Cara Buat Side Income Dengan Kereta Je

10:21 PM

Rata-rata penduduk malaysia terutama kat bandar metropolitan Kuala Lumpur, Johor Bharu, Penang & Ipoh mempunyai kereta sendiri. Komiment bulanan seperi sewa rumah/ansuran rumah, bil-bil, duit saku sekolah anak, perbelanjaan barang dapur, tol dan parking yang banyak mungkin menyebabkan korang pening kepala ketika membuka dompet yang tak akan 'full charger" walaupun caj semalaman. Selain idea tambah pendapatan dengan berniaga atau bekerja sambilan, sebenarnya anda boleh buat side income dengan guna sepenuhnya sumber yang ada iaitu kereta. 

Caranya mudah sahaja cuma tepuk dada, tekan minyak..


- Jadi driver Uber/Grabcar

Rasanya tak perlu lagi BBL lecture 200 patah perkataan tentang perkhidmatan ride sharing ni. Kini coverage uber/grabcar dah meliputi seluruh malaysia termasuk bandar-bandar utama setiap negeri. Contohnya kat Johor, grabcar dah available di JB, Muar, Batu Pahat dan bakal meliputi semua daerah tidak lama lagi.

Boleh cakap, uber/grabcar antara cara pantas anda dapatkan cashmoney dari setiap trip perjalanan. Itu belum termasuk isentif dari pihak uber/grabcar untuk setiap driver. Tidak semestinya perlu full time memandu hantar passengers, maybe cukup hanya hujung minggu atau waktu malam selepas tamat waktu bekerja asalkan memenuhi minimal task. Percayalah anda boleh jana hampir RM5K setiap bulan. Tidak setakat itu, Grabcar juga prihatin dengan driver siap menawarkan ganjaran seperti potongan diskaun maintenance kereta, rebat petrol, voucher makan minum sebagai menghargai penat lelah para driver.


Register - Uber
Register - Grabcar 

- Tampal iklan moola pada kereta


Pernah lihat iklan kat body kereta (pintu atau bonet) waktu stuck dalam trafik jem? ala macam iklan kat teksi tu, tapi kereta biasa. setakat ni BBL nampak banyak kereta Perodua Axia dengan iklan Traveloka.

Kalu anda nak tahu, Moola adalah satu cara pengiklanan pada body kereta. means sticker iklan akan ditampal pada kereta dan anda perlu drive seperti biasanya serta memastikan iklan tersebut dilihat seramai mungkin pengguna jalan raya. Jika anda jenis selalu keluar office pergi on site, driver uber/grabcar, acap kali jumpa klien sekitar lembah Llang amatlah di syorkan. 


Korang boleh memilih jenis iklan nak ditampal pada kereta dan biasanya durasi kempen hingga dari 3 hingga 6 bulan atau bergantung pada brand/advertisers. Segala tracking perjalanan akan diselia melalui applikasi Moola, sama seperti Grabcar/uber. Paling best setiap kempen dibayar hingga RM800 sebulan dengan jarak memandu 35km setiap hari (bergantung pada kempen) dan insentif akan diberikan kepada anda jika anda mencapai lebih ramai viewers. Senang cerita, makin ramai orang tengok iklan pada kereta anda, makin besar bonus bakal dapat. 

Basic requirements cukup mudah, kereta anda mestilah dalam keadaan baik, berusia kurang dari 10 tahun, sticker iklan akan dipasang kat kedai auto rise dan selepas itu dah boleh show off iklan tersebut. 


Contoh iklan Moola pada bonet kereta, semestinya design iklan cantik. Tak payah keluar duit pasang sticker merapu-rapu. 

Register - Moola

Setidaknya cara di atas boleh digunapakai oleh anda untuk mencari duit lebih. Macam cikgu BBL pernah cakap, kalu beli sesuatu yang mahal biarlah benda tersebut berguna dan memberi pulangan. macam kereta, selain boleh guna pergi kerja atau jalan-jalan at least boleh generate income dengan kereta tersebut. 

selamat memandu ya

You Might Also Like

7 Budak Suka Minum Bandung Laici