Rasai Menu Lautan Seafood Di Nook, Aloft KL Sentral

10:47 PM


Bayangkan pelbagai ikan laut, salmon, ketam, sotong, kepah, lala, tiram dan udang terhidang segar depan mata anda. Itu belum lagi menu berasaskan seafood seperti grill, stim, masak pedas, tomyam mahu pun mentah menusuk kalbu deria bau. Yes, jika anda seorang pengemar makanan laut harus datang ke Nook, Aloft KL Sental untuk menikmati buffet ini. Hujung minggu lalu BBL berpeluang merasai pengalaman menjamu selera bertema "Treasure of the Sea"


Bagai orang mengantuk disorok bantal, itulah kata-kata yang boleh BBL ucapkan bila melihat lautan hidupan air dihidang segar berserta menu-menu lazat lain. Yelah orang pantai timur berpisah tiada dengan makanan laut.  Restoren Nook, Aloft KL Sentral kini tampil dengan sajian seafood untuk dijamu kepada anda. 


Menawarkan pilihan terbaik dari laut, para tetamu bakal menikmati pelbagai menu seafood tersedia segar, hidangan panas hinggalah mee. Anda boleh memilih udang, tiram, kerang, ketam, sotong atau kerapu merah untuk menjadi sajian. 

sotong segar

tiram mentah

wah seronoknya

juga jika anda ingin seafood bakar pun ada

Sebagai pembuka selera, hidangan salad buah atau salad boleh dijadikan menu pertama sebelum serang masakan lain. Kecur air liur melihat buah-buahan kat sebelah tu.


Nook juga menawarkan masakan all-time favorite termasuk Baked Seafood Parcel, Braised Giant Grouper Fish Head with Ginger Dark Bean Sauce, Wok-fried Squid Kam Heong Style, Poached Tiger Prawns with Herbs and Wolfberries, Oyster Rockefeller, Giant Grouper with Spicy Tamarind Gravy, Spicy Steamed Mussel with Vermicelli, Wok-fried Flower Carb with Sarawak Pepper, Wok-fried Prawn with Creamy Butter Sauce dari dapur Nook.

ini dia baed whole Garoupa with dill cream sauce

cheezy crab cake


seafood au gratin


squid in coconut milk gravy


prawn sambal with stinky bean


crab curry


poached tiger prawn with herbs and wolfberries


rotisseries chciken


 roasted zucchini

seafood tomyam

Jika anda nak tahu, Nook sangat terkenal dengan tawaran makanan berinpirasi menu tempatan dan antarabangsa dari breakfast, lunch and dinner. Pastikan jangan terlepas merasai Laksa Sarawak yang cukup terkenal dalam kalangan pelanggan tetap Nook. Yang penting paste kuah laksa didatangkan dari Sarawak bagi menjamin keasliannya.


Sebagai penutup sebelum pulang, nikmati variasi pencuci mulut tempatan dari air batu campur, ais krim potong hinggalah international desert. Atau makan saja rojak buah bersama hirisan buah tembikai, mangga, betik, nenas atau jambu air. 

 make our own ABC

 blueberry cake :)

 caramel cheese cake

rainbow skewer

 Chestnut jelly

 Hazelnut creme brulee

caramel pop-corn

"Treasure of the Sea" sudah availabe di Restoren Nook bermula 7 Julai 2017 hanya pada hari Jumaat dan Sabtu dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam pada kadar RM 138 neet untuk orang dewasa dan RM 69 untuk kanak-kanak. Untuk tempatan, boleh hubungi 603 2723  1188 atau layari www.aloftkualalumpursentral.com

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Semua pun nampak sedap BBL ni tau. Hurm. Hahahaha.

    p.s : sorry lama gilaaa tak singgah. ^_^

    ReplyDelete
  2. Next time ajak akak...opis akak sebelah ni je ha...sampai ati tak lambai...nak gak makan seafood free...

    ReplyDelete