Cara Nak Menang Tiket Premiere Screening Movie Percuma

11:20 PM


Ada pembaca blog tanya, kenapa sekarang dah tak update entri #MovieReview macam sebelum ni. Biasanya kalu ada keluar movie terbaru mesti BBL jadi orang pertama tonton cerita tersebut. Maaflah admin sekarang dah bekerja, so waktu agak terhad. Dulu zaman study boleh la curi-curi tengok wayang sebelum pergi kelas. 


Tapi sekarang rasaya lagi advance boleh tengok latest movie awal dari date release. Yup secara ekslusif dengan premiere screening atau dalam bahasa melayau - tayangan perdana. Jika anda follow BBL di instagram mesti perasan biasanya hari Selasa atau Rabu akan keluar gambar saya dengan tiket premiere screening di timeline korang. So kali ini BBL nak share cara nak dapatkan tiket premiere screening secara percuma.

1. klips.says.com    

Boleh dikatakan KLIPS antara portal khas untuk mereka yang kaki wayang. Selain menyajikan berita terkini tentang upcoming movie dan offcial trailer, korang boleh join peraduan untuk menang tiket premiere screening dan limited merchandise. Rasanya setiap minggu mesti ada giveaway & contest movie tiket terbaru. Cuma kena alert dan mesti buka KLIPS setiap hati. Make sure anda set Post tersebut dalam mood "Public"untuk task share ke laman FB atau Twitter. Jika tidak, disqualified.



Ha pengemar gosip artis tempatan mesti kenal abam Budiey bukan. Laman Budiey.com bukan sahaja ada cerita perkembangan selebriti terkini tetapi turut mempunyai fan club tersendiri iaitu Budieyators. Kat sini korang boleh menyertai peraduan untuk mendapatkan tiket premier screening selain dapat selfie bersama artis jemputan sebelum masuk ke hall. Requirement untuk join contest agak tough sikit terutama part buat slogan. Jika korang jenis otak brilliant dengan idea cun, maka peluang nak menang sangat besar. Jangan lupa follow instruction contest betul-betul ya.


3. thevocket.com   

Oh this my most favorite online portal on earth. Memang menjadi rutin setiap pagi dalam tren ke office mesti baca theVocket untuk tambah ilmu dan update dengan latest issues. Ada banyak segmen infomasi anda boleh baca dan setiap content daily up to date. Terbaru #VocketPremiere diperkenalkan untuk belanja korang tiket tayangan perdana secara ekslusif. Rajin-rajin buka tau


4. hype.my

Portal hiburan berbahasa inggeris ini sangat padat dengan entri terkini tentang dunia hiburan tanah air serta antarabangsa turt menawarkan peraduan premiere screening dan offcial merchandiser yang boleh korang menangi.  Ini pun antara port fav BBL join contest untuk menang tiket wayang percuma.



Laman Facebook pencinta movie ni pun ada jugak buat giveaway tayangan perdana untuk para likers fanpage. Anda boleh cuba sertai contest yang mereka anjurkan


6. www.astro.com.my

Ha, anda yang ada ASTRO kat rumah pun jangan lupa sertai peraduan anjuran stesen berbayar ni. Biasanya contest tiket movie percuma akan appear kat Astro Circle. Yang bestnya selain dapat tiket movie, pihak pengedar movie akan bagi sekali dengan goodie bags berisi barang edisi terhad. 


Selain menjadi website nak check showtime movie sebelum pergi GSC ioi mall, kat sini pun ada buat contest premiere screening dan offcial movie merchandiser. Sebelum tu korang kena create akaun dulu then baru boleh join. Kebanyakkan soalan senang direct je dari description movie boleh tahu jawapan. Tak payah Google teruk.

Actually ada banyak lagi website lain cuma tak active sangat macam portal di atas yang memang lubuk utama tiket premiere screening. Apa-apa pun jangan lupa sertai tau. Mana tahu dapat jumpa BBL sewaktu que collect tiket nanti. Ahak!

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. woaaah.. rajinnya nanti CT pun nak cubalah hehe..

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL