Keseronokkan Menginap Di Hotel Equatorial Melaka
5:41 PM
Assalamualaikum & hello there,
Selamat datang ke Melaka bandaraya bersejarah!
Bagi anda yang tengah planning nak bercuti ke Melaka pada hujung minggu ini atau cuti sekolah tu mesti tengah google senarai hotel yang ada sekitar Bandar Hilir kan. Apa kata kalau BBL cadangkan korang menginap di Hotel Equatorial Melaka ni.
Lokasi strategik tengah bandaraya Melaka
Salah satu point utama anda nak titik berat mesti lokasi hotel. Kalu boleh nak dekat dengan semua tempat best di Melaka tu. Well, you got at all!
Hotel Equatorial Melaka sangat dekat dengan lokasi ikonik seperti
👉 Sebelah Dataran Pahlawan
👉 Makhota Perade hanya lintas jalan
👉 A Famosa hanya di belakang hotel
👉 Menara Tamin Sari pun dekat
👉 Istana Kesultanan Melaka dekat jugak
Jadi jangan risau kerana korang tak payah naik teksi. Boleh jalan kaki je dari hotel terus ke tempat tumpuan pelancong. Boleh tengok Google Map ni.
Syurga Makanan Traditional, Warisan Nyonya dan International Cruise.
Soal makan jangan risau bila anda stay Hotel
Equatorial Melaka sebab ada banyak pilihan menu tersedia disini. Tunggu pilih saja.
K5 The Street
Bistro
Tahu tak usia K5 The Street Bistro ni? Pada Mei 2016
lalu, bistro ini menyambut ulang tahun ke 10 tahun. Paling excitednya, Dato Krt
Chris Murray ada share sedikit sejarah pada era kegemilangan Sultan Melaka, dahulu
hadapan K5 Bistro (jalan raya depan Dataran Pahlawan) adalah tebing Selat
Melaka tau.
Menu mesti try di K5 The Street Bistro ialah
✅ K5 Mee Goreng
✅ Nyonya Curry Laksa
✅ Penang
Prawn Mee
✅ Claypot
Chicken Rice
✅ Hokkien
Mee
✅ Nasi
Lemak Bungkus
✅ Penang
Assam Laksa
✅ Keropok Lekor (sangat lembut, sedap & tak banyak
kanji)
Actualy K5 singkatan dari Kaki Lima (5). Sangat sesuai dengan panorama sekitar K5 bercirikan rumah kedai klasik serta laluan pejalan kaki. Super autunitic feeling makan petang kat sini. Kalu korang nak tahu K5 Bistro beroperasi 24 jam, jadi kalau lapar tengah malam boleh call order. Penghantaran terus ke bilik hotel.
Rest House Café
Kebiasanya para tetamu hotel akan bersarapan pagi kat
sini. Namun Rest House Café masih dibuka untuk makan tengahari, minum petang
serta makan malam.
Sepanjang Jun dan Julai 2016 ini, menu harian utama makan
tengahari akan mengikut tema seperti berikut:
🕝 Isnin – international
🕝 Selasa – Oriental Delight
🕝 Rabu – Taste of Borneo
🕝 Khamis – Oishii Japan
🕝 Jumaat – Nasi Kandar
Selain tu, anda boleh menikmati hidangan berbuka puasa
bertema ‘Balik Kampung’ sepanjang bulan Ramadhan istimewa di sini. Boleh baca review DI SINI
Seri Nyonya Peranakan Restoren
Datang Melaka memang tak sah kalu tak pekena masakan
Nyonya. BBL sendiri teruja bila makan dalam restoren Seri Nyonya dengan hiasan
dalaman Baba Nyonya. Malah staff restoren juga memakai baju kebaya dan sarung
batik. Tambah lagi lagu dendangan juga dari irama klasik era 80 an pasti korang
terasa kembali ke zaman nostalgia.
Pengunjung dari Singapura amat suka datang makan
terutama keenakkan masakan asli warisan Nyonya.
Hotel Equatorial Melaka juga menyediakan aktiviti menarik seperti
📌 Kelas memasak Nyonya
Uniknya jika menginap di Hotel Equatorial Melaka, anda
berpeluang mengikuti kelas memasak menu Baba & Nyonya. Ataupun kalu dating by
group, boleh buat pertandingan memasak berhampiran kolam renang. Bunyi macam
seronok kan?
BBL sempat belajar masak menu warisan Nyonya iaitu
🍯 Ayam Pongteh
🍯 Udang Lemak Nenas
🍯 Apam Balik Nyonya
Setiap kelas ini seorang chef dapur akan guide korang
cara masak menu tersebut. Temph hari Chef Rubayah Md. Zain ajar kami. Tak susah pun walaupun anda
takut nak masak. Takut terkena pecikan minyak panas la tue. Menu pun sangat
simple dan mudah untuk diikuti. Boleh feeling jadi chef two, three and four.
Dah siap masak resepi cukup mudah. Walaupun kami kekok nak masak tapi hasilnya sangat sedap sampai chef puji sedap. Dah boleh apply kerja department kicthen
Selesai tamat kelas memasak, setiap pelajar akan ‘konvo’
ala Master Chef Nyonya dan diberikan sijil penghargaan dari pihak Hotel
Equatorial sebagai signature kemahiran memasak masakan traditional masyarakat
Nyonya Melaka. Fuh dah boleh buka restoren Baba Nyonya kan.
📌 Kelas tarian Zumba
Cuaca kat Melaka tengah hujan atau malas nak keluar
jalan-jalan? Keluarkan peluh dengan menyertai kelas Zumba di Gymnasium yang
telah disediakan oleh hotel. Setidaknya anda berasa ringan dan puas dapat
keluarkan peluh tanpa perlu keluar dari hotel kan. Bagi kaum adam yang tidak
boleh miss out schedule latihan sado, jangan risau kerana di Hotel Equatorial
Melaka anda masih boleh workout dengan alat senaman kat sini.
📌 Berehat bagaikan ikan duyung di kolam renang
Untuk korang yang mahu berenang, boleh ke kolam renang
Oasis on the Fourth berada level 4 hotel. Turut tersedia kolam renang untuk
kanak-kanak. Oh ya, size kolam sangat besar serta luas. Pergilah berenang
sepuas hati hingga ke malam.
📌 Gelangang tenis
Di Hotel Equatorial Melaka juga ada gelangang tenis untuk
korang bermain tenis pada waktu pagi atau petang sebagai rutin exercise. Lepas
penat main tenis boleh terus terjun ke kolam renang yang terletak bersebelahan.
Bagi BBL inilah perfect weekend gateway untuk anda habiskan masa bersama keluarga atau sahabat Hotel Equatorial Melaka. Tak payah tunggu keluar dari hotel, boleh menikmati ketenangan dan keseronokkan dengan aktiviti bersama Hotel Equatorial Melaka.
Berminat untuk datang menginap di Hotel Equatorial Melaka?
Anda boleh terus membuat room booking di link bawah
Untuk info terkini, check out link berikut
BBL ~ selamat bercuti ke Melaka
o( ̄ρ ̄)o
Ai tak kan baca
sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....
0 Budak Suka Minum Bandung Laici