Mandi Air Bukit, Bagi Arnab Makan & 11 Aktiviti Menarik Di Refarm Leisure Kampar

6:58 AM

Bestnya datang mandi manda kat Refarm Leisure Resort. Puas main air boleh tengok haiwan kat mini zoo. Bukan main suka budak-budak tengok arnab comel dan anak kambing. 

depan villa ada mini air terjun dari bukit sebelah

Itulah antara kenangan indah BBL alami semasa datang ke Refarm Leisure Resort. Keluasan Refarm melangkaui 26 ekar ladang rekreasi yang terletak di Kampar, Perak. Lokasinya kira-kira 4 kilometer dari Bandar Kampar, terletak disebelah kiri jalan menghala ke arah Temoh dan Pekan Tapah.

Bagai hidden gems, Refarm dikelilingi oleh bukit-bukau dan hutan semulajadi. Malah air terjun dalam hutan dalam sumber berharga kepada Refarm. Sistem paip sepanjang 1.2 kilometer yang dipasang dari hulu air terjun membekal air bersih untuk tanaman dan haiwan ternakan termasuk ayam, ikan dan kambing.

kolam mandi air bukit

Di Refarm, mereka menghasilkan baja organik dengan mengitar semula najis haiwan dan sisa-sisa tumbuhan. Semua ini akan diproseskan dan akan menjadi baja melalui kaedah penapaian. Baja organik adalah baja yang terbaik dan paling mesra alam dimana ia memberi nutrisi yang cukup dan juga mengekalkan zat-zat penting kepada tanaman.

Sesuatu yang menarik tentang Refarm ialah mereka juga tidak akan membuang sayur-sayur dan buah-buahan yang berkualiti rendah. Sebaliknya, ia akan dijadikan sebagai makanan ternakan. Inilah konsep Refarm iaitu kitar semula dan tiada pembaziran.

anda boleh dapatkan madu lebah kelulut disini

Penginapan Pada Harga Berpatutan

Bagi anda yang ingin merasai pengalaman bermalam dan menghirup udara segar di sini, pihak Refarm turut menyediakan bilik penginapan berkonsep unik.

Penginapan Ladang
Bilik Gua: untuk 2 orang sahaja
Bilik ini dibina dengan menggunakan 7 kaki x 7 kaki simen kabat, seluruh bilik dalam bentuk bulat. Nampak tak betapa inovatifnya


Bilik Kabin: untuk 4 orang sahaja
Manakala bilik jenis ini menggunakan kontena besar dengan konsep alam mesra sekitar.


Bilik Batu Bata: untuk 6 orang sahaja
Uniknya bilik ini dibina dengan batu-bata untuk menyejukan bilik.


*sesuai buat team building atau  kem di sini

Penginapan Vila
Untuk 4-6 orang sahaja
Kepada mereka yang datang bersama anak kecil boleh memilih menginap di vila yang mempunyai kemudahan bilik tidur dan ruang tamu. Malah satu kolam renang juga tersedia bahagian belakang vila.


villa jenis double storage

 villa untuk family

 ada pool belakang villa

kamar tidur bersaiz king

BBL sangat tertarik dengan konsep Refarm yang menyediakan pelbagai aktiviti riadah untuk para tetamu. Anda boleh mencuba aktivti seperti
-          Mandi mandi di kolam air bukit
-          Menyauk ikan
-          Menunggang basikal
-          Bermain layang-layang
-          Jogging
-          Aktiviti air dengan bot pedal
-          Menimba ilmu sejarah kawasan Kampar melalui terowong TIME
-          Memberi makan kepada ikan, kura-kura, kambing, rusa, arnab, ayam serta itik

 basikal pun ada tau

antara haiwan cilik di mini zoo Refarm

Tidak cukup dengan itu, mungkin anda ingin mencuba sesuatu yang baru dan mencabar boleh melakukan aktiviti lasak seperti
-          Jungle trekking
-          Bergambar di kawasan air terjun
-          Menjelajah pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan hutan tropika

Atau meneroka pelbagai jenis makanan tempatan di Bandar Kampar yang hanya 4 kilomeyer dari Refarm.

Ha bercakap soal makan, rasanya rugi kalu anda datang sini tetapi tidak mencuba menu masakan di restoren Refarm. Bahan-bahan masakan restoren ini seperti kangkung, sawi, lada, kobis dan lain-lain ditanam sendiri oleh pemilik Refarm demi memastikan setiap masakan menggunakan sumber yang bebas dari serangga perosak dan mempunyai kualiti baik. Malah ikan dan ikan dipelihara sendiri dan ditangkap dari kolam. Air kolam pun sumber dari air bukit yang sentiasa mengalir ke kolam. Jadi, kolam sentiasa bersih dan rasa ikan tidak sama seperti ikan dibela dalam kolam biasa.

BBL sendiri mencuba air makisar yang dipetik segar sebelum diperah menjadi jus minuman makan tengahari. Fresh, manis dan rasanya lebih sedap.


Apa kata hujung minggu ini datang bersuka ria di Refarm Leisure Resort sambil berehat. Alah buat macam weekend gateway je. 

Website

Lokasi Refarm
Lot 6059, Jalan Temoh, Kampar
35350 Temoh, Perak

Datang je dengan PLUS highway
Dari KL, exit melalui Toll Tapah (exit 132)
Dari Ipoh, exit melalui Toll Gopeng (exit 135)

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici