Hotel Summit Signature Paling Berbaloi Di Slim River, Perak

12:42 AM



Puas berjalan sekitar Tanjung Malim, BBL singgah ke bandar Slim River. Nak balik KL dah lewat petang, risau mengantuk time drive nanti. Pusing-pusing area Slim River terjumpa Hotel Summit Signature. Tambah lagi lokasi hotel ni dekat dengan kedai makan, pasaraya dan plaza tol Slim River.

Hotel 8 tingkat ini mempunyai 65 buah bilik, bilik seminar, cafeteria serta kawasan parking yang luas. Btw Summit Signature berada bawah kelolaan Summit Hotels & Resorts. No wonder nama Summit macam familiar je. 

Okay, jom BBL bawa korang tengok bilik hotel.

 dua katil single..

well said wifi hotel laju & puas hati

 merenung ke luar jendela..cantik panorama Slim River

bilik mandi luas dan bersih

Harga Bilik Hotel

Summit Signature tawar harga berpatutan setiap bilik serendah RM94 sahaja. Ada tiga jenis bilik penginapan iaitu Standard Twin Room, Standard King room dan Executive Room. 

harga Standard Twin Room bermula dari RM94 

harga Standard King Room juga bermula dari RM94 

harga Executive Room bermula dari RM158

Tempahan boleh dibuat terus menerusi website www.summitsignaturehotel.com atau walk in ke recipient kaunter. 

Ikuti laman sosial Summit Hotel untuk tawaran promosi terkini

No telefon : 05-452 8993
email : sales@summitsignaturehotel.com

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici