Konsert Metal Legends CROMOK & XPDC Akan Gegar MAEPS Serdang

9:07 AM


C.I.N.T.A K.I.T.A, satu rasa
C.I.N.T.A B.U.T.A, tak bermata.. lahirnya
C.I.N.T.A G.I.L.A, pada harta
M.A.N.A C.I.N.T.A, yang sebenar.. benarnya

Ha bagi mereka yang membesar era 90an mesti tahu lagu CINTA oleh band XPDC. Berita baik peminat XPDC kerana julung kalinya Konsert Metal Legends Live in Concert akan menggabungkan dua band heavy metal popular Malaysia iaitu XPDC dan CROMOK bakal mengegarkan Pintu 2, MAEPS Serdang pada 3 Febuari 2018 (Sabtu) bermula jam 8.30 malam

Harga Tiket Konsert

🎫 Trash Zone (RM68)
🎫 Hardcore Zone (RM120)
🎫 VIP/Backstage (RM250)

Tiket boleh dibeli secara online - www.ilassotickets.com , outlet illassotikets di Rock Corner The Garden, Victoria Music Sungei Wang dan Victoria Music Amcorp Mall atau walk in terus ke kaunter pada 3 Febuari ini.

susunan zon tiket

Konsert ini merupakan satu tanda penghormatan buat band XPDC dan hadiah kepada peminat setia. Memandangkan CROMOK juga sudah lama tidak beraksi di pentas konsert, mereka berharap konsert in bukan sahaja mengubat kerinduan peminat, malah dapat membawa mereka mengimbas kembali kenangan bersama kedua band ini. Throwback bercinta zaman sekolah sikit dengan lagu hits Cinta XPDC ni kan.

Penampilan bersama band XPDC dalam konsert ini bakal memberi aura kelainan melalui pemilihan dan susunan lagu. Pastinya peminat tegar yang setia mengikuti perkembangan band ini dalam industri bermula zaman penubuhan mereka tidak sabar dan ternanti-nanti kehebatan aksi dram solo Amy XPDC dan gitar solo oleh Karl dan Jeff. BBL nak bagitau istimewa konser ini mestilah segmen persembahan kolaborasi oleh XPDC dan Cromok di akhir persembahan. Confirm saat paling ditunggu-tunggu oleh kedua-dua peminat band serta 'kaki metal' menyaksikan dua band hebat bergabung satu konsert. 

barisan artis Cromox & XPDC

Ha, peminat yang bertuah juga berpeluang memenangi Gitar Ibanez GRX70QA tajaan Joe Savana Gamma Rock House menerusi cabutan bertuah pada akhir konsert. Malah cenderati XPDC dan Cromok juga menanti peminat seperti t-shirt, CD/VCD, pick gitar dan poster boleh dijadikan sebagai tanda ingatan.


Jangan lupa datang awal kerana banyak aktiviti menarik seperti persembahan busking di pintu masuk bermula jam 12 tengahari hingga 7 malam sementara konsert bermula jam 8.30 malam. Kita jumpa hujung minggu ini okay!


You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici