Bercuti 2H1M Di Felda Residence Hot Springs Sungkai Perak

2:44 AM

Assalamulaikum semua! Rasanya dah lama rasanya tak pergi berjalan tempat orang. Tempoh hari BBL pergi bercuti di Felda Residence Hot Springs Sungkai Perak. Lokasinya mudah diakses melalui jalan biasa atau PLUS highway. Dari lebuhraya PLUS, anda perlu exit di Toll Sungkai dan belok kiri di persimpangan. Selepas satu kilometer, belok kiri. Korang akan melalui Kampung Felda Sg Klah dan ia tanda dah sampai ke sini.


Teruja sangat bila melepasi pintu gerbang Felda Residence Hot Springs Sungkai. Suasana alam semulajadi membuatkan diri terasa tenang dari hiruk piruk bandar. Tambah lagi kawasan resort dikelilingi hutan dan oksigen lebih segar. Kebetulan waktu BBL datang tu musim cuti sekolah, memang ramai pengunjung teruatama family bersama anak-anak.

Air Panas Semulajadi

Walaupun Malaysia tidak mempunyai gunung berapi namun negara kita dikurniakan dengan beberapa lokasi air panas semulajadi berpunca dari laluan lingkarang larva berapi dibawah kerak bumi. Tambah lagi lapisan kawasan mata air menyebabkan terjadinya air panas semulajadi ini. Salah satunya terdapat di Felda Residence Hot Springs Sungkai dan menjadi keunikan negeri Perak.


Disini anda boleh melihat sendiri punca air panas yang keluar melalui celahan batu sulfer sekitar kawasan resort. Pelik bin ajaib betul pokok dan tumbuhan hidup subur ditepi laluan air panas. Terasa bahang panas berjalan atas titian kayu menyusuri kawasan mata air. Malah jika anda ingin merasai natural sauna pun boleh, duduk je di pondok rehat dan kejap lagi berpeluh satu badan. Dari sumber inilah pihak Felda Residence membuat laluan terus ke kolam mandi. 

nampak wap panas tu, suhu mencecah 80°C - 90°C

Terdapat dua jenis kolam mandi iaitu kolam air panas dan kolam air sejuk dari bukit berdekatan. Tips mudah, korang pergi mandi mandi dalam kolam air sejuk dulu baru pergi mandi kolam air panas. Jika tidak, boleh deman nanti.

 kolam mandi air bukit..sejuk weh

yang ini terbuka untuk kanak-kanak dan dewasa..panas suam air milo gitu

Selain itu, kolam mandi kanak-kanak juga tersedia dengan suhu lebih rendah serta sesuai untuk mereka berseronok. Biasanya budak-budak bukan minat sangat benda penuh khasiat, dorang tahu nak bergembira sahaja.

children area only okay

Ada banyak kolam kecil air panas sebenarnya. Nak rendam badan pun boleh, kalu tak tahan panas boleh rendam kaki sahaja. Setiap kolam mempunyai suhu berbeza-beza seperti panas suam hinggalah panas lit lit. Hahaha. Lepas penat berpeluh elok juga makan telur ayam rebus bersama kicap dan lada hitam. Khasiatnya sangat bagus dah tiada kolestrol berbanding kalu korang rebus dengan air panas biasa. Ada pilihan telur ayam atau telur puyuh. Just sediakan duit sahaja. Nak masak pun senang sahaja, set timer untuk jenis telur anda ingin sama ada half boil atau full boil. 

 tempoh merebus telur 

 murah je pun harga kat sini


Jika korang perasan kenapa kolam berlumut hijau ni, mesti air kotor. Eh sebenarnya tak. Lumut tu terhasil dari alga sulfer air panas bukan kesan air kotor. Mana ada hidupun boleh tahan air panas hata ikan sekali pun. Lagi pun alga ni sangat baik untuk kesihatan kulit badan dan muka. Tengok BBL sapu alga kat muka, biar kering dan basuh dengan air panas. Terasa lembut je muka lepas tu. Bagus nak hilangkan daki, kulit mati, kesan jerawat dan kekal awet muda kulit. Ha tips lagi, korang ingat air kolam tu panas? Panas tu bahagian atas je, bila rendam kaki memang terasa sejuk bawah tu. 

 alga ni mesti cuba sendiri..sapu kat lengan boleh putih

babyface tak?

Bagi wanita muslim yang mahu lebih privasi ketika berendam, boleh memilih private jacuzzi serendah RM80 lengkap dengan kemudahan bilik ber air-cond. Pakej ini memang menjadi kegemaran pelancong dari negara terbit, Jepun.

 pelancong Jepun ramai memilih untuk pakej ini

 bagi kaum perempuan boleh memilih berendam di private jacuzzi ini

ruang dalam selasa dan sejuk

Resort Berciri Alam Semulajadi

Sepanjang dua hari kami bermalam di Villa tiga bilik. Part bestnya, setiap villa ada private jacuzzi lagi. Boleh berendam air panas tanpa risau berebut dengan pengunjung lain. Bangun pagi boleh terus mandi air panas tak payah pakai heather pun. Kat sini Felda Residence Hot Springs Sungkai menyediakan beberapa jenis bilik penginapan mengikut keperluaan anda. Kalu datang dengan family, elok saja amik villa. Puas hati.

Jenis Bilik
Weekdays
Weekend
Super Peak
Termasuk
Deluxe Room
RM 180.00
RM 220.00
RM 250.00
Sarapan & Pass Masuk untuk 2 pax
Villa 1 Bedroom (dgn Jacuzzi)
RM 500.00
RM 600.00
RM 700.00
Sarapan & Pass Masuk untuk 2 pax
Villa 2 Bedroom (dgn Jacuzzi)
RM 600.00
RM 800.00
RM 900.00
Sarapan & Pass Masuk untuk 4 pax
Villa 3 Bedroom (dgn Jacuzzi)
RM 700.00
RM 1000.00
RM 1100.00
Sarapan & Pass Masuk untuk 6 pax
Villa 6 Bedroom
 RM 1100.00
RM 1350.00
RM 1500.00
Sarapan & Pass Masuk untuk 6 pax
*Super Peak (cuti sekolah/public holiday) **Pass Masuk ke Hot Springs

inilah villa BBL menginap..selasa & luas

 ada ruang tamu untuk berehat selepas penat mandi manda

dapur lengkap kemudahan asas seperti peti sejuk & coffee maker

 bilik master bedroom

inilah dia private jacuzzi villa BBL..boleh berendam 500 kali sehari

Cuti sekolah akan menjelang tidak lama lagi. Apa kata bawa anak-anak anda datang ke sini menikmati air panas semulajadi sambil berehat. Pihak resort juga membuka kunjungan program hari keluarga atau sebarang aktivit syarikat di sini. Boleh terus buat tempahan bilik melalui laman website. 

Sebarang tempahan boleh rujuk terus Felda Residence Hot Springs Sungkai Perak

No telefon: 05-438 8801 / 05-438 8803


You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Felda Hotsprings memang terbaik !! Nak kena repeat lagi ke sini <3

    ReplyDelete