11 Tempat Menarik MESTI Lawat Di Ipoh, Perak

2:09 AM


Hai semua! Nampaknya cuti sekolah around the corner. Mesti terfikir ke mana lokasi best harus anda tujui. Tak perlu pergi jauh kerana negeri Perak ada pelbagai tempat manarik dan penuh mengujakan menanti kedatangan anda. Berikut BBL senaraikan tarikan sesuai untuk kungungi. Let's start & drive!


1. Memory Line @ Loken (Pasar Karat) Ipoh

Dibuka seawal jam 7 pagi hingga tengahari setiap hari Ahad pastinya Pasar Karat wajib pergi jika datang  ke Ipoh. Bermacam barang antik, klasik, unik, pelik dan edisi terhad ada dijual seperti barang yang pernah guna waktu zaman kecil. Rata-rata pengunjung Momory Line merupakan peminat barang antik dan pengumpul barang lama. Fuh rasa diri dah tua bila tengok item-item zaman era 1900an dan awal 2000 macam duit lama, kaset, buku cerita, mesim taip, streka bara, basikal tua dan banyak lagi. Ibaratnya free muzium la ni. Mana tahu boleh terjumpa barang yang pernah korang gunakan dulu ada dijual kat sini. Rujuk entri ini


2. Old Town White Coffee Ipoh

Ipoh sangat terkenal dengan keunikan white coffee tersendiri. Terletak berhampiran Pusat Penerangan Pelancongan dan Majlis Bandaraya Ipoh, BBL syorkan anda datang breakfast disini. Sebelahnya terdapat mural Uncle White Coffee sebesar alam untuk korang bergambar sebelum singgah isi perut. Lagi pun bangunan kopitiam ini sangat klasik dan berusia lebih 50 tahun okay.


3. Funtasy House Trick Art

Tarikan terbaru kat Ipoh ni mestilah indoor mural painting. Terletak di Jalan Market berhampiran dengan Birch Memorial Clock Tower boleh jadi wishlist tempat anda perlu singgah di sini. Kadar bayaran cukup berpatutan iaitu RM15 dewasa dan RM10 kanak-kanak. Jangan risau staff Funtasy House sangat friendly tolong ambilkan gambar korang.



4. Movie Animation Park Studio (MAPS)

Oh rasanya tak perlu lagi BBL perkenalkan tarikan paling hangat kat Ipoh ni. Kini dah 80% attraction utama telah dibuka kepada pengunjung. Fuh anak-anak anda mesti suka dan teruja datang ke sini memandang ada ikon terkenal seperti Casper, Megamind, Mr Peaboy & Sherman, The Coors, The Smurfs dan BoboiBoy. Ikuti pengalaman BBL di sini.


5. Gunung Lang

Sebelah petang, apa kata datang singgah ke Gunung Lang menikmati keindahan batu kapur dan tasik Gunung Lang. Malah Majlis Bandaraya Ipoh telah menambahbaik kawasan ini dengan pembukaan mini zoo, tiga buah rumah kutai (rumah tradisional Perak), treak basikal & jika bernasib baik dapat tengok layang-layang dalam gua kapur. Malah anda boleh memberi makan ikan kap, ikan keli Afrika dan ikan Kaloi dalam tasik. 



6. Kampung Kacang Puteh 

Sebelum pulang ke destinasi, apa kata singgah beli ole-ole pelbagai kacang sebagai kudapan dalam perjalanan, Terkenal dengan harga jualan kacang sangat murah, tak hairalah Kampung Kacang Puteh sentiasa dipenuhi dengan pelancong tempatan dan asing. Belum cerita musim perayaan sampai penuh dengan orang datang borong kacang. Menurut salah seorang peniaga disini, kampung ini telah wujud sejak tiga generasi lalu. Rujuk blogspot ini ye


7. Kapal Korek Tanjung Tualang No.5 (TT5)

Buat yang tak pernah melihat saiz kapal korek, inilah tempat harus korang kunjungi. TT5 merupakan satu-satunya kapal korek yang masih wujud di Malaysia. Selain dapat merasai pengalaman berjalan dalam dek kapal, jangan lupa pelajari cara mendulang biji timah. Buah tangan seperti cenderahati dan tshirt boleh anda beli tanda menyokong usaha memulihara artifak sejarah ini. BBL ada update entri mengenai TT5 DI SINI


8. Refarm Leisure 

Tidak jauh dari bandaraya Ipoh, tersembunyi satu pusat rekeasi keluarga menarik yang perlu anda lawati. Aktiviti seperti mandi kolam air bukit, berbasikal, jungle trekking, menyauk ikan dan melihat haiwan mini zoo boleh dilakukan bersama anak-anak. Puas berseronok boleh makan di restoren Refarm. Semua bahan masakan sayur, ikan, ayam ditanam dan dibela sendiri oleh pemilik restoren demi menjaga kualiti setiap hidangan. Baca selanjutnya DISINI


9. Gaharu Valley

Terletak di Gopeng, rasanya anda perlu melawat hutan emas ini. Mempunyai lebih dari 200, 000 ribu batang pokok gaharu membuatkan diri teruja melihatnya. Teh Gaharu pun baik untuk kesihatan dalaman. Pemandangan lembah gaharu mengasyik terutama waktu pagi. Nak bau wangi boleh beli minyak gaharu disini.


10.  Natural Exotic Fish Fishing Pond 

Kepada kaki pancing atau ingin merasai keseronoknya dapat pancing ikan sepantas 5 minit, boleh senangkan diri datang ke pusat pancing ini. Terdapat banyak ikan baung, keli afrika dan beberapa spesis lain menanti anda. Saiz ikan pun boleh tahan besar hingga mencecah 30 kg setiap ekor. 


11. Mural Art Tanjung Malim

Ha dah nak dekat sempadan Selangor ni. Pekan klasik ini sekarang dah berwajah baru dengan tarikan lorong mural art berhampiran stesen bas Tanjung Malim. Lukisan berwarna warni memang worth it untuk upload ke instagram atau facebook.

-------------------------------------------------------------------

Tips ini dibawakan oleh Colours of Lives Travelogue Malaysia yang dianjurkan oleh Borakkita.com, dan disokong oleh Tourism Malaysia.

Terima kasih kepada Tourism Malaysia kerana mengiringi kami, dan juga terima kasih kepada Perodua MalaysiaWangi World HqCanon Malaysia888tea kerana menjadi penaja kami dan mempercayai kami

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici