Chow Kit Trade Center (CKTC) Pusat Borong Terbaru Kuala Lumpur

11:42 PM


Sebut sahaja nama tempat Chow Kit KL mesti terlintas tentang pusat borong murah kan. Tudung, kain, baju seluar, kasut, jam, pekakas dapur, mainan kanak-kanak, peralatan perkahwinan, hiasan rumah, barang kecantikan diri dan banyak lagi semua boleh dibeli secara pukal dan harganya lebih murah. Peniaga online dan usahawan muda selalu datang ke kawasan Chow Kit untuk beli barang jualan. 

Terbaru satu lagi pusat borong sehenti bakal dibina oleh New Pradise Development dibawah payung syarikat VINSON Group bermula hujung tahun 2017. Menariknya Chow Kit Trade Center atau bakal kenali sebagai CKTC setinggi 10 tingkat bakal menjadi hub terbaru untuk para peniaga mendapatkan barang borong. Projek CKTC dijangka siap pada penghujung 2019 kelak. 


Chow Kit sendiri mempunyai sejarah lebih dari 50 tahun sejak mula dikenali umum, oleh itu New Paradise ingin memberi inspirasi baru kepada lubuk perniagaan borong ini. Menurut Dato' Micheal Lim, pengasas VINSON Group berharap apabila CKTC siap nanti, ia bakal menjadi house of whoselers Kuala Lumpur. 


Menurutnya lagi, MK Curtain - selaku peneraju kedai tirai dan langsir di Malaysia bakal membuka cawangan dengan bilik pameran terbesar di tingkat 7. Manakala di tingkat 6 akan menempatkan kedai kasut Hypershoe - salah satu syarikat bawah Vinson Group. Selebihnya ia bakal menempatkan pusat borong barangan kosmetik, perkakas dapur, pealatan perkahwinan dan rempah ratus


Antara daya tarikan utama CKTC adalah sky-dining food court bercirikan Melayu Tradisional yang akan menawarkan pelbagai jenis sajian serta minuman tempatan di tingkat atas CKTC. Lepas ini anda boleh menikmati air batu campur bersama mee kari berlatar belakang bangunan berkembar KLCC.


Selain itu CKTC juga berhampiran dengan kemudahan awam seperti Monorail Chow Kit, LRT Kampung Baru, LRT PWTC, Terminal Bas Pekeliling dan UTC Pudu Sentral. Tiada masalah jika anda datang nanti. 


CKTC akan mempunyai 254 lot perniagaan dengan keluasan lantain 52 hingga 181 kaki persegi. Harga jualan bermula serendah RM 101, 400 (RM 1 950 - RM 7 800 kaki persegi). Bagi anda ingin mempunyai cabang hartanah bersama CKTC boleh datang ke bilik pameran CKTC untuk maklumat lanjut. 


You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici