Review Buku Terbaru FIXI: RAHSIA

8:45 PM


“Kemilau cahaya penyeru semangat,
Semangat datang dlm mimpi
Mimpi bersatu roh dan jasad,
Sejasad sepadan 2 sukma hati,
Biar tujuh puncak menghalang,
biar 7 samudera menentang,
Siapa melawan nyawa melayang,
Selagi utuh daging daging dan tulang,
Kasihku sayang, marilah datang”

Haa, seram tak baca? Disebabkan tertarik dengan mentera ni, BBL dengan gigihnya menghadiri ke majlis pelancaran buku fixi terbaharu pada Ahad lepas, 2 July 2017 di Sunway Velocity, Cheras. BBL sebenarnya tidak pernah ke majlis pelancaran sesebuah buku baharu. Ini first time berjumpa dengan owner Fixi, Amir Muhammad dan penulis-penulis handalan lain seperti Nadia Khan, Shaz Johar, Mimi Loma, dan Faizal Sulaiman.

Full house guys!


Ada apa pada Rahsia?

BBL dah baca buku ni. Sehari settle semua. BBL rasa ni adalah antara novel Melayu seram yang pernah BBL baca. Cerita dia mengenai saka. Tetapi bukanlah cliche seperti keris-keris diasap, limau nipis diperah, ada hantu berterbangan ke sana ke mari menakutkan orang, dan perkataan “tiba-tiba dia terdengar”.

Semua elemen-elemen seram tipikal filem Melayu tiada dalam Rahsia.

Jalan cerita santai dan mudah difahami walaupun tajuknya Rahsia.

Menurut Faizal Sulaiman, selaku penulis Rahsia, cerita ini 70% berdasarkan pengalaman kawannya.

Haaa cerita benar lettew, patutlah meremang bulu roma bila baca.

Pada mulanya Faizal agak skeptikal mengenai idea cerita seram klasik yang bertemakan saka. Namun setelah mendengar cerita dari kawannya, ianya merupakan satu perspektif segar yang menarik untuk dikupas.

Menurut penulis, watak-watak dalam Rahsia semuanya dirujuk dari real life character dan ada sedikit pengubahsuaian. Satu perkara yang menarik perhatian BBL adalah ada satu nama watak yang unik di dalam Rahsia iaitu “Dewi Valeria Anindyawati Zafrosky Lee”.

Semput nak sebut.

Watak ini sangat penting. BBL merasakan watak ini adalah leading character. Jarang BBL jumpa dalam novel Melayu watak utama adalah satu entiti misteri.


feedback dari mereka yang dah habis khatam Rahsia




Jadi, pada peminat novel seram dan peminat novel Fixi, anda boleh mendapatkan salinan istimewa dari Papirus Terbang selaku agent dropship rasmi Fixi. Korang boleh add fanpage Papirus Terbang di facebook dan ikuti twitter mereka iaitu @PapirusTerbang. Setakat ini, Papirus Terbang hanya mempunyai 8 naskah Rahsia yang bertandatangan penulis.

BBL bagi 4.7/5. BBL tak puas hati! BBL nak sambungan Rahsia!

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL