6 Muzium Sekitar Kedah Mesti Anda Lawati
8:14 AM
Negeri Kedah sangat kaya dengan warisan sejarah. Tidak hanya terkenal dengan singature bendang padi malah turut mashur dengan sistem pemerintahan beraja sejak zaman dahulu. Bercuti ke Kedah tak lengkap tanpa singgah melawat muzium yang terdapat disini. Berikut antara muzium menarik boleh anda kunjungi sama ada untuk lawatan sekolah, akademik atau ingin menambah pengetahuan tentang sejarah negeri jelapang padi.
1. Muzium Diraja
Lokasi pertama saya jejaki ialah Muzium Diraja Kedah yang terletak berhadapan dengan Masjid Zahir. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1735 dan merupakan bangunan pertama di Alor Setar dan menjadi istana rasmi Sultan Negeri Kedah sejak 31 Disember 1735 hingga lewat 1935.
Seni bina istana lama ini membuatkan anda terpaku dengan keindahannya. Hadapannya tersegam indah Balai Besar yang dulu digunakan sebagai tempat sultan Kedah menerima kedatangan para pembesar, utusan diraja selain menjadi singgahsana majlis perkahwinan kaum kerabat diraja. Pelbagai nama diberikan seperti Istana Kota Setar, Istana Mak Wan Besar, Istana Pelamin atau Rumah Pelamin. Satu-satunya muzium yang mempamerkan pingat gajah putih yang dikurniakan oleh Raja Thailand, Raja Chulalongkorn kepada Sultan Abdul Hamid
Bayaran : PERCUMA
Waktu lawatan : Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Ditutup pada Hari Raya Puasa & Hari Raya Haji
2. Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Muzium ini terletak bersebelahan dengan Balai Besar dan menjadi tumpuan utama pelancong. Rata-rata item dipapar dalam galeri ini adalah koleksi peribadi Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah merangkumi pakaian, darjat kebesaran, kerenderaan, barangan antik dan banyak lagi.
actually DILARANG mengambil gambar dalam galeri
3. Rumah Tradisional Negeri Kedah
Rumah Tok Su
Ha ini bukan rumah iklan Adabi tau. Rumah Tok Su yang diserahkan oleh kerajaan Negeri Kedah pada tahun 2001 untuk memberi gambaran bangunan tradisional yang pernah menjadi senibina identity negeri jelapang padi ini. Rumah ini berasal dari Kampung Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Bharu – lebih kurang 200km dari Alor Setar. Berkeluasan 1 700 kaki persegi serta mempunyai 34 batang tiang. Rumah tradisional ini mempunyai enam ruang utama seperti beranda, rumah ibu, berbumbung limas potongan belanda dan lain-lain lagi
Rumah Seri Banai yang terletak bersebelahan Rumah Tok Su ini merupakan rumah seorang penghulu iaitu Tuan Haji Saad Bin Talib dari Kg Banai. Rumah warisan ini asalnya terletak di Universiti Utara Malaysia sebelum berpindah ke tapak sekarang selepas UUM menduduki kampus induk di Sintok. Memang satu lokasi menarik harus anda singah untuk bergambar. Memang mengimbau era klasik snap gambar pagi Syawal.
Bayaran : PERCUMA
Waktu lawatan : Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Ditutup pada Hari Raya Puasa & Hari Raya Haji
4. Muzium Padi
Hentian seterusnya ialah muzium padi. Terletak 16.3km dari pusat bandar atau mengambil masa 26 minit perjalanan ke sini. Datang ke Kedah kalu tak singgah memang tak complete. Macam biasanya anda boleh mempelajari tentang revolusi kaedah tanam padi sejak dahulu hinggalah masa kini. Menarik ia dipaparkan melalui pameran interaktif termasuk replika dan peralatan membajak sawah.
Bahagian atas muzium terdapat replika pemandangan dari atas Gunung Keriang. Dari dek berputar ini anda dapat melihat suasana kampung, akvitivi penduduk kampung dan timelapse bendang padi dari proses tanam hingga menunai.
Fun Fact Tentang Padi
1. Perkataan ‘Padi’ adalah salah satu perkataan asli bahasa melayu
2. Padi merupakan tanaman makanan paling utama di dunia mengatasi tebu & jagung
3. Secara putara orang Eropah menggunakan 6kg beras setahun manakala orang Asia 50kg setahun. Berbeza bukan?
4. Ada lebih 40,000 jenis beras di dunia
5. Dua jenama kerata Jepun diambil bersempena padi
- Toyota bermaksud “Jelapang padi subur”
- Honda bermaksud “Jelapang padi utama”
6. Padi ditanam di setiap benua kecuali Antartika
7. “Ponni” dalam bahasa Tamil bermaksud emas
8. Dalam masyarakat China kuno, beras hitam adalah ‘beras terlarang’ yang dikhaskan untuk golongan bangsawan sahaja
9. Nama Basmati dalam bahasa Hindi bermaksud ‘Ratu Haruman’
10. Nasi adalah sejenis karbohidrat kompleks dan bebas gluten
Bayaran : Dewasa RM 5.00
Kanak-kanak / Pelajar sekolah RM 2.00
Waktu lawatan : Setiap hari (9 pagi – 5 petang)
No Telefon : 04-735 1315
5. Muzium Kota Kuala Kedah
Kota Kuala Kedah salah satu
lokasi tapak peninggalan sejarah paling ikonik negeri kedah. Kota ini dikenali
sebagai ‘Kota Kuala Bahang’ yang terletak di Kuala Sungai Kedah kira-kira 12km
dari Bandar Alor Setar. Menariknya ia merupakan banteng pertahanan Melayu tertua
di utara Malaysia. Percaya atau tidak kota ini berdiri sejak tahun 1610 dan
dibina lebih awal dari Kota Afamosa Melaka.
Pada mulanya kota ini dibina
menggunakan tanah liat, kayu bakau dan buluh. Kemudian Sultan Mukarram Shah,
Sultan Kedah ke-20 (1778-1797) mengarahkan kota ini dibina semula seperti yang
masih wujud hari ini. Malah meriam yang dibeli dari Belanda dan British
bertindak sebagai banteng pertahanan. Di tengah berdiri megah istana dan
menjadi pusat pentadbiran Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah
ke-22 (1804-1845).
Kini Kota Kuala Kedah telah
diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapak Tanah Sejarah bawah Akta Bendapurba
pada 31 Ogos 1978 selain menjadi tempat tumpuan hujung minggu untuk pre wedding
masyrakat tempatan.
Bayaran Masuk : PERCUMA
Waktu Melawat : Sabtu hingga
Khamis (9 pagi – 6 petang)
Ditutup pada Hari
Raya Puasa & Hari Raya Haji
6. Jerai Geopark
Beralih ke selatan Kedah, BBL
singgah melawat Jerai Geopark. Kawasan warisan arkeologi & sejarah ini
dahulunya sangat terkenal seluruh dunia dengan penghasilan biji besi. Menurut
sejarah kawasan ini mempunyai bukti bertapaknya tamadun terawal Asia Tenggara
sejak 535 SM lagi. Bukti penemuan kompleks arkeologi Pengkalan Bujang,
arkeologi Sungai Batu dan arkeologi Sungai Batu Pahat menguatkan lagi tentang
kewujudan industri biji besi Kedah Tua.
Amat memeranjatkan saya ialah lokasinya hutan bakau ini terletak bersebelahan dengan Bandar Sungai Petani. Tidak seperti kawasan lain, lokasi hutan bakau agak jauh dari tumpuan pusat Bandar.
Bayaran Masuk : PERCUMA
Waktu lawatan : Setiap hari (9 pagi – 5 petang)Jadi cuti sekolah akan datang cuba selitkan list di atas dalam itinerary korang bercuti sekitar Kedah Darul Aman.
0 Budak Suka Minum Bandung Laici