain turut mengikut jejak kempen Love Food, Hate Waste dalam usaha pembaziran duit dan menghentikan pembuangan berjuta-juta tan makanan setiap hari. Di Malaysia, Alam Flora menjadi organisasi pertama yang ingin mendidik rakyat Malaysia melalui cara #LoveFoodHaveWaste . Ia satu langkah sangat bijak ke arah negara maju demi menjaga lestari hidup manusia dan alam sekitar.

Tahu tak?

📌 Sisa makanan bukan sahaja memenuhkan pusat pelupusan sampah, tetapi mempunyai kesan yang serius terhadap alam sekitar juga. Apabila sisa makanan mereput akan mengeluarkan gas mentena yang mampu menipiskan lapisan ozon. Bahaya kan.

📌 Memproses, mengedar, menyimpan dan memasak makanan menggunakan banyak tenaga, bahan api dan air. Masing-masing mengeluarkan gas rumah hijau yang menyumbang kepada perubahan iklim.

📌 Dua sebab utama mengapa kita membuang makanan begitu sahaja makanan yang masih elok: kita memasak atau menyediakan dalam kuantiti terlalu banyak atau kita tidak menggunakannya dalam masa sepatutnya.

Tips Elak Pembaziran Makanan

 Buat senarai check list barang

Ini bagi mengelakkan anda membeli barang yang tidak perlu atau terlebih kuantiti. Periksa dahulu peti sejuk dan pastikan beli yang diperlukan sahaja.

 Guna bakul, elakkan guna troli

Jika barang tidak banyak, gunakan bakul. Ruang kecil bakul dan tenaga untuk mengangkat bakul mengehadkan ruang dan masa pembelian. 

 Elak belian secara pukal

Cuba beli barang secara pukal terutama bahan mudah rosak seperti bahan mentah untuk mengelakkan pembaziran jika tidak digunakan

 Teliti dan bezakan Expired Dates dan Best Before Dates

‘Best Before Date: masih boleh dimakan tetapi kualiti kurang
‘Expired Date: tidak sesuai untuk dimakan

 Organise peti sejuk dengan betul

Amalkan sususan makanan serta barangan secara betul  untuk mengelakkan pencemaran silang yang menyebabkan makanan cepat rosak


Ini tips Love Food Hate Waste hack yang mungkin anda boleh cuba di rumah. Nak lagi tips, boleh tonton menerusi YouTube. Sebenarnya banyak cara boleh cuba selepas korang tengok hack ini terutama tips mengelakkan makanan mentah seperti sayuran atau buahan menjadi cepat  rosak. 






Alam Flora Bloggers Hunt 2016
📌 So BBL nak share dengan korang, pada 18 Mei 2016 ini Alam Flora bersama 16 selebriti blogger akan bersama-sama dalam kempen #LoveFoodHateWaste sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ha jika korang nak tahu aktiviti kesedaran #LoveFoodHateWaste ini jangan lupa follow up Facebook, Twitter dan Instagram BBL nanti. Oh jangan lupa check out hastag #LoveFoodHateWaste di Instagram. 
BBL ~ hargai makanan elakkan pembaziran 
(ρ

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

7 Budak Suka Minum Bandung Laici