4 Alasan Anda Patut Miliki Myvi 2018

8:00 AM



Alhamdulilah tempoh hari berjaya jugak BBL merasai pengalaman menggunakan The-All-New Myvi 2018 semasa program #TravelogueMalaysia ke Perak. Sepanjang drive, semua mata memandang je buah tangan terbaru dari Perodua Malaysia ini. Maklumlah Myvi antara carian paling tinggi dalam Google tahun lepas. Kereta favorite rakyat tempatan kan. 

Rasa bagi anda yang merancang memiliki kereta Perodua, apa kata ikuti pendapat BBL tentang versi terbaru Myvi 2018 ini. BBL ringkaskan kereta Myvi ini dengan tagline MYVI merujuk kepada -

M - Modern Technology
Y - Youthful Design
V - Versatile Space 
I - Intelligent Safety



 |M - Modern Technology |

Kalu anda nak tahu Perodua Myvi baharu ini memenuhi piawaian EEV peraturan Euro 4. Sistem 'Eco Idle' yang baru, reka bentuk aerodinamik dan penambahbaikan teknologi secara keseluruhan memberikan pemanduan bersih dan lebih ekonomik. Ada dua versi enjin EEV sama ada 1.3L atau 1.5L.


 | Y - Youthful Design (Reka Bentuk Serba Baharu) |

Manakala design body kereta tampil segar, aerodinamik dan anggun, direka untuk prestasi lebih superb. Memang sangat berbeza dengan 'abang-abang' sebelum ini. Funky untuk anda berjiwa remaja dan trendy.

 reka bentuk dari sisi depan

nampak lebih garang dari depan

lampu hadapan dengan LED

 dari belakang lebih agodinamik

 kemasan lampu belakang 

ini bukan sirip baby shark doo doo ye..btw antena radio ni cute!

 | V - Versatile Space |

Ruang dalam Myvi 2018 nampaknya lebih segar dan kemas. Nampaknya Perodua masih mengekalkan keluasan agak besar seperti model Myvi sebelum ini. Walupun dari luaran nampak agak rendah namun jangan terkejut apabila masuk ke dalam. Lihat saja gambar bawah ni.

pada stereng ada button Audio & "Pangilan Telefon"

paparan ikon pada meter 

bawah tu ada digital aircond contoler. Button besar tu Push Start Stop


Size bonet belakang pun agak besar sampai BBL sendiri muat dalam tu. Ha lepas ni tiada lagi alasan tak muat luggage besar korang tu.  Terkejut juga muat badan sendiri.

besar tak bonet tu boleh muat hingga 4 luggage bag..yang merah tu macam BBL punya je

| I - Intelligent Safety |

Bercakap soal keselamatan memang tidak boleh dipertikai lagi dengan Advanced Safety Assistant (A.S.A) yang membantu mengurangkan risiko kemalangan semasa memandu. Malah Myvi terbaru ini lengkap 6 Airbags iaitu hadapan dan bahagian tepi. Boleh tonton video berikut.


Harga Myvi 2018

Ni mesti tertanya berapa harga sebuah kan..berikut harga variasi Myvi bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak. 
*updated 9 Nov 2017

Myvi 1.3L G - Manual
Solid (RM)
Metallic (RM)
Semenanjung
44,300.00
44,300.00
Sabah
46,300.00
46,300.00
Sarawak
46,300.00
46,300.00
Myvi 1.3L G - Automatic
Solid (RM)
Metallic (RM)
Semenanjung
46,300.00
46,300.00
Sabah
48,300.00
48,300.00
Sarawak
48,300.00
48,300.00
Myvi 1.3L X - Automatic
Solid (RM)
Metallic (RM)
Semenanjung
48,300.00
48,300.00
Sabah
50,300.00
50,300.00
Sarawak
50,300.00
50,300.00
Myvi 1.5L H - Automatic
Solid (RM)
Metallic (RM)
Semenanjung
51,800.00
51,800.00
Sabah
53,800.00
53,800.00
Sarawak
53,800.00
53,800.00
Myvi 1.5L AV - Automatic
Solid (RM)
Metallic (RM)
Semenanjung
55,300.00
55,300.00
Sabah
57,300.00
57,300.00
Sarawak
57,300.00
57,300.00
Enam pilihan warna eklusif

Kali ini Perodua memperkenalkan enam variasi warna Myvi baru termasuk satu warna baharu iaitu Peppermint Green (metalic). Malah warna popular keluaran Perodua seperti Granite Grey, Lava Red, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White mungkin menarik minat anda. 


Malah Perodua turut memperkenalkan edisi Gear Up bagi korang mahukan kereta Myvi lebih sporty semasa meluncur atas jalan raya. Edisi ini lengkap dengan aksesori original Perodua seperti bumpers dan skirtings serta kemasan kulit pada kerusi. 



Apa tunggu lagi, dah boleh slow-slow gerak pergi showroom Perodua terdekat untuk test drive Myvi terbaru. Baru dapat feel apa yang BBL alami tempoh hari. Jangan lupa komen experince anda pandu Myvi ini okay. 

Ikuti Perodua Malaysia untuk promo terkini okay


-------------------------------------------------------------

oh ya Colours of Lives Travelogue Malaysia dianjurkan oleh Borakkita.com, dan disokong oleh Tourism Malaysia.

Terima kasih kepada Tourism Malaysia kerana mengiringi kami, dan juga terima kasih kepada Perodua MalaysiaWangi World HqCanon Malaysia888tea kerana menjadi penaja kami dan mempercayai kami.

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL